Assalamu'alaikum sahabat,
dah lama tidakku kirim kabar buatmu,
bagaimana dikau di sana,
masih seperti dahulu,
atau sudah melangkah ke arah yg lebih baik dari dahulu,
atau makin menjauh dari sirna iman yg teguh?
Sahabat,
kadang2 aku keliru,
keliru dengan diriku,
kadang2 aku menangis,
kerana aku tertewas dgn diriku sendiri,
berikan aku kekuatan darimu,
agar aku dapat gagah melangkah,
menuju cinta hakiki.
Sahabat,
kadang2 aku takut,
semakin lama makin menghampiri,
tak tahu hendakku luahkan pada siapa,
kerana aku tahu tiada siapa yg lebih mengerti diriku,
seperti dirimu.
Sahabat,
aku sangat2 merinduimu,
setiap kali aku menyatakan kerinduanku,
pasti mataku bergenang dengan kolam air mata,
adakah kau masih lagi mengingatiku,
atau sudah melupakanku?
Sahabat,
seandainya kita berjumpa lagi,
pasti aku berlari mendapatkanmu,
memegang tanganmu dengan erat,
tak mahu rasanya melepaskan dirimu lagi,
tak mahu rasanya berjauhan denganmu.
Sahabat,
seandainya telah kau baca luahanku,
sudi kiranya kau balas puisi hatiku,
kerana ia pasti membantuku mengharungi kehidupanku,
memberi kekuatan padaku...