Monday, 5 March 2012

AKHOWATKU SUPER SAIYA???

PERJALANAN KE JAKARTA

Assalamu'alaikum sahabat!!!
Di pagi yg hening ini, saya t'ingin nak wat new post memandangkan saya baru balik dari satu program yang memang hoseem lar.

AKHOWAT GAME....

Ape ada pada akhowat game?
Best sangat ker?
Entah2 biase-biase jer...

Err, bagi saya, siapa dalam kelompok akhowat ini, tiade istilah biasa digunakan sebab kami mengejar cita-cita luar biasa jadi segala gerak, perilaku dan program yang dianjurkan perlulah seiring dengan cita-cita ini. Secara tuntasnya, akhowat game adalah salah satu program yang luar biasa.

Rasanya, nak cerita pengalaman perjalanan ke akhowat game dan ketika di sana. Mak usrah kata, kadang2 tarbiyyah tu bukan ketika di program tapi ketika perjalanan yang panjang.

Hari keberangkatan saya pada hari sabtu, walaupun ketika itu ada lagi satu program yang best di UNPAD, ustaz hasrizal ngan isteri dia datang ke sini kot!! Pagi hingga petang program bersama Dr Muna dan malam itu bersama Ustaz Hasrizal. Walaupun hati ketika itu rasa berat nak meninggalkan program itu, yer lar, ada 2 program yang best dan waktu itu rasa berbelah bahagi sehingga rasa nak membelah badan kepada 2 , sebelah ada kat UNPAD lagi sebelah pergi akhowat game. Tak ape lah, tak ade rezeki kot.

Dari UNPAD Jatinangor, saya berangkat bersama dua akak, Kak Athina (mak usrah) dengan Kak Fatin (ex-mak usrah). Dengan menaiki bas dambri, perjalanan ke Bandung mengambil masa lebih kurang sejam. Tarbiyyah boleh dikutip dari mana sahaja. Dalam bas pon boleh!!

Satu kebiasaan di Indonesia, street singer adalah salah satu sumber pendapatan mereka di sini yang terdiri daripada anak2 muda. Ketika di atas bas, seorang pemuda menyanyikan beberapa buah lagu sambil memetik gitar mengiringi alunan merdu. Saya merasa kagum dengan mereka, bukannya saya mengagungkan muzik yang dimain tetapi bagaimana mereka mampu menyanyi di hadapan orang2 yang tak dikenali dan meminta wang upah dari yang ikhlas memberi. Bukannya setiap kali dia mendapat reward. Kadang2 dia berlalu kosong.

Sekurang-kurangnya pekerjaan yang mereka lakukan adalah halal. Kak Fatin pernah berkata "Kadang2 tu, makcik yang kerja cabut rumpu tu lagi ikhlas melakukan kerjanya dari kita yang berhempas-pulas dengan buku2 tebal. "
Bila saya mendengar kata2 itu, saya terdiam dan mengangguk setuju.

Bila dah sampai di stesen bas De'u, kami bergegas dapatkan teksi. Kelewatan!! Dah lewat 5 minit dari masa yang sepatutnya untuk menaiki shuttle ke Jakarta. Iye!!! Akhowat game kami di Jakarta!! Jarak perjalanan lebih kurang 3 jam. Kami terlepas menaiki shuttle pada jam 3.30 petang. Nak tak nak terpaksa tunggu lagi satu shuttle yang bergerak pukul 4.30.
Dalam setiap yang berlaku, mesti ada hikmah disebaliknya. Segala yang berlaku di dunia telah ditetapkan oleh ALLAH dan perkara itu bukannya sia2. Pasti ada pengajaran.
Mungkin kami terlepas shuttle tu sebab ALLAH nak kami sembahyang asar dengan sempurna, bukannya dalam keadaan kelam-kabut.

Perjalanan ke Jakarta, melalui kawasan berbukit, suasana indah dan damai melihat sekeliling. Padi seluas mata memandang, kehijauan. Langit dan bumi seolah-olah bercantum di hujung titik persilangan. Rumah2 bertaburan di bumi, ada di kawasan rata, ada di atas bukit. Melihat alam saya berasa sangat seronok, alam seolah-olah sedang berbicara dengan saya. Sedangkan gambar yang kaku itu says 1000 words, inikan pula alam yan bergerak seiring dengan kehidupan di atas bumi ini. Tafsir dalam tafsir, kerana itu saya sangat suka kalau ada daurah lagi2 kalau keluar dari daerah Jatinangor, dapatlah saya memerhati kehidupan.

will continue, insyaALLAH.