Saturday, 15 September 2012

AKU PUNYA REAKSI KERANA AKU ISLAM

Assalamu'alaikum adek2 terchenta!! Juga salam sayang dan kerinduan yang teramat sangat buat adek Asmira dan adek Izzah. Moga korang semua sehat2 belaka.

Miss Asya, kenapa tajuk kali nie macam kasar sangat? Mana sifat malu sebagai seorang wanita muslimah? (err, yer ker Miss Asya muslimah yang sebenar ek?)
I'm muslimah, covered wif haya', but
when my Islam is being humiliate,
I'm one of the muslim people
who stand up against it!!

Ehem, sifat malu tu harus ada tapi kenelah bertempat. Kalau agama kite dihina sebegitu dahsyat, masih perlu ker sifat malu sehingga tak bersuara melemparkan ketegasan dalam mempertahankan kemegahan agama dan membantah penghinaan terhadap Islam yang syumul ini? Terpulanglah pada adek2 semua nak memilih yang mana, tapi bagi Miss Asya, saat mana agama menjadi taruhan, Miss Asya mahu berada yang paling hadapan sekali dalam barisan pertahanan. Fuhh, terasa seperti tentera yang sedang pegang senjata M16 yang berat giler tu.

Kenapa Miss Asya nak marah2 sangat nie? Ape yang berlaku?

Tok,tok,tok. Rasanya tak payah gitau pown adek2 sumer dah tahu dan hal ini sudah pown dikecohkan di serata dunia termasuklah Malaysia yang dirindui (kohf,kohf... jiwang2 pulak Miss Asya nie).



Budaya yang diikuti oleh pemuda Islam. Aduhai, Rasulullah mengajar kita tentang akhlak yang baik. Adakah dengan menari sebegini menonjolkan ciri2 orang yang berakhlak tahap angelic??

Bermula dengan Gangnam style yang dipopuler oleh artis2 korea dan yang terbaru sebuah film yang menghina Nabi yang paling kita sayangi dan sanjungi, Rasulullah, yang tak pernah pown buat salah kat pembuat film nie dan pelakon2nyer yang tak berilmu tu, dengan hinaan yang masyaALLAH, bile Miss Asya tengok pown rase macam nak asah2 jer pisau kat dapur bersedia untuk membaling pada mereka yang terlibat dalam menjayakan film Innocent Muslim.
Add caption

            Pihak Legoland pulak menghina Rasulullah dengan cara mereka tersendiri. Dan amatlah menyedihkan Miss Asya seandainya ada lagi orang Muslim dengan rasa tak malu dan tak sensitifnya akan hal ini, terus masuk ke dalam Lego Land tu semata-mata kepuasan dunia yang xkekal pown daripada mempertahankan pendirian sebagai seorang Muslim, sekurang-kurangnye memproter diri dari masuk ke dalam Lego Land tu. Mengalir air mata.

Penghinaan pihak Lego terhadap Nabi yang kite cintai... Shiung2, bunyi pisau Miss Asya diasah di dapur.

Aduhai~ mana perginya kemegahan dan rasa bangga dengan Islam yang syumul ini? Kenapa ada orang Islam yang tak mengambil kisah perkara sebegini?
Ya Allah, rupanya masih banyak umat Islam yang tidur dalam buaian jahiliyyah yang dicipta oleh musuh2 Islam. Rupanya, masih ramai lagi yang harus disentuh dengan sinaran Islam yang sebenarnya, masih ramai lagi yang terlupa akan hak syahadah yang mereka ucapkan setiap hari dalam solat mereka. Peluh besar.
Ya Rasulullah, sungguh dirimu mengasihi umatmu.
Tapi mengapa ada umatmu yang sanggup berdiam diri atas penghinaan yang
berlaku ke atasmu? Mengalir air mata, dada terasa sesak untuk bernafas.
Perasaan Miss Asya bercampur-baur apabila berlaku penghinaan orang bukan Muslim terhadap Islam. Miss Asya rasa sangatlah marah kepada mereka yang melakukan perkara yang melampaui batas ini, Miss Asya juga rasa sangatlah sedih kepada sesetengah umat Islam yang tak mengambil peduli akan penghinaan yang berlaku di hadapan mata mereka sendiri.

Aduhai, seandainya mereka tahu apa yang Miss Asya tahu. Seandainya mereka melihat kebenaran yang terbentang di hadapan mata mereka yang telah dibutakan dengan duniawi. Seandainya mereka mendengar AYATULLAH (ayat2 ALLAH) dengan telinga mereka yang telah dipekakkan dengan hiburan sementara. Seandainya mereka memahami tugas mereka sebagai hamba ALLAH dan khalifah di bumi ini dengan hati mereka yang telah dikotori titik2 noda hitam sehingga sulit cahaya menembusi kegelapan itu.

p/s: Hati Miss Asya berombak-ombak dengan aliran emosi..huh

No comments:

Post a Comment