Friday, 21 September 2012

aku.....

assalamualaikum,,

asya aku xpaham setting baru blog ni hehehe...
firstly,,,aku nak minta maaf tersangat lah banyak kepada asyariah dan asmira sebab aku xsempat bagitau korang yang last sunday 16 september,wedding kakak aku kat rumah ni..
sorry sangat sebab aku pun sangat x terurus last few weeks sebab nya ngan wedding kakak aku lagi, program jpk lagi...beberapa minggu jugak x cukup tidur dan kepenatan..

Semalam keputusan pilihanraya kampus aku and classmate aku menang kerusi dengan undian majoriti untuk fakulti sains kesihatan,hebatkan beliau...


Actually, AKU KESUNYIAN DALAM KEBISINGAN (tersirat sgt haha)...

sorry sangat sebab aku jarang gile on facebook dan bukak blog...sorry for everything and i hope you guys will still be with me in this world and insyaALLAH in the Jannah. Ukhwah fillah,,even aku jarang beronline dengan korang, but trust me you guys are in my mind. thanks for everything my dodols :D

Wednesday, 19 September 2012

ASMIRA, IZZAH, SAYA SEDEY..T_T

Assalamu'alaikum..

Izzah, Asmira.. wuaaaa!! Saya sangatlah sedeh skarang. Rasa macam nak terbang ke Malaysia pastu peluk Izzah ngan Asmira kuat2. Huhuhu, plez lend me ur shoulder.

Izzah ngan Asmira lah yang selalu bagi kata2 semangat time saye down2 giler. Rindu sangat nak jumpa kamu berdua. Rindu yang teramat giler.

Monday, 17 September 2012

RAHSIA YANG DISIMPAN

Assalamu'alaikum adek2...(lemah dan tak bersemangat)

Hari ini adalah hari Miss Asya menjadi insan yang paling teruk di dunia ini (dunia Miss Asya jer lah).
Miss Asya menyakiti hati insan yang Miss Asya sayang, menyusahkan insan2 disekeliling Miss Asya. Mengalir air mata.
Satu kelemahan terbesar Miss Asya yang Miss Asya kaji sejak Miss Asya kecil sehingga sekarang adalah menjaga hubungan masa panjang.

Mungkin disebabkan trauma masa lampau, tak dapat nak diceritakan, hanya terpendam dalam kalbu menyebabkan Miss Asya begini. Pengkhianatan yang mendalam.

Maafkan saya wahai teman2 sekalian. Miss Asya tak mampu nak hilangkan trauma tersebut. Sehingga Miss Asya lebih suka bersendirian, gembira sorang2, duka sorang2. Maaf tak boleh nak beritahu apa yang telah berlaku tapi selagi trauma ini tak mampu nak hilang, Miss Asya akan kekal sebagai seorang yang lemah menjaga perhubungan yang panjang.

Maaf sangat2, sebab tak sangka perkara yang terjadi hari ini membebankan korang semua. Maaf sangat2 housemate saya, sebab menyusahkan kamu.

p/s: Sambil menaip, laju air mata mengalir..Maaf...

Saturday, 15 September 2012

AKU PUNYA REAKSI KERANA AKU ISLAM

Assalamu'alaikum adek2 terchenta!! Juga salam sayang dan kerinduan yang teramat sangat buat adek Asmira dan adek Izzah. Moga korang semua sehat2 belaka.

Miss Asya, kenapa tajuk kali nie macam kasar sangat? Mana sifat malu sebagai seorang wanita muslimah? (err, yer ker Miss Asya muslimah yang sebenar ek?)
I'm muslimah, covered wif haya', but
when my Islam is being humiliate,
I'm one of the muslim people
who stand up against it!!

Ehem, sifat malu tu harus ada tapi kenelah bertempat. Kalau agama kite dihina sebegitu dahsyat, masih perlu ker sifat malu sehingga tak bersuara melemparkan ketegasan dalam mempertahankan kemegahan agama dan membantah penghinaan terhadap Islam yang syumul ini? Terpulanglah pada adek2 semua nak memilih yang mana, tapi bagi Miss Asya, saat mana agama menjadi taruhan, Miss Asya mahu berada yang paling hadapan sekali dalam barisan pertahanan. Fuhh, terasa seperti tentera yang sedang pegang senjata M16 yang berat giler tu.

Kenapa Miss Asya nak marah2 sangat nie? Ape yang berlaku?

Tok,tok,tok. Rasanya tak payah gitau pown adek2 sumer dah tahu dan hal ini sudah pown dikecohkan di serata dunia termasuklah Malaysia yang dirindui (kohf,kohf... jiwang2 pulak Miss Asya nie).



Budaya yang diikuti oleh pemuda Islam. Aduhai, Rasulullah mengajar kita tentang akhlak yang baik. Adakah dengan menari sebegini menonjolkan ciri2 orang yang berakhlak tahap angelic??

Bermula dengan Gangnam style yang dipopuler oleh artis2 korea dan yang terbaru sebuah film yang menghina Nabi yang paling kita sayangi dan sanjungi, Rasulullah, yang tak pernah pown buat salah kat pembuat film nie dan pelakon2nyer yang tak berilmu tu, dengan hinaan yang masyaALLAH, bile Miss Asya tengok pown rase macam nak asah2 jer pisau kat dapur bersedia untuk membaling pada mereka yang terlibat dalam menjayakan film Innocent Muslim.
Add caption

            Pihak Legoland pulak menghina Rasulullah dengan cara mereka tersendiri. Dan amatlah menyedihkan Miss Asya seandainya ada lagi orang Muslim dengan rasa tak malu dan tak sensitifnya akan hal ini, terus masuk ke dalam Lego Land tu semata-mata kepuasan dunia yang xkekal pown daripada mempertahankan pendirian sebagai seorang Muslim, sekurang-kurangnye memproter diri dari masuk ke dalam Lego Land tu. Mengalir air mata.

Penghinaan pihak Lego terhadap Nabi yang kite cintai... Shiung2, bunyi pisau Miss Asya diasah di dapur.

Aduhai~ mana perginya kemegahan dan rasa bangga dengan Islam yang syumul ini? Kenapa ada orang Islam yang tak mengambil kisah perkara sebegini?
Ya Allah, rupanya masih banyak umat Islam yang tidur dalam buaian jahiliyyah yang dicipta oleh musuh2 Islam. Rupanya, masih ramai lagi yang harus disentuh dengan sinaran Islam yang sebenarnya, masih ramai lagi yang terlupa akan hak syahadah yang mereka ucapkan setiap hari dalam solat mereka. Peluh besar.
Ya Rasulullah, sungguh dirimu mengasihi umatmu.
Tapi mengapa ada umatmu yang sanggup berdiam diri atas penghinaan yang
berlaku ke atasmu? Mengalir air mata, dada terasa sesak untuk bernafas.
Perasaan Miss Asya bercampur-baur apabila berlaku penghinaan orang bukan Muslim terhadap Islam. Miss Asya rasa sangatlah marah kepada mereka yang melakukan perkara yang melampaui batas ini, Miss Asya juga rasa sangatlah sedih kepada sesetengah umat Islam yang tak mengambil peduli akan penghinaan yang berlaku di hadapan mata mereka sendiri.

Aduhai, seandainya mereka tahu apa yang Miss Asya tahu. Seandainya mereka melihat kebenaran yang terbentang di hadapan mata mereka yang telah dibutakan dengan duniawi. Seandainya mereka mendengar AYATULLAH (ayat2 ALLAH) dengan telinga mereka yang telah dipekakkan dengan hiburan sementara. Seandainya mereka memahami tugas mereka sebagai hamba ALLAH dan khalifah di bumi ini dengan hati mereka yang telah dikotori titik2 noda hitam sehingga sulit cahaya menembusi kegelapan itu.

p/s: Hati Miss Asya berombak-ombak dengan aliran emosi..huh

Friday, 14 September 2012

SAYA PUNYA ADIK JUNIOR DAN SAYA GEMBIRA

Assalamu'alaikum adek2 Miss Asya yang ohsem!!
Sudah menjadi trend kini bila tulis tajuk kalau boleh nak panjang berjela-jela sampai penuh satu page. Aduhai.

Untuk entri kali ni Miss Asya nak sambung dari entri yang lepas.
Sudah menjadi tradisi student twinning, apabila junior sampai, kami akan ambik 1 malam untuk mempertubuhkan organisasi batch adik junior sebab yerlah kan, kite kat tempat orang kenelah sistematik. Barulah boleh survive dekat negare orang dengan lame. Miss Asya dan 3 teruna (Afiq, Amin dan Nain) berjanji untuk ketem mereka malam Ahad selepas Isyak. Miss Asya, biaselah datang awal (adek2, tangan dibahu, mata pandang atas, "Oh,plezzz").


Herm, tapi 3 teruna tu tak muncul2 jugak. Kesian Miss Asya tengok adek2 junior duduk menunggu abang2 senior mereka nie. Sementara itu, Miss Asya duduk di luar bale sambil melayan lagu2 di bawah cahaya rembulan, angin malam bertiup sepoi. Fuhh, sesuai kalau dating dengan husband. Hidung berdarah.

dibawah sinaran rembulan..auww
Tiba2 beberapa adek2 junior keluar menemani Miss Asya yang kesepian ini. Macam2 mereka tanye. Belajar macam mane, makan kat sini sedap ker tak. Sebenarnye, menurut pandangan Miss Asya yang kerdil ini, Miss Asya rasa pengurusan pihak MARA untuk junior kali ni agak tak teratur. Firstly pasal flight. Miss Asya ingat diorang nie naek MAS macam Miss Asya dulu2, fuhh punyer lar selesa siap ade makanan lagi. Tapi adek2 junior pulak diorang naek AIRASIA, kalau nak dibandingkan dengan MAS tu, aperlah sangat AirAsia. Tempat pown sempit.
Pastu time flight diorang waktu petang baru berlepas dari Malaysia sedangkan Miss Asya dulu berlepas dari Malaysia pagi kot. So, biler kitorang sampai kat UNPAD, hampir separuh masalah kami telah diselesaikan. Esoknye jumper senior dan pusing2 UNPAD dan pergi ke JATOS.

-hiasan-
Junior pulak nak kene setelkan sumer perkara dalam satu hari yang penuh. Jadi senior tak boleh nak bawak junior jalan2 UNPAD. Hurm, kesian adek2 junior Miss Asya. Yang lagi parah pasal pemberian wang dari pihak MARA. Biasenye pihak Mara akan beri duit elaun untuk 6 bulan straight sekaligus. Masa time Miss Asya dulu, sepertiga duit elaun dalam travelers check, sepertiga dalam duit RM dan sepertiga lagi dalam duit rupiah. Biler sampai kat Bandung, Miss Asya simpan duit under CIMB, sumer travelers check, sumer duit RM dan separuh duit rupiah. Jadi, at lest Miss Asya boleh ler beli barang2 keperluan, makan, gune duit rupiah sementara nak menunggu ATM kad tu siap. Junior pulak laen criternye. Diorang dapat sumer duit tu dalam bentuk travelers check. Takder duit rupiah langsung. Jadi, biler diorang simpan duit kat bank, ade yang buat bekalan duit rupiah, ade yang ader duit RM tapi dekat Jatinangor nie takder tempat tukar duit, ader yang takder duit langsung. Giler kesian kot kat deme. Miss Asya rasa simpati giler kat diorang.


     Yang lagi menyedihkan, diorang datang kat sini without Takaful Insurance kad. Macam Miss Asya dulu, before kitorang berangkat ke Bandung, kad insurans tu kami dah dapat dah. Penting kot kad insurans nie. Kalau nak berubat, tak payah bayar. Dapat pulak kite kene penyakit2 yang menyebabkan kite kene jumpe specialist, xder kad insurans, memang botak ar kite nak bayar cash. Ade sorang junior Miss Asya yang muntah2 tapi disebabkan xder kad insurans tu, dier tak brani nak pegi Klinik Padjadjaran (KLIPAD) sebab takut tak cukup duet. Baru2 nie Miss Asya terserempak dengan die, dier cakap yang dier ade asma. MasyaALLAH, teruknye ujian yang diorang nie terime. Miss Asya rasa macam kesian giler kat diorang nie.
Bersabarlah duhai adek2 junior Miss Asya..d(>w<)b
Pada adek junior yang bace entri akak, sabarlah. Ujian ini hanya untuk orang yang terpilih jer, supaya korang jadi lebih matang. Tak pown, nak prepare korang untuk bersedia menerima dugaan yang lebih besar dari yang telah korang hadapi. Almaklum lah, hidup kat oversea, walaupown dalam 2 jam lebih dari Malaysia ker Bandung, but still, this is not our country where we can feel quite safe. Kalau ade masalah at lest femili boleh back up. Kat sini tak, korang kene independece sendiri. Memang korang ade senior2 yang membantu tapi at the end, bile senior tu dah xder, sibuk ker (sebab kami pown ade life kami sendiri dengan dugaan2 yang tersendiri) korang kene bantu diri korang sendiri jugak.

Tapi, janganlah rase macam stress. Lauk pown kalau xder garam, tawar jadinyer. Jadi garam itu penambah rase supaye lauk tu jadi sedap. Macam tu jugak kehidupan, kalau xder ujian mesti hidup rase macam plain giler. ^_^

Herm, bile abang2 senior sampai, kami pown teruskan agenda iaitu melantik ketua, penolong, bendahari, dan biro akademik. 4 jawatan nie sangatlah penting sebab merekalah yang akan menjaga anak2 buah masing2 dan memastikan mereka ade buku2 yang berkenaan, dan lain2 perkara yang penting. Kemudian, macam biase, kami perkenalkan diri dan memberi nasihat untuk adek2 junior kami. Juga ade sesi taaruf bersama adek2 junior.

p/s: Ohoh, melihat adek2 junior Miss Asya membuatkan Miss Asya untuk bersyukur atas kelebihan pada diri ini..^_^

Tuesday, 11 September 2012

HAH? SUDAH SENIOR RUPENYER.

Assalamu'alaikum adek2 sumer!!!
Harap sehat walafiat hendaknye.

Hoyeehhh!! Mari bersenam supaye kite selalu sehat!
Ehem, sudah nak masuk minggu ke2 junior sampai baru ler Miss Asya nak ceriter pasal deme. Eheh, jangan marah adek2 junior Miss Asya. Tak sangka Miss Asya sudah bergelar senior. Terasa setahun itu pantas berlalu. Teringat time 1st time datang ke Jatinangor, Bandung sebagai seorang junior hingusan (Eeeiii, Miss Asya nie..). Miss Asya dan teman2 yang laen disambut dengan mesranya oleh senior2 yang baek2 belake.

Jangan sedey2 duhai junior Miss Asya. Bergumbiralah menjadi insan yang terpilih untuk hadir menjadi femili twinning di sini...^_^Y
Tapi kasihannye junior Miss Asya sebab tak dapat merasai suasana sedemikian dek kerana senior2 mereka masih belum pulang dari beraye. Miss Asya pulak sibuk dengan femili trip wif Mama dan Abah. Seriusly, Miss Asya memang nak sambut mereka dari lapangan terbang tapi disebabkan kami ingat deme naek MAS yang paling dekat pown mendarat di Jakarta, terus tak jadi nak amek diorang. Maaf yerk atas kekejaman Miss Asya.
Dari maklumat yang Miss Asya dapat dari spy (Nain dan Amin, errr), mereka mendarat di Indonesia pada hari Jumaat (31/8/2012) dan pada pagi Sabtu mereka ada perjumpaan dengan dosen. Kami, senior2 twinning dikehendaki berada di event tersebut. Respon Miss Asya: Oh, pagi Sabtu tu ade program dengan femili lar. Tapi iA boleh curi mase sekejap.

Pagi Sabtu yang indah....
Miss Asya baru balik berjoging dengan femili bersama ibu tuan rumah yang sangat baek hati. Hatur nuhun Ibu!!! Saranghae!!!!!
Junior2 Miss Asya kelihatan sebegini biler memakai kaca mata usrah..^_^ comey and sporty.
Miss Asya on da way ker Fakultas Kedokteran dengan pakai baju jogging padahal kene pakai baju formal. Dari kejauhan boleh nampak junior berjalan menghampiri round da board. Mereka berkumpul di suatu tempat. Dalam hati Miss Asya, "Eh, junior nak mai dah. Tunggu deme dekat FK jer lar." Miss Asya berjalan pantas, sesekali toleh ke belakang. Eh, naper diorang tak bergerak dari tadi. Minda berpusing mencari jawapan. OOOOO, baru teringat. Diorang maner lar tahu FK tu kat maner. Miss Asya make U-turn dan melambai ke arah mereka dari kejauhan. Junior memandang Miss Asya dengan rase pelik. Mungkin junior tersebut berkata begini:
Junior 1: Eh, minah Indon maner lar pulak yang duk lambai kiter? Excited kot jumper orang Malaysia.
Junior 2: Eeee, mengerikanlah orang tu. Tetibe jer lambai kat kiter.
Junior 3: Kenapa orang tu lambai kat kiter?? Herm....
Miss Asya: Eheh, naperlah deme tak ke mari. Nampaknye kene lah pegi kat diorang.

Miss Asya menghampiri mereka dengan senyuman yang manis gitu (uweeekkkk).
"Assalamu'alaikum!! Junior twinning eh?" (dah tau lagi mau tanya ka??)
"Eh, ini senior kami ker?"tanya salah sorang junior.
"Ha'ah."
Tetibe wajah deme bertukar jadi lega giler dan excited sebab ader gak senior nak jumpe diorang. Tapikan, cara diorang salam membuatkan Miss Asya terase tue giler!! Maner taknye, diorang salam pastu cium tangan Miss Asya. Huhuhuhuhu.. Umurmu dan umurku tak jauh bezanya sayang. Pastu Miss Asya ajar mereka cara salam yang sebenarnyer = cara salam antara akhowat.

Sambil jalan, macam2 diorang tanye kat Miss Asya. Miss Asya turut gembira jumpa diorang yang sangat comey dan aktif. Gembire jugak sebab diorang dapat terime diri ini yang penuh kekurangan. ^_^ Arigatoooo...
**********************************************************

p/s: epilog seterusnye disambung selepas homework Miss Asya selesai. Tambah koleksi troll sedang menari dan green troll. Troll fever kembali lagi.

Sunday, 9 September 2012

DALAM TAWA ADA SENDU :OPEN HOUSE AT MULANA

Photo
Gegurl twin2 program 2011..say Cheezzzzzzz...(er, sinaran cahaya dari Miss Asya,nampak macam angelic tak)

Assalamu'alaikum!!!
Ape kabor adek2 terchenta? Kalo sehat, alhamdulillah. Kalo sakit, alhamdulillah. Eh, Miss Asya nie. Kalo orang sakit sepatutnyer kesian, ni Miss Asya macam bergumbira atas naseb malang menimpa diri ini. Ni yang nak merajuk nie. Humph!
Eh, jangan merajuk. Bersyukurlah kerana Allah menimpakan kite ujian kerana ujian itu diberikan pada hamba yang disayangiNYA. Mungkin untuk menguji keimanan @ mungkin sekadar mengingatkan hambaNYA itu betapa bernilainya sebuah nikmat yang diberikan. :P

Ha, hari ni Miss Asya nak kongsi sedutan kisah yang berlaku pada 9/9/2012. Hari nie ler tu. Tersengih kerang wangi dek disembur parfume.

Haih, makan xhengat dunia..^^,
Hari ini batch Miss Asya ade buat OPEN HOUSE sempena Hari Raye Aidilfitri. Memandangkan kami sudah pon duduk kat rumah sewa masing2, jadi kami bawak makanan dari rumah sewa masing2 dan dikongsi beramai-ramai. Kalo Miss Asya and the housemate, kami wat spaghetti dan bubur jagung (cehh, padahal Miss Asya hanye sempat kacau bubur jer dan potong cendawan jer...yang len housemate yang setelkan).
Tuan rumah turut bergumbira menyambut tetamu.
Ada yang buat laksa penang, sedap oooo.. O_o lazat dan rase terharu giler sebab dapat melepaskan hajat untuk makan laksa penang nie..Uhuhuhuh..
Teman Sukawening yang disayangi.0,0
Ada yang buat bihun sup, ader yang buat roti jala yang berwarne-warni.. Dilengkapi dengan air fanta susu dan puding sebagai pencuci mulut. Tak dilupakan kueh2 raye yang dibawakkan khas dari Malaysia.
Raishan, merupakan nenek dalam femili tree twinning program..@_@
Sangat seronok, dengan sesi fotografi yang x habis2 ditambah dengan pelbagi ragam yang melucukan dari teman twinning Miss Asya.
Siti, merupakan sahabat yang paling lemah lembut yang pernah Miss Asya jumpe.
Kak Fiqah (peace no war!!), Dayana (cakk!!^^,) dan Qilah (nak rase xjuadah kat tangan?)
Inilah ibu usrah Miss Asya yang Miss Asya cayang!!^_^Kak Athina dan Kak Fiqah.
Asma di sebelah kiri sambil memeluk sahabat yang paling Miss Asya sayangi, Murni.^_^ Comey x?
Maskatina yang berbaju kurung turqoise, Asyaratun tersenyum manis berselendang, Fatin dengan posing super model tersenyum ayu.^_^
Aduhai, nampak gelojoh betul Miss Asya. Maaf yerk.=_=''
Iffah, tampil manis berbaju hijau dengan senyuman menawan. (Ish, kalo ler iffah bace nie...=_='',puji jangan marah yerk)
Dari kiri, Aema, Nani, Ummi, Titta (i love you!!! hehehe) dan Iffah. 5 gadis melayu terakhir. Sape championnyer??
Nain bersama 3 gadis, Nani, Che Nor dan Dina yang comey.Ahaks..^_^
Tapi, dalam masa yang sama, Miss Asya turut merasa sedih sebab kekecohan yang berlaku waktu rumah terbuka membuatkan Miss Asya tetiba teringat dengan femili Miss Asya kat Malaysia. Mama, abah, abang2 dan kakak ipar. Ditambah dengan telatah sepupu2 Miss Asya yang giler berphoto, anak2 sepupu yang suke sangat dengan cornflake madu smpai licin 2 bekas dibuatnyer. Huh, memang syahdu jiwa dibuatnyer.

Miss Asya pergi ke ruang tamu bawah, bersorangan mengenangkan nasib Miss Asya yang x dapat pulang raye taun nie. Huhuhu TAT. Maaf teman2 twinning kerana daku pulang awal. Bukannyer tak suker @ tak bergumbira, cuma hati ini terlalu sedey dan merindui femili yang terchenta. Maaf yer.

p/s: Foto kredit to Mr Nain. Miss Asya maner ader camera. Nie sumer cilok dari fb tau. Hehehehe.....

Friday, 7 September 2012

SALAM PERANTAUAN

Assalamualaikum!!!!!!!!

Ape habar adek2 terchenta?? Lame giler kot Miss Asya x update blog atas sebab2 yg tak dapat dielakkan. Tak terlambat kot untuk Miss Asya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Hah, cuti raye kome camner? Mesti syok kan? Apelah sangat kalau nak dibandingkan dengan Miss Asya yang beraye di perantauan. Tu lah, dulu nak sangat beraye kat perantauan. Hah, amek!!

Di bawah nie adalah sebahgian coretan yang disimpan dalam microsoft word.


MASYUK BETUL DENGAR LAGU RAYE, EXPESIALI BILE JADI PERANTAUAN

Assalamualaikum adek2 terchenta!!! Wahh, lame giler tak update blog, gara2 ternet tak dapat.
Berpeluh tengok tajuk. Panjang x hengat!

Memandangkan nak dekat raye, Miss Asya bukaklah lagu raye. Aduhh, berair mata dibuatnye. Begini ker perasaan tak dapat balek beraye bersame femili. Dengar lagu rancak pown dah nak tangkap leleh, dengar lagu yang memang khas untuk perantauan nie, lagi ler laju mengalirnye. Aduhai, kenapa senang sangat nak nangis nie. (Ambik towel kecik, sreeetttt, buang hingus..Eii, pengotor betul ler Miss Asya. Tersengih kerang busuk)

Bile nak dekat2 raye nie, tetibe teringat waktu berpuasa dekat Malaysia. Time nie, adik terchenta, Afiran dengan abang yang disayangi, Amin, mesti dah kene suruh bersih tiang2 kecil kat depan rumah pastu cat putih. Miss Asya pulak, kalau tak buat kuih raye, mesti duk masukkan penyangkuk langsir, panjat kerusi, pasang langsir baru. Panjat dapur, bukak langsir, nak kasi basuh. Mama yang dirindui, mesti duk tambah koleksi kuih yang mesti akan berkurangan dari bilangan yang asal memandangkan anak2 die melantak beberapa kuih, konon nak testing ler. Padahal mama memang expert buat kuih ni. (Air mata mengalir laju.)

Miss Asya, adik dan abang Amin, menunggu kepulangan abang yang sering memberi motivasi pada adik2 die yang nakal nie, abang Wan. Abang Wan akan pastikan segala kerja2 kami telah setel. Kami adik beradik memang patuh bile abang Wan bagi arahan. Abah yang disayangi, mesti duk bersih2 kan halaman. Memandangkan si rumput yang evil sememangnye menyubur senantiasa, abah akan mesin rumput, meracun lalang2.

Sehari before nak raye, ade 2 gerombolan pak cik2, satu dari Kampung Lubuk Salak, satu lagi dari Kampung Ketoyong. Miss Asya dengan femili except abah, mesti duk sibuk2 sediakan juadah untuk mereka. Diorang nie datang untuk takbir raye, kalau kat kampong Miss Asya, tradisi takbir raye dari rumah ke rumah masih lagi dikekalkan. Petang tu, adik dan abang Amin, alihkan sofa kayu dari ruang tamu depan ke ruang tamu tengah. Abang Wan pulak akan bentangkan karpet kat ruang tamu depan. Miss Asya mesti kene sapu dekat beranda plus mop sekali. Peluh. Beranda tu kalo kecik takper, nie beranda lagi besar dari ruang tamu depan. Tak dilupakan meja dan kerusi yang diperbuat dari simen, dialasi dengan batu marmar bewarna coklat, tu pown kene cuci, no exception. Time2 orang nak cuci nie lah, ade jer makhluk Allah yang datang nyibuk, gesel2 dekat kaki. Sabor jer lar. Miss Asya, kalau dah geram sangat, renjis air sikit, baru lari. Lari duk kat atas meja simen tu. Geleng kepale. Naseb bek engkau kucing, kalo cicak, dah lame dah Miss Asya lestik dengan getah.

Lepas dah siap, Miss Asya bantu mama pulak untuk sediakan juadah. Kadang2 kasi kueh raye, tak pown nasi himpit dengan kuah kacang dan rendang. Abang Amin dapat sau kerje yang special, kene buat air. Wahaha, tu lah, sape suh expert buat air.

Lepas dah setel, abang Wan, abang Amin dan adik bersiap untuk ikut join rombongan takbir raye. Biasenye, bile dah sampai turn rumah Miss Asya, pastu dah tak ikut dah. Sebab biasenye rumah Miss Asya last @ second last gitu. Mahu taknye, rombongan sampai kadang2 pukul 12.30, ade pernah satu hari, pukul 1.30 pagi. Mase tu Miss Asya dah baring2 dekat depan TV, mama pulak dah tertidur.

Waktu Miss Asya lower form dulu, kawan2 adik selalu lepak rumah Miss Asya. Orang pergi bertakbir, diorang pergi maen mercun meriam. Geleng kepale. Pastu mesti ade sahutan mercun meriam dari dua kampong. Rumah Miss Asya nie, umpama seperti sempadan bagi dua kampong. Sebab tu la hade 2 gerombolan takbir raye sampai kat rumah Miss Asya. Kawan2 adik biasanya akan sampai sejam lagi awal dari kumpulan takbir raye, diorang yang melantak dulu, sambil tengok TV. Biase lar, nak dekat raye kan banyak citer best, TV3 lar. Riuh rumah dibuatnye.

Siyes, Miss Asya sangat merindui semua itu. Raye tahun nie mesti spesel sebab menantu pertama dalam femili beraye tuk 1st time dengan femili Miss Asya. Almaklum ler, nikah disember tahun lepas. Naseb bek rumah besan dekat jer, 10 minit kalau naik kereta. Untung, boleh raye pertama dengan femili masing2. Mesti lagi ramai tetamu. ^_^

Wokey, rase macam dah tak sanggup nak tulis lagi. Sedey sangat. Raye pertama, menangis same2 dengan Afiq Ruqaini, Amirul Amin,dan Nain ler nampaknye.

Kepada teman2 di Malaysia, selamat menyambut Aidilfitri di samping femili yang terchenta. Sambut lah dengan sepenuh hati kalian. Sebab bile kalian tak dapat beraye bersama femili, hati seedy sangat2. Ambillah peluang nie untuk bergembira dengan mereka.

Kepada teman2 yang senasib dengan Miss Asya, takper, jangan sedey2 sangat. Abah Miss Asya ade person, setiap aper yang berlaku mesti ade hikmah disebaliknye. Mungkin nie preparation untuk Miss Asya biler masuk ke alam pekerjaan kelak, faham2 ler doctor. Biler kite berjauhan dengan femili, yang paling terasa adalah bile datangnye raye. Kali nie, Miss Asya dapat rasa bagaimana feeling orang yang tak punya keluarga.

Jadi, same2 lah kita mencari pengajaran setiap apa yang berlaku.

p/s: Moh kiter layan lagu dendang perantau same. T_T