Friday, 21 September 2012

aku.....

assalamualaikum,,

asya aku xpaham setting baru blog ni hehehe...
firstly,,,aku nak minta maaf tersangat lah banyak kepada asyariah dan asmira sebab aku xsempat bagitau korang yang last sunday 16 september,wedding kakak aku kat rumah ni..
sorry sangat sebab aku pun sangat x terurus last few weeks sebab nya ngan wedding kakak aku lagi, program jpk lagi...beberapa minggu jugak x cukup tidur dan kepenatan..

Semalam keputusan pilihanraya kampus aku and classmate aku menang kerusi dengan undian majoriti untuk fakulti sains kesihatan,hebatkan beliau...


Actually, AKU KESUNYIAN DALAM KEBISINGAN (tersirat sgt haha)...

sorry sangat sebab aku jarang gile on facebook dan bukak blog...sorry for everything and i hope you guys will still be with me in this world and insyaALLAH in the Jannah. Ukhwah fillah,,even aku jarang beronline dengan korang, but trust me you guys are in my mind. thanks for everything my dodols :D

Wednesday, 19 September 2012

ASMIRA, IZZAH, SAYA SEDEY..T_T

Assalamu'alaikum..

Izzah, Asmira.. wuaaaa!! Saya sangatlah sedeh skarang. Rasa macam nak terbang ke Malaysia pastu peluk Izzah ngan Asmira kuat2. Huhuhu, plez lend me ur shoulder.

Izzah ngan Asmira lah yang selalu bagi kata2 semangat time saye down2 giler. Rindu sangat nak jumpa kamu berdua. Rindu yang teramat giler.

Monday, 17 September 2012

RAHSIA YANG DISIMPAN

Assalamu'alaikum adek2...(lemah dan tak bersemangat)

Hari ini adalah hari Miss Asya menjadi insan yang paling teruk di dunia ini (dunia Miss Asya jer lah).
Miss Asya menyakiti hati insan yang Miss Asya sayang, menyusahkan insan2 disekeliling Miss Asya. Mengalir air mata.
Satu kelemahan terbesar Miss Asya yang Miss Asya kaji sejak Miss Asya kecil sehingga sekarang adalah menjaga hubungan masa panjang.

Mungkin disebabkan trauma masa lampau, tak dapat nak diceritakan, hanya terpendam dalam kalbu menyebabkan Miss Asya begini. Pengkhianatan yang mendalam.

Maafkan saya wahai teman2 sekalian. Miss Asya tak mampu nak hilangkan trauma tersebut. Sehingga Miss Asya lebih suka bersendirian, gembira sorang2, duka sorang2. Maaf tak boleh nak beritahu apa yang telah berlaku tapi selagi trauma ini tak mampu nak hilang, Miss Asya akan kekal sebagai seorang yang lemah menjaga perhubungan yang panjang.

Maaf sangat2, sebab tak sangka perkara yang terjadi hari ini membebankan korang semua. Maaf sangat2 housemate saya, sebab menyusahkan kamu.

p/s: Sambil menaip, laju air mata mengalir..Maaf...

Saturday, 15 September 2012

AKU PUNYA REAKSI KERANA AKU ISLAM

Assalamu'alaikum adek2 terchenta!! Juga salam sayang dan kerinduan yang teramat sangat buat adek Asmira dan adek Izzah. Moga korang semua sehat2 belaka.

Miss Asya, kenapa tajuk kali nie macam kasar sangat? Mana sifat malu sebagai seorang wanita muslimah? (err, yer ker Miss Asya muslimah yang sebenar ek?)
I'm muslimah, covered wif haya', but
when my Islam is being humiliate,
I'm one of the muslim people
who stand up against it!!

Ehem, sifat malu tu harus ada tapi kenelah bertempat. Kalau agama kite dihina sebegitu dahsyat, masih perlu ker sifat malu sehingga tak bersuara melemparkan ketegasan dalam mempertahankan kemegahan agama dan membantah penghinaan terhadap Islam yang syumul ini? Terpulanglah pada adek2 semua nak memilih yang mana, tapi bagi Miss Asya, saat mana agama menjadi taruhan, Miss Asya mahu berada yang paling hadapan sekali dalam barisan pertahanan. Fuhh, terasa seperti tentera yang sedang pegang senjata M16 yang berat giler tu.

Kenapa Miss Asya nak marah2 sangat nie? Ape yang berlaku?

Tok,tok,tok. Rasanya tak payah gitau pown adek2 sumer dah tahu dan hal ini sudah pown dikecohkan di serata dunia termasuklah Malaysia yang dirindui (kohf,kohf... jiwang2 pulak Miss Asya nie).



Budaya yang diikuti oleh pemuda Islam. Aduhai, Rasulullah mengajar kita tentang akhlak yang baik. Adakah dengan menari sebegini menonjolkan ciri2 orang yang berakhlak tahap angelic??

Bermula dengan Gangnam style yang dipopuler oleh artis2 korea dan yang terbaru sebuah film yang menghina Nabi yang paling kita sayangi dan sanjungi, Rasulullah, yang tak pernah pown buat salah kat pembuat film nie dan pelakon2nyer yang tak berilmu tu, dengan hinaan yang masyaALLAH, bile Miss Asya tengok pown rase macam nak asah2 jer pisau kat dapur bersedia untuk membaling pada mereka yang terlibat dalam menjayakan film Innocent Muslim.
Add caption

            Pihak Legoland pulak menghina Rasulullah dengan cara mereka tersendiri. Dan amatlah menyedihkan Miss Asya seandainya ada lagi orang Muslim dengan rasa tak malu dan tak sensitifnya akan hal ini, terus masuk ke dalam Lego Land tu semata-mata kepuasan dunia yang xkekal pown daripada mempertahankan pendirian sebagai seorang Muslim, sekurang-kurangnye memproter diri dari masuk ke dalam Lego Land tu. Mengalir air mata.

Penghinaan pihak Lego terhadap Nabi yang kite cintai... Shiung2, bunyi pisau Miss Asya diasah di dapur.

Aduhai~ mana perginya kemegahan dan rasa bangga dengan Islam yang syumul ini? Kenapa ada orang Islam yang tak mengambil kisah perkara sebegini?
Ya Allah, rupanya masih banyak umat Islam yang tidur dalam buaian jahiliyyah yang dicipta oleh musuh2 Islam. Rupanya, masih ramai lagi yang harus disentuh dengan sinaran Islam yang sebenarnya, masih ramai lagi yang terlupa akan hak syahadah yang mereka ucapkan setiap hari dalam solat mereka. Peluh besar.
Ya Rasulullah, sungguh dirimu mengasihi umatmu.
Tapi mengapa ada umatmu yang sanggup berdiam diri atas penghinaan yang
berlaku ke atasmu? Mengalir air mata, dada terasa sesak untuk bernafas.
Perasaan Miss Asya bercampur-baur apabila berlaku penghinaan orang bukan Muslim terhadap Islam. Miss Asya rasa sangatlah marah kepada mereka yang melakukan perkara yang melampaui batas ini, Miss Asya juga rasa sangatlah sedih kepada sesetengah umat Islam yang tak mengambil peduli akan penghinaan yang berlaku di hadapan mata mereka sendiri.

Aduhai, seandainya mereka tahu apa yang Miss Asya tahu. Seandainya mereka melihat kebenaran yang terbentang di hadapan mata mereka yang telah dibutakan dengan duniawi. Seandainya mereka mendengar AYATULLAH (ayat2 ALLAH) dengan telinga mereka yang telah dipekakkan dengan hiburan sementara. Seandainya mereka memahami tugas mereka sebagai hamba ALLAH dan khalifah di bumi ini dengan hati mereka yang telah dikotori titik2 noda hitam sehingga sulit cahaya menembusi kegelapan itu.

p/s: Hati Miss Asya berombak-ombak dengan aliran emosi..huh

Friday, 14 September 2012

SAYA PUNYA ADIK JUNIOR DAN SAYA GEMBIRA

Assalamu'alaikum adek2 Miss Asya yang ohsem!!
Sudah menjadi trend kini bila tulis tajuk kalau boleh nak panjang berjela-jela sampai penuh satu page. Aduhai.

Untuk entri kali ni Miss Asya nak sambung dari entri yang lepas.
Sudah menjadi tradisi student twinning, apabila junior sampai, kami akan ambik 1 malam untuk mempertubuhkan organisasi batch adik junior sebab yerlah kan, kite kat tempat orang kenelah sistematik. Barulah boleh survive dekat negare orang dengan lame. Miss Asya dan 3 teruna (Afiq, Amin dan Nain) berjanji untuk ketem mereka malam Ahad selepas Isyak. Miss Asya, biaselah datang awal (adek2, tangan dibahu, mata pandang atas, "Oh,plezzz").


Herm, tapi 3 teruna tu tak muncul2 jugak. Kesian Miss Asya tengok adek2 junior duduk menunggu abang2 senior mereka nie. Sementara itu, Miss Asya duduk di luar bale sambil melayan lagu2 di bawah cahaya rembulan, angin malam bertiup sepoi. Fuhh, sesuai kalau dating dengan husband. Hidung berdarah.

dibawah sinaran rembulan..auww
Tiba2 beberapa adek2 junior keluar menemani Miss Asya yang kesepian ini. Macam2 mereka tanye. Belajar macam mane, makan kat sini sedap ker tak. Sebenarnye, menurut pandangan Miss Asya yang kerdil ini, Miss Asya rasa pengurusan pihak MARA untuk junior kali ni agak tak teratur. Firstly pasal flight. Miss Asya ingat diorang nie naek MAS macam Miss Asya dulu2, fuhh punyer lar selesa siap ade makanan lagi. Tapi adek2 junior pulak diorang naek AIRASIA, kalau nak dibandingkan dengan MAS tu, aperlah sangat AirAsia. Tempat pown sempit.
Pastu time flight diorang waktu petang baru berlepas dari Malaysia sedangkan Miss Asya dulu berlepas dari Malaysia pagi kot. So, biler kitorang sampai kat UNPAD, hampir separuh masalah kami telah diselesaikan. Esoknye jumper senior dan pusing2 UNPAD dan pergi ke JATOS.

-hiasan-
Junior pulak nak kene setelkan sumer perkara dalam satu hari yang penuh. Jadi senior tak boleh nak bawak junior jalan2 UNPAD. Hurm, kesian adek2 junior Miss Asya. Yang lagi parah pasal pemberian wang dari pihak MARA. Biasenye pihak Mara akan beri duit elaun untuk 6 bulan straight sekaligus. Masa time Miss Asya dulu, sepertiga duit elaun dalam travelers check, sepertiga dalam duit RM dan sepertiga lagi dalam duit rupiah. Biler sampai kat Bandung, Miss Asya simpan duit under CIMB, sumer travelers check, sumer duit RM dan separuh duit rupiah. Jadi, at lest Miss Asya boleh ler beli barang2 keperluan, makan, gune duit rupiah sementara nak menunggu ATM kad tu siap. Junior pulak laen criternye. Diorang dapat sumer duit tu dalam bentuk travelers check. Takder duit rupiah langsung. Jadi, biler diorang simpan duit kat bank, ade yang buat bekalan duit rupiah, ade yang ader duit RM tapi dekat Jatinangor nie takder tempat tukar duit, ader yang takder duit langsung. Giler kesian kot kat deme. Miss Asya rasa simpati giler kat diorang.


     Yang lagi menyedihkan, diorang datang kat sini without Takaful Insurance kad. Macam Miss Asya dulu, before kitorang berangkat ke Bandung, kad insurans tu kami dah dapat dah. Penting kot kad insurans nie. Kalau nak berubat, tak payah bayar. Dapat pulak kite kene penyakit2 yang menyebabkan kite kene jumpe specialist, xder kad insurans, memang botak ar kite nak bayar cash. Ade sorang junior Miss Asya yang muntah2 tapi disebabkan xder kad insurans tu, dier tak brani nak pegi Klinik Padjadjaran (KLIPAD) sebab takut tak cukup duet. Baru2 nie Miss Asya terserempak dengan die, dier cakap yang dier ade asma. MasyaALLAH, teruknye ujian yang diorang nie terime. Miss Asya rasa macam kesian giler kat diorang nie.
Bersabarlah duhai adek2 junior Miss Asya..d(>w<)b
Pada adek junior yang bace entri akak, sabarlah. Ujian ini hanya untuk orang yang terpilih jer, supaya korang jadi lebih matang. Tak pown, nak prepare korang untuk bersedia menerima dugaan yang lebih besar dari yang telah korang hadapi. Almaklum lah, hidup kat oversea, walaupown dalam 2 jam lebih dari Malaysia ker Bandung, but still, this is not our country where we can feel quite safe. Kalau ade masalah at lest femili boleh back up. Kat sini tak, korang kene independece sendiri. Memang korang ade senior2 yang membantu tapi at the end, bile senior tu dah xder, sibuk ker (sebab kami pown ade life kami sendiri dengan dugaan2 yang tersendiri) korang kene bantu diri korang sendiri jugak.

Tapi, janganlah rase macam stress. Lauk pown kalau xder garam, tawar jadinyer. Jadi garam itu penambah rase supaye lauk tu jadi sedap. Macam tu jugak kehidupan, kalau xder ujian mesti hidup rase macam plain giler. ^_^

Herm, bile abang2 senior sampai, kami pown teruskan agenda iaitu melantik ketua, penolong, bendahari, dan biro akademik. 4 jawatan nie sangatlah penting sebab merekalah yang akan menjaga anak2 buah masing2 dan memastikan mereka ade buku2 yang berkenaan, dan lain2 perkara yang penting. Kemudian, macam biase, kami perkenalkan diri dan memberi nasihat untuk adek2 junior kami. Juga ade sesi taaruf bersama adek2 junior.

p/s: Ohoh, melihat adek2 junior Miss Asya membuatkan Miss Asya untuk bersyukur atas kelebihan pada diri ini..^_^

Tuesday, 11 September 2012

HAH? SUDAH SENIOR RUPENYER.

Assalamu'alaikum adek2 sumer!!!
Harap sehat walafiat hendaknye.

Hoyeehhh!! Mari bersenam supaye kite selalu sehat!
Ehem, sudah nak masuk minggu ke2 junior sampai baru ler Miss Asya nak ceriter pasal deme. Eheh, jangan marah adek2 junior Miss Asya. Tak sangka Miss Asya sudah bergelar senior. Terasa setahun itu pantas berlalu. Teringat time 1st time datang ke Jatinangor, Bandung sebagai seorang junior hingusan (Eeeiii, Miss Asya nie..). Miss Asya dan teman2 yang laen disambut dengan mesranya oleh senior2 yang baek2 belake.

Jangan sedey2 duhai junior Miss Asya. Bergumbiralah menjadi insan yang terpilih untuk hadir menjadi femili twinning di sini...^_^Y
Tapi kasihannye junior Miss Asya sebab tak dapat merasai suasana sedemikian dek kerana senior2 mereka masih belum pulang dari beraye. Miss Asya pulak sibuk dengan femili trip wif Mama dan Abah. Seriusly, Miss Asya memang nak sambut mereka dari lapangan terbang tapi disebabkan kami ingat deme naek MAS yang paling dekat pown mendarat di Jakarta, terus tak jadi nak amek diorang. Maaf yerk atas kekejaman Miss Asya.
Dari maklumat yang Miss Asya dapat dari spy (Nain dan Amin, errr), mereka mendarat di Indonesia pada hari Jumaat (31/8/2012) dan pada pagi Sabtu mereka ada perjumpaan dengan dosen. Kami, senior2 twinning dikehendaki berada di event tersebut. Respon Miss Asya: Oh, pagi Sabtu tu ade program dengan femili lar. Tapi iA boleh curi mase sekejap.

Pagi Sabtu yang indah....
Miss Asya baru balik berjoging dengan femili bersama ibu tuan rumah yang sangat baek hati. Hatur nuhun Ibu!!! Saranghae!!!!!
Junior2 Miss Asya kelihatan sebegini biler memakai kaca mata usrah..^_^ comey and sporty.
Miss Asya on da way ker Fakultas Kedokteran dengan pakai baju jogging padahal kene pakai baju formal. Dari kejauhan boleh nampak junior berjalan menghampiri round da board. Mereka berkumpul di suatu tempat. Dalam hati Miss Asya, "Eh, junior nak mai dah. Tunggu deme dekat FK jer lar." Miss Asya berjalan pantas, sesekali toleh ke belakang. Eh, naper diorang tak bergerak dari tadi. Minda berpusing mencari jawapan. OOOOO, baru teringat. Diorang maner lar tahu FK tu kat maner. Miss Asya make U-turn dan melambai ke arah mereka dari kejauhan. Junior memandang Miss Asya dengan rase pelik. Mungkin junior tersebut berkata begini:
Junior 1: Eh, minah Indon maner lar pulak yang duk lambai kiter? Excited kot jumper orang Malaysia.
Junior 2: Eeee, mengerikanlah orang tu. Tetibe jer lambai kat kiter.
Junior 3: Kenapa orang tu lambai kat kiter?? Herm....
Miss Asya: Eheh, naperlah deme tak ke mari. Nampaknye kene lah pegi kat diorang.

Miss Asya menghampiri mereka dengan senyuman yang manis gitu (uweeekkkk).
"Assalamu'alaikum!! Junior twinning eh?" (dah tau lagi mau tanya ka??)
"Eh, ini senior kami ker?"tanya salah sorang junior.
"Ha'ah."
Tetibe wajah deme bertukar jadi lega giler dan excited sebab ader gak senior nak jumpe diorang. Tapikan, cara diorang salam membuatkan Miss Asya terase tue giler!! Maner taknye, diorang salam pastu cium tangan Miss Asya. Huhuhuhuhu.. Umurmu dan umurku tak jauh bezanya sayang. Pastu Miss Asya ajar mereka cara salam yang sebenarnyer = cara salam antara akhowat.

Sambil jalan, macam2 diorang tanye kat Miss Asya. Miss Asya turut gembira jumpa diorang yang sangat comey dan aktif. Gembire jugak sebab diorang dapat terime diri ini yang penuh kekurangan. ^_^ Arigatoooo...
**********************************************************

p/s: epilog seterusnye disambung selepas homework Miss Asya selesai. Tambah koleksi troll sedang menari dan green troll. Troll fever kembali lagi.

Sunday, 9 September 2012

DALAM TAWA ADA SENDU :OPEN HOUSE AT MULANA

Photo
Gegurl twin2 program 2011..say Cheezzzzzzz...(er, sinaran cahaya dari Miss Asya,nampak macam angelic tak)

Assalamu'alaikum!!!
Ape kabor adek2 terchenta? Kalo sehat, alhamdulillah. Kalo sakit, alhamdulillah. Eh, Miss Asya nie. Kalo orang sakit sepatutnyer kesian, ni Miss Asya macam bergumbira atas naseb malang menimpa diri ini. Ni yang nak merajuk nie. Humph!
Eh, jangan merajuk. Bersyukurlah kerana Allah menimpakan kite ujian kerana ujian itu diberikan pada hamba yang disayangiNYA. Mungkin untuk menguji keimanan @ mungkin sekadar mengingatkan hambaNYA itu betapa bernilainya sebuah nikmat yang diberikan. :P

Ha, hari ni Miss Asya nak kongsi sedutan kisah yang berlaku pada 9/9/2012. Hari nie ler tu. Tersengih kerang wangi dek disembur parfume.

Haih, makan xhengat dunia..^^,
Hari ini batch Miss Asya ade buat OPEN HOUSE sempena Hari Raye Aidilfitri. Memandangkan kami sudah pon duduk kat rumah sewa masing2, jadi kami bawak makanan dari rumah sewa masing2 dan dikongsi beramai-ramai. Kalo Miss Asya and the housemate, kami wat spaghetti dan bubur jagung (cehh, padahal Miss Asya hanye sempat kacau bubur jer dan potong cendawan jer...yang len housemate yang setelkan).
Tuan rumah turut bergumbira menyambut tetamu.
Ada yang buat laksa penang, sedap oooo.. O_o lazat dan rase terharu giler sebab dapat melepaskan hajat untuk makan laksa penang nie..Uhuhuhuh..
Teman Sukawening yang disayangi.0,0
Ada yang buat bihun sup, ader yang buat roti jala yang berwarne-warni.. Dilengkapi dengan air fanta susu dan puding sebagai pencuci mulut. Tak dilupakan kueh2 raye yang dibawakkan khas dari Malaysia.
Raishan, merupakan nenek dalam femili tree twinning program..@_@
Sangat seronok, dengan sesi fotografi yang x habis2 ditambah dengan pelbagi ragam yang melucukan dari teman twinning Miss Asya.
Siti, merupakan sahabat yang paling lemah lembut yang pernah Miss Asya jumpe.
Kak Fiqah (peace no war!!), Dayana (cakk!!^^,) dan Qilah (nak rase xjuadah kat tangan?)
Inilah ibu usrah Miss Asya yang Miss Asya cayang!!^_^Kak Athina dan Kak Fiqah.
Asma di sebelah kiri sambil memeluk sahabat yang paling Miss Asya sayangi, Murni.^_^ Comey x?
Maskatina yang berbaju kurung turqoise, Asyaratun tersenyum manis berselendang, Fatin dengan posing super model tersenyum ayu.^_^
Aduhai, nampak gelojoh betul Miss Asya. Maaf yerk.=_=''
Iffah, tampil manis berbaju hijau dengan senyuman menawan. (Ish, kalo ler iffah bace nie...=_='',puji jangan marah yerk)
Dari kiri, Aema, Nani, Ummi, Titta (i love you!!! hehehe) dan Iffah. 5 gadis melayu terakhir. Sape championnyer??
Nain bersama 3 gadis, Nani, Che Nor dan Dina yang comey.Ahaks..^_^
Tapi, dalam masa yang sama, Miss Asya turut merasa sedih sebab kekecohan yang berlaku waktu rumah terbuka membuatkan Miss Asya tetiba teringat dengan femili Miss Asya kat Malaysia. Mama, abah, abang2 dan kakak ipar. Ditambah dengan telatah sepupu2 Miss Asya yang giler berphoto, anak2 sepupu yang suke sangat dengan cornflake madu smpai licin 2 bekas dibuatnyer. Huh, memang syahdu jiwa dibuatnyer.

Miss Asya pergi ke ruang tamu bawah, bersorangan mengenangkan nasib Miss Asya yang x dapat pulang raye taun nie. Huhuhu TAT. Maaf teman2 twinning kerana daku pulang awal. Bukannyer tak suker @ tak bergumbira, cuma hati ini terlalu sedey dan merindui femili yang terchenta. Maaf yer.

p/s: Foto kredit to Mr Nain. Miss Asya maner ader camera. Nie sumer cilok dari fb tau. Hehehehe.....

Friday, 7 September 2012

SALAM PERANTAUAN

Assalamualaikum!!!!!!!!

Ape habar adek2 terchenta?? Lame giler kot Miss Asya x update blog atas sebab2 yg tak dapat dielakkan. Tak terlambat kot untuk Miss Asya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Hah, cuti raye kome camner? Mesti syok kan? Apelah sangat kalau nak dibandingkan dengan Miss Asya yang beraye di perantauan. Tu lah, dulu nak sangat beraye kat perantauan. Hah, amek!!

Di bawah nie adalah sebahgian coretan yang disimpan dalam microsoft word.


MASYUK BETUL DENGAR LAGU RAYE, EXPESIALI BILE JADI PERANTAUAN

Assalamualaikum adek2 terchenta!!! Wahh, lame giler tak update blog, gara2 ternet tak dapat.
Berpeluh tengok tajuk. Panjang x hengat!

Memandangkan nak dekat raye, Miss Asya bukaklah lagu raye. Aduhh, berair mata dibuatnye. Begini ker perasaan tak dapat balek beraye bersame femili. Dengar lagu rancak pown dah nak tangkap leleh, dengar lagu yang memang khas untuk perantauan nie, lagi ler laju mengalirnye. Aduhai, kenapa senang sangat nak nangis nie. (Ambik towel kecik, sreeetttt, buang hingus..Eii, pengotor betul ler Miss Asya. Tersengih kerang busuk)

Bile nak dekat2 raye nie, tetibe teringat waktu berpuasa dekat Malaysia. Time nie, adik terchenta, Afiran dengan abang yang disayangi, Amin, mesti dah kene suruh bersih tiang2 kecil kat depan rumah pastu cat putih. Miss Asya pulak, kalau tak buat kuih raye, mesti duk masukkan penyangkuk langsir, panjat kerusi, pasang langsir baru. Panjat dapur, bukak langsir, nak kasi basuh. Mama yang dirindui, mesti duk tambah koleksi kuih yang mesti akan berkurangan dari bilangan yang asal memandangkan anak2 die melantak beberapa kuih, konon nak testing ler. Padahal mama memang expert buat kuih ni. (Air mata mengalir laju.)

Miss Asya, adik dan abang Amin, menunggu kepulangan abang yang sering memberi motivasi pada adik2 die yang nakal nie, abang Wan. Abang Wan akan pastikan segala kerja2 kami telah setel. Kami adik beradik memang patuh bile abang Wan bagi arahan. Abah yang disayangi, mesti duk bersih2 kan halaman. Memandangkan si rumput yang evil sememangnye menyubur senantiasa, abah akan mesin rumput, meracun lalang2.

Sehari before nak raye, ade 2 gerombolan pak cik2, satu dari Kampung Lubuk Salak, satu lagi dari Kampung Ketoyong. Miss Asya dengan femili except abah, mesti duk sibuk2 sediakan juadah untuk mereka. Diorang nie datang untuk takbir raye, kalau kat kampong Miss Asya, tradisi takbir raye dari rumah ke rumah masih lagi dikekalkan. Petang tu, adik dan abang Amin, alihkan sofa kayu dari ruang tamu depan ke ruang tamu tengah. Abang Wan pulak akan bentangkan karpet kat ruang tamu depan. Miss Asya mesti kene sapu dekat beranda plus mop sekali. Peluh. Beranda tu kalo kecik takper, nie beranda lagi besar dari ruang tamu depan. Tak dilupakan meja dan kerusi yang diperbuat dari simen, dialasi dengan batu marmar bewarna coklat, tu pown kene cuci, no exception. Time2 orang nak cuci nie lah, ade jer makhluk Allah yang datang nyibuk, gesel2 dekat kaki. Sabor jer lar. Miss Asya, kalau dah geram sangat, renjis air sikit, baru lari. Lari duk kat atas meja simen tu. Geleng kepale. Naseb bek engkau kucing, kalo cicak, dah lame dah Miss Asya lestik dengan getah.

Lepas dah siap, Miss Asya bantu mama pulak untuk sediakan juadah. Kadang2 kasi kueh raye, tak pown nasi himpit dengan kuah kacang dan rendang. Abang Amin dapat sau kerje yang special, kene buat air. Wahaha, tu lah, sape suh expert buat air.

Lepas dah setel, abang Wan, abang Amin dan adik bersiap untuk ikut join rombongan takbir raye. Biasenye, bile dah sampai turn rumah Miss Asya, pastu dah tak ikut dah. Sebab biasenye rumah Miss Asya last @ second last gitu. Mahu taknye, rombongan sampai kadang2 pukul 12.30, ade pernah satu hari, pukul 1.30 pagi. Mase tu Miss Asya dah baring2 dekat depan TV, mama pulak dah tertidur.

Waktu Miss Asya lower form dulu, kawan2 adik selalu lepak rumah Miss Asya. Orang pergi bertakbir, diorang pergi maen mercun meriam. Geleng kepale. Pastu mesti ade sahutan mercun meriam dari dua kampong. Rumah Miss Asya nie, umpama seperti sempadan bagi dua kampong. Sebab tu la hade 2 gerombolan takbir raye sampai kat rumah Miss Asya. Kawan2 adik biasanya akan sampai sejam lagi awal dari kumpulan takbir raye, diorang yang melantak dulu, sambil tengok TV. Biase lar, nak dekat raye kan banyak citer best, TV3 lar. Riuh rumah dibuatnye.

Siyes, Miss Asya sangat merindui semua itu. Raye tahun nie mesti spesel sebab menantu pertama dalam femili beraye tuk 1st time dengan femili Miss Asya. Almaklum ler, nikah disember tahun lepas. Naseb bek rumah besan dekat jer, 10 minit kalau naik kereta. Untung, boleh raye pertama dengan femili masing2. Mesti lagi ramai tetamu. ^_^

Wokey, rase macam dah tak sanggup nak tulis lagi. Sedey sangat. Raye pertama, menangis same2 dengan Afiq Ruqaini, Amirul Amin,dan Nain ler nampaknye.

Kepada teman2 di Malaysia, selamat menyambut Aidilfitri di samping femili yang terchenta. Sambut lah dengan sepenuh hati kalian. Sebab bile kalian tak dapat beraye bersama femili, hati seedy sangat2. Ambillah peluang nie untuk bergembira dengan mereka.

Kepada teman2 yang senasib dengan Miss Asya, takper, jangan sedey2 sangat. Abah Miss Asya ade person, setiap aper yang berlaku mesti ade hikmah disebaliknye. Mungkin nie preparation untuk Miss Asya biler masuk ke alam pekerjaan kelak, faham2 ler doctor. Biler kite berjauhan dengan femili, yang paling terasa adalah bile datangnye raye. Kali nie, Miss Asya dapat rasa bagaimana feeling orang yang tak punya keluarga.

Jadi, same2 lah kita mencari pengajaran setiap apa yang berlaku.

p/s: Moh kiter layan lagu dendang perantau same. T_T

Sunday, 5 August 2012

SANG PENCINTA

Menanti satu detik pandangan magismu,
Cukup untuk meredakan rindu duniawi,
Segala dugaan dan pesona,
Menjadi irama indah,
Kesakitan ragaku,
Berlalu pergi, tiada bererti.

PadaMu jua,
 tertuju segala jalan
PadaMu jua,
 cintaku serahkan

Kerana hati seorang pencinta,
Pandangannya satu,
Matanya hanya melihat Dia,
Yang melihatnya hanya Dia kekasihnya.

Sang Pencinta,
Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta,
Hanya dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Sang Pencinta,
Rela menderita,
Agar rindu batinnya terubat.

Mengenang Dia,
Cinta yang dipuja,
Mengenang Dia,
Cinta yang diredhai,
Mengenang Dia,
Hanya Dia.

p/s: Bait lirik dari M. Nasir... maksudnya mendalam bagi siapa yg mahu memikir..^_^

AKU RINDU PADAMU

Assalamu'alaikum adek2 terchenta espeselly adek izzah dan adek asmira.

Okey, post kali ini saya tujukan pada adek asmira dan adek izzah.

Asmira, Izzah, aku rindu giler kat korang berdue. Giler miss ar!!
Rasenyer, kalau aku jumpe korang berdua, compem aku peluk korang kuat2 macam aku selalu peluk dekat Mr Teddy aku kat sini (Mr Teddy makin penyek sekarang). Bile agaknyer boleh jumper korang balek?

Tetibe terbayangkan time aku jumpe kome berdue, Asmira dah ade baby kat tangan manakala Izzah tengah pimpin anak die usia 1 tahun. Hehehehehe, dah mengalir air mate gelak2 kat sini. Izzah mesti duk histeria kejap bile bace statement tadi. Kalau Asmira, herm, cool jer lah. Nak kasi Asmira histeria jugak. Sambung bayangan, sekali ade sorang laki yang sangat kite kenali approach kite bertige pastu kate dekat Asmira, "Sayang, I pergi kerje dulu yerk," kate Sir Megat sambil memandang Asmira dengan penuh kasihnye. Dalam hati aku, 'Alalalar, comeynye diorang berdua nie. Dahlah cute, same tinggi pulak tu. Herm, sepadanlah. Bagai pinang di belah dua gitu.' Okey, kali nie gerenti Asmira freak out giler. Izzah, give me hi-5!!

Pastu kiter pergi shopping mall, window shopping together-gether. Lapar, kiter makan kat kedai mamak, makan roti canai, minum teh tarik baek punyer!! Perghhh~~ Kalau ade mase lagi, kiter pergi picnic same2, Asmira dengan femili bahagie dier, Izzah dengan anak dan suami terchenta, kiter (ehem, tak perlu tahu). Lepak same2. Pastu pergi usrah same2. Wahh!!! Bahagianyer. Kiter jalan berpimpin tangan (ader background bunga2 sakura jatuh pastu lagu bruno mars).

Baiklah, cukup dengan bayangan tersebut. Eheh, korang camner pulak? Boleh terime ker bayangan kiter nie. Hehehehehehe, gelak tak henti.

p/s: Tahap kegeraman Asmira=sepakan super penalti ronaldo.. =P

Saturday, 4 August 2012

OPPA!!! SARANGHAE~

Wahh!!! Tsunami korea!! Lari wehh~~


Assalamu'alaikum adek-adek terchenta!!

K-pop wave. Saper yang tak tahu k-pop memang dikatekan ketinggalan zaman. Bukanlah nak kate die tu mesti fanatik (seperti kebanyakan yang berlaku pada remaja2 macam kiter nie) dengan k-pop, tapi at least die mesti tahu lah ape itu k-pop. Korean pop.

Fuhh, berpeluh sebentar. Takut karang blog nie kene bantai dengan peminat k-pop kat luar sane.

Wokeylah, hari ni Miss Asya nak kongsi sedikit ceriter yang menarik dan perlu sangat2 diketahui oleh mereka yang memang gile-giler fanatik dengan artis-artis korean yang sangat comey dan ensem lagi. Miss Asya admit, Miss Asya pown pernah jugak tergile-gilekan k-pop nie. Bukan sekadar k-pop, korean drama, running men, we got married, ishh, sumer kene sapu dengan Miss Asya punyer. Tapi taklah sefanatik sesetengah member2 Miss Asya, sekadar meminati. Eh, alasan.



Baiklah, aper yang Miss Asya nak sharing dengan peminat k-pop wave nie?
Setahun berada di Jatinangor, Bandung, sudah banyak akhowat (gegurl muslimah) yang datang melawat kami yang kerdil di sini.

Menjalinkan ukhuwah atas satu akidah yang same. Hoh, ohsemnyer akhowat nie. Sanggup menghabiskan duet (eventhough scolarship, asalkan bukan free tiket flight tu dikire mahal di mate Miss Asya), tenage (obviesly kot, duk kat flight dah nak 2 jam, nak mai datang ke pekan Jatinangor dari airport tu pown dah nak sejam) dan masa cuti mereka (kalaulah Miss Asya, balek dari oversea, buat aper nak gi oversea lagi. Duk rumah ler).


Ade akhowat student UK, ader student Jepun (paling ramai, berjemaah datangnyer) dan yang paling syok sekali sebab student Korea pown datang jenguk kami. Mungkin disebabkan mereka belajar di Korea, jadi kehadiran mereka sangatlah interesting bagi Miss Asya.
Eh, tetibe terbayangkan Miss Asya belajar di Korea, dapat jumpe Big Bang (hoh!! saranghae~~).

Saat berkenal-kenalan dengan akhowat super ohsem Korea nie, Miss Asya lar yang paling banyak menanya. Yer lah, nak tahu gak aper feeling diorang dapat duk Korea. Dan perkongsian mereka sangat mengejutkan Miss Asya sehingga Miss Asya terase macam kene tipu jer dengan orang2 Korea nie. Petikan di bawah adalah sedikit perkongsian dari akhowat Malaysia yang belajar engineering di universiti Korea. Harap adek-adek terchenta dapat merenungkan balek mana letaknye diri kite.

Soalan 1:
Kalau duk kat Korea, susah tak nak cari makanan halal? Yer lah, bukannye negare islam kan.

Kitorang dekat sane, nak cari daging-daging yang halal, kene pergi kedai-kedai dekat masjid. Kat situ ade masyarakat minoriti islam. 


Soalan 2:
Ramai tak orang islam dekat Korea? (maner ler tau ramai jer, tapi kiter jer tak tahu)

Dianggarkan lebih kurang 30,000 penduduk islam daripada 16juta penduduk Korea. Sangatlah sikit. Dekat sane, satu bandar hanya ade satu masjid. Tak ader surau. Kadang-kadang kitorang solat dekat tepi bangunan, atau tepi kelas. Kalau pergi shopping, kitorang solat dekat tepi tangga. Tapi kitorang kene marah dengan pak gate, kate die kalo solat kat sini nanti menghalang laluan orang nak keluar kalau ader kecemasan yang berlaku. Sebenarnya, pendedahan islam di korea hampir kepada angka 0. Sebab aper? Kerana korea adalah sebuah negara di bawah tajaan negare barat. Jadi segala perkembangan mereka diselenggara, dan kemasukan berita-berita dari luar Korea akan ditapis sehingga berita tentang keadaan islam dekat dunia pown diorang tak tahu. Kes palestin ker, gaza ker. Dahlah diorang nie tak sumer yang kuasai english, even kalau ader internet pown, tapi news tu dalam english, disadvantage buat deme sebab diorang tak faham. Mereka telah diasuh menjadi selfish. Bagi orang korea, bangsa diorang diutamakan. Yang lain diorang tak amek kisah pown. 


Soalan 3:
Miss Asya pernah dengar, orang Malaysia takleh nak berkumpul di satu kawasan awam ramai-ramai. Nanti kene marah dengan polis. Betul  ker?

Kak Nad share satu kisah. Time tu Kak Nad 'freshie' lagi. So, tak tahu jalan ke universiti. Jadi Kak Nad dan kawan-kawan 'freshie' yang lain macam janjilah nak pergi universiti same-same. Kami janji nak kumpul di taman permainan. Mase tu, kalau tak silap, ade 8-10 orang lar gitu. Waktu tengah tunggu kawan2 yang laen nak datang, tetibe Kak Nad dengar bunyi siren polis. Cuak ar kami. Kitorang ader buat salah ker? Pak polis tu datang kat kami tanye kenape berkumpul ramai-ramai dekat sini? Kak Nad bagitau lar aper tujuan kami kumpul kat situ. Pastu pak polis tu kate, "Lain kali jangan kumpul ramai-ramai macam ni."
Sebenarnye, orang Korea nie macam paranoid @ phobia dengan Islam. Yang diorang tahu Islam tu terorrist. 
Larangan untuk tak berkumpul ramai2 nie bukan untuk student Malaysia jer. Asalkan diorang nie outsider, diorang tak boleh nak duduk berkumpulan. Takut2 perkumpulan tu buat secret meeting ker @ rusuhan ker.


Soalan 4:
Ehem, kan sekarang nie orang Asia telah ditempias dengan satu ombak besar (tsunami)
k-pop. Bukan setakat Malaysia jer, Indonesia pown kene influenza k-pop nie, malah lagi teruk dari Malaysia. Siap ade I-pop (indonesia pop) lagi, dari pakaian, tarian, rentak lagu, sumernyer 100% ikut K-pop. Sebijik, sejibik. Naseb baek lar warne kulit tak same.
Jadi, akak kat sane mesti kene tempiasnye jugak kan?

Pelakon pown bunuh diri.
Bukan ker artis itu glamor?
Kalau bagi Kak Nad, sepanjang akak duduk dekat Korea, akak tak pernah tengok drama korea ker aper ker. Nak tau sebab aper? Sebenarnye, cerite2 drama yang korang tengok selama nie adalah totally different dengan realiti sebenarnya yang berlaku dalam kehidupan mereka. Mungkin drama-drama yang diorang buat tu seperti anganan kehidupan yang diorang nak kecapi tapi tak dapat. Sebenarnye, kehidupan masyarakat Korea sangat membosankan. Life diorang tu macam kosong. Nothing. Diorang nie seolah-olah takder matlamat hidup yang sebenar. Setiap kali diorang ditimpa masalah, contohnye fail exam (bende kecik jer pown), penyelesaian diorang adalah BUNUH DIRI. Ader kes student bunuh diri lepas abis jawap paper, belum kuar result lagi. Bile kluar result, makin banyak lah kes bunuh diri. Kalau nak tahu, negare Korea ni champion dalam kes bunuh diri. 

Soalan 5:
Diorang takder tanye dekat akak ker pasal Islam nie?

Ramai yang tanyer, kenape pakai tudung? Kenapa kene solat 5 waktu? Kenape puase?
Ader setengah tu yang kristian, marah-marah bile jumper orang islam. Pernah satu hari tu, Kak Nad time tu ade kat dalam train. Tengah duduk, tetibe ade sorang mak cik baru masuk dalam train. Jadi Kak Nad bagilah mak cik tu duduk dekat seat Kak Nad. Mule-mule tu mak cik tu heppy ler pastu sembang-sembang dengan Kak Nad. Bile die tahu Kak Nad islam, terus dier marah-marah, kenape tak masuk kristian. Pastu die sebutlah pasal Jesus, pastu die sembang dengan orang sebelah die dan marah-marah kenape ade yang tak masuk kristian. Biasenyer, situasi begini berlaku di kalangan orang2 yang berumur. Bile nampak orang pakai tudung, diorang pandang pelik pastu bisik2. 
Kalau waktu summer dekat Korea, panas dier lebih kurang macam dekat Malaysia. Jadi masyarakat korean tend untuk pakai short sleeve. Bile nampak akhowat yang pakai tudung time tu, diorang marah-marah sambil kate,"Hot! Hot!". Diorang siap suruh akhowat nie tanggalkan tudung. Ade kes akhowat tudung dier kene tarik.


Terkedu sebentar bile dengar akhowat Korea share perkare yang tak pernah terjangkau di kepale Miss Asya. Oh, sebegitu paranoid kah mereka dengan islam? Kasihan mereka sebab tak tahu akan kebenaran islam. Miss Asya yakin, mereka telah pown di'brainwash' minda mereka sehingga dinampakkan islam itu jelek. Peluh besar. Simpati.

Soalan 6:
Ape pengajaran yang dapat diambil dari masyarakat Korea?

Banyak. Banyak sangat! Masyarakat Korea adalah sebuah masyarakat yang punya islam dalamnya (maksudnyer, ciri2 seorang islam tu ader). Diorang sangat menjaga kebersihan. Toilet diorang, masyaALLAH, bersihnye sampai boleh tidur dalam tu. Diorang jugak sangat menjaga masa. Kelewatan tu adalah satu kesalahan yang berat bagi deme. Lewat 5 minit pown dah rase bende tu salah besar. Kebiasaannye, diorang akan sampai awal beberapa minit sebelum time yang dijanjikan.
Diorang ni jugak sangat lah rajin dan kreatif. Kalau diikutkan, Korea nie maner ade hasil bumi macam Malaysia. Diorang nie totally membangunkan teknologi sebagai sumber pendapatan negara yang utama.


Sebenarnye, banyak lagi perkara yang dishare dari akhowat2 yang study kat Korea nie. Tapi tak tertulis kat sini. Eheh, maaf.

Herm, begitu rupanya Korea. Peluh besar. =_=''

p/s: Err, kepada peminat K-pop, korang tak rase ker yang korang (termasuk ler Miss Asya sekali) tertipu?

MAISEN 2011

(kredit)

Assalamu'alaikum adek-adek terchenta!!!

Baru-baru nie, Miss Asya tengok short film yang dipertandingkan dalam MAISEN 2011. Pertandingan nie dah lame lepas, awal tahun kot.
Jadi kat sini, Miss Asya bukan nak promo ader pertandingan ker gaper, tapi nak promo video yang mane sedikit sebanyak ade pengajaran di sebalik film pendek ini.
Film ini dianjurkan untuk student Malaysia di UNPAD.
Tapikan Miss Asya, yang belajar dekat UNPAD tu bukan budak medik dengan dentistry ker? Abes tu, saper yang edit-edit video nie?
Hah!! Tu lah yang korang sumer tak tahu. Sebenaqnyer, student medik dan dentistry nie pown ader bakat terpendam tau. Bakat berlakon, bakat mengeditor.

Kat bawah nie ader link untuk film yang dipertandingkan.
Ehem, Miss Asya ade masuk ker? Mesti lar!!


Kerana Dia by TWP11 (batch Miss Asya)
http://www.youtube.com/watch?v=YIzJ2aUbKac&feature=relmfu


Hakikat by IMAN (organisasi islam untuk student malaysia)
http://www.youtube.com/watch?v=ujWjjJThBvc


FR The Movie by senior last year
http://www.youtube.com/watch?v=JfO_NtX_oIM

Rekomendasi?
Pengajaran menyentuh jiwa, tengok ler ceriter Hakikat.
Kalau rase nak sedikit kelainan, tengok ler ceriter FR The Movie.
Kerana Dia? Herm, kalau nak tengok, tengok ler. Biase jer, tapi ade sedikit komedi.


Tema MAISEN untuk tahun ini, Fantasi vs Realiti.
Harap adek-adek dapat ambek pengajaran dari short film di atas.

p/s: Maaf ler kalau ade vid yang tersekat ker, xclear suare ker. Biase lar, kami still noob.

SEORANG ITU BAHAYA!!!




Uit, sejuknye bandung. Takper, Miss Asya pasti sedap dimakan.


Assalamu'alaikum adek2 terchenta. Yehh, mase untuk revenge balik, masuk post yang banyak hari tak update sebab disconnect dengan internet. Fuhh,=_=''.

Teringat time dalam round heppy (bace bulatan gembira), ibu usrah selalu pesan. Bile manusia itu berseorangan, dia mudah terperangkap dalam kejahiliyahan. Dan di saat ini, Miss Asya mengakui statement Kak Yana. Sememangnye, bile berseorangan memang dugaan die sangatlah besar. Mase nie lah kite menilai diri kite sejauh mane keimanan diri. Adakah sekadar di hadapan lens manusia ataupown kite benar-benar ikhlas keranaNYA.

....................................................................................................


Sememangnya manusia itu diberi berbagai ujian. Setiap masa, setiap detik. Andai ketika ini kita ditimpa musibah, mudah benar kita merasakan itu adalah sebuah ujian. Namun tatkala kita diberi kenikmatan, tahukah kita bahawa itu sebenarnya ujian? Dan bagi Miss Asya, ujian yang paling berat dihadapi dan mudah memperdaya diri adalah masa. Kenapa masa? Di saat apa pown, saat kita lapang mahupown sempit, masa itu ujian yang berat. Masa lapang, kita rasa seolah-olah kita bolehlah rehat2, guling2, bermalas-malasan. Akhirnya masa itu terbuang begitu sahaja. Detik-detik yang berlalu tak kita hargai nilainya. Dan saat menghadapi kesempitan waktu, ketika itu kita merasa sesal dengan diri. Kenapa aku tak buat bende ni time aku ade BANYAK masa? Kenapa lar aku tak study awal-awal? Kenapa lar aku tak belajar betul-betul dulu, kalau tak mesti aku dah jadi orang hebat. Waktu makin menghimpit diri, menyesakkan dada sehingga akal menjadi buntu, lenguh kepenatan.

Kadang, Miss Asya mengeluh sendirian, "Kenapa aku ditimpa ujian sebegini? Nampak sangat imanku lemah. Kalau dibandingkan anak-anak Gaza, peluru itu umpama dendangan lagu yang terpaksa didengari, malah dirasai 'keenakannya', wajah polos terlihat lemah zahirnya, tapi batin. MasyaALLAH!"

Saat bersendirian, apa yang menakutkan bila nafsu mula menjadi tunjuk arah. Walau akal menentang, andai iman sudah goyah, apa pun logiknya, sudah kabur dari pandangan mata. Teringat kata Kak Yana, saat kita merasa iman kita tengah membara, saat itu perbanyakkan perkara-perkara sunnah. Tahajjud pembuka diari harian, rawatib kudapan bagi fardhunya, mathurat mendinding diri dari fitnah, dhuha pembuka jawapan bagi soalan kehidupan, witir umpama bantal peluk yang empuk sebelum menerjah hari esok. Kerana apa? Kerana di saat iman kita makin sirna cahayanya, yang sunnah itu bagaikan pembantu untuk kita mengarah ke jalan yang betul, mewaraskan akal, melawan nafsu yang bangun dari tidurnya.




Sendirian itu bahaya sekiranya kita tak punya pendinding yang membentengi diri kita dari terjerumus ke medan jahiliyah. Kerana jahiliyah itu dihias indah di dunia, membuat akal memikirkan, yang indah itu bagus, yang perit itu buruk.

Lantas, harus bagaimana diri ini untuk mengharungi detik2 itu?
Tarbiyyah!! Jawapan yang mampu diberi. Hidup tanpa tarbiyyah, kita akan dibawa hanyut oleh ombak fitnah dunia yang makin bergelora saban waktu.

p/s: Miss Asya miss sangat dengan usrah. Risau masa lapang membaham diri yang kesorangan saat ini..huhuhu TAT

ESOK DAN AKAN DATANG



Assalamu’alaikum adek2 terchenta!!! (sila jawab dengan kuat “,)

Miss Asya punya rancangan,
mahu jadi wanita muslimah,
jadi kenelah buat list,
ciri2 muslimah tu ape jer.

Miss Asya punya rancangan,
mahu dapat 3.40 untuk next sem,
jadi kenelah buat jadual,
sistematik dan berkesan.

Miss Asya punya rancangan,
mahu hafal juz ‘amma,
jadi kenelah hafal satu surah sehari,
dengan makne sekali,
supaye ade feel dekat hati.

Miss Asya punya rancangan,
mahu bilik super feminist,
jadi kenelah buat lakaran,
baru boleh make up itu,
tambah ini.

Miss Asya punya rancangan,
mahu pandai gune sony vegas,
jadi kenelah berguru pada yang bijak pandai,
pastu wat latihan,
nanti boleh jadi professional,
gune untuk kepentingan ummah.

Miss Asya punya rancangan,
mahu jadi tukang masak,
jadi kenelah berlatih tiap hari,
supaye sedap rase masakan,
orang makan pon senang hati,
tukang masak yang lihat pown suke hati.

Miss Asya punya rancangan,
mahu pandai menjahit,
jadi kenelah cari tok guru,
supaye menjadi jahitan tu,
boleh ler jahit baju raye sendiri jer,
tak payah nak tempah2 lagi.

Miss Asya! Banyaknye rancangan!
Boleh buat ker?
Setiap manusia punya 24jam/7hari,
Kalau pandai urus masa,
Semua tu tak jadi masalah lar.

p/s: mahu jadi superwomen, tahu sumer…

PENATNYE HARI INI


Assalamu’alaikum adek2 terchenta!! Macam mane hari nie? Wokey ker KO?

Herm, hari ni Miss Asya nak berbagi rasa. Rasa seedy. HuhuhuhuTAT
Minggu nie jer dah bape kali Miss Asya mengalir air mate. Mengalir air mate mengenangkan kemungkinan Miss Asya tak balik Malaysia. Ade jer halangan yang berlaku tiap kali nak berurusan dengan pihak imigrasi. Tawar rase hati nak balik. Herm, tak per lah. Tak ade rezeki kan. Nak buat macam maner lagi. Padahal Miss Asya dah rancang beberapa bulan dah tapi itulah, manusia sekadar merancang, tapi sebaik-baik perancangan sudah pown tertulis di Lauh Mahfuz.
Pasrah, redha? Herm, susah nak kate. Saper tak sedih bile hari yang ditunggu rupenye terkubur begitu saje. Ungkapan redha tu takder dalam diri Miss Asya. Sebab ape? Sebab redha itu bile kite betul2 pasrah, dah tak kisah dah, ape nak jadi, jadilah. Sehingga wajah seseorang yang redha itu tak tertulis kesedihan mahupown kemarahan. Riak mukanya seperti biasa, seperti dia yang selalu. Sedangkan Miss Asya, belum pown sampai di muka pintu rumah, berjejeran air mata mencurah (ke ladang gandum, jadilah kokocrunch…iklan sebentar) dan tatkala adek Attikah Suhaimi melihat keadaan Miss Asya hanya mampu menuturkan sabar sahaja.
Mesti adek Attikah kaget kan? Saat meratapi nasib, bunyi ketukan bersama sahutan memanggil nama Miss Asya dari sahabat yang Miss Asya kenali, adek Murni. Dalam kepayahan, Miss Asya berjalan membuka pintu lantas terus masuk ke bilik. Segan rasanya bila ade manusia melihat Miss Asya sedih2 begini.

Air mata itu masin rasenye.
Bukannya sedih biasa, menangis macam anak kecil lagaknya. Adek Murni dan Kak Athina cuba menenangkan diri, bertanya permasalahan yang berlaku tapi Miss Asya sangatlah malu untuk memberitahu perihal yang berlaku. Maaf ya teman, bukan tak mahu berkongsi tapi tak mahu kesedihan sahabatmu ini membunuh kegembiraan dirimu yang tak lama lagi pulang ke pangkuan keluarga.
Buat mase ni, sahabat2 Miss Asya di sini tak tahu pown perancangan sebenar Miss Asya. Mereka sekadar menduga bahawa Miss Asya akan pulang tapi lewat dari mereka. Minggu depan jadual tiket ditunda, begitulah jawapan Miss Asya. Sekali lagi, maaf sahabat. Bukan tak mahu berterus-terang, sekadar tak mahu membebani permasalahan diri ini padamu.
Miss Asya betul2 sudah tekad dengan keputusan yang payah ini. Keputusan di mana Miss Asya tak akan menyusahkan orang laen. Miss Asya dah tak mahu membebani mereka disekeliling Miss Asya. Miss Asya nak mereka gembira, senyum2 sokmo gitu.^_^
Luahan ini Miss Asya tulis dahulu di dalam Microsoft word, lepas mereka pulang baru Miss Asya masukkan kat dalam blog.
Pada sahabat yang sedang membaca, maaf sebab tak berterus-terang akan tindakan Miss Asya ini. Semoga kalian gembira di samping keluarga. Jangan lupe bawak balek kicap lemak manis botol besar buat Miss Asya. Kalau rajin, maggi pown boleh jugak dengan rempah ratus dan perencah tomyam yang lazat. Kenapa Miss Asya tak mintak kueh raye? Sebab Miss Asya yakin giler yang kalian akan bawak kueh2 raye, ketupat, rendang dan sebagainya sempena kepulangan kalian dari sana. Salam Ramadhan dari perantauan, mohon maaf atas segala kekurangan dan kesalahan diri ini.

p/s: Sebulan nak tunggu kome balek..huhuhuT_T selamat bercuti naaa….

Saturday, 28 July 2012

CRY NO MORE

Poster cry no more, kredit to IMAN.




Assalamu'alaikum adek2 terchenta!!
Amacam hari ni? Best ker KO?
Kalo KO, moh dongar Miss Asya berceghite.

Hari nie Miss Asya ade pengalaman yang menarik sangat sebab before nie Miss Asya tak pernah terfikir pown nak buat sebegitu.
Hari nie, group IMAN telah menganjurkan satu program yg ohsem, Cry No More.
Cehhhh, name pown dah gempak dah.

So, ape aktiviti dalam program nie, Miss Asya?

Cry No More nie sebenarnye dianjurkan berdasarkan satu hadis iaitu dimana kita digalakkan untuk memberi makanan pada yang memerlukan. Hah, dengar objektif pown dah tahu. Yer tak. Buat aper laghi, bagi makanan ler. Miss Asya dan teman2 yang laen bareng-bareng (sama-sama) mengedarkan makanan di tempat masing2 iaitu di Sukawening. Makanan ini diberikan untuk berbuka puasa.
Ape jer menu die, Miss Asya?
Menu die, sebungkus plastik terdiri daripada sebungkus bubur, 3 biji kurma dan air manis.
Miss Asya dan teman2 bergerak ke gerbang dahulu untuk meng'collect' makanan yang dibawa dari Mulana menaiki angkut. Sampai saje angkut, terus makanan dibawa turun.

Kami membahagikan makanan ke dalam plastik2 supaya lebih ringan dibawa dan semua orang dapat merasa pengalaman memberi makanan pada mereka yang memerlukan.
Turut join kami, 2 mamat yang ganteng! Woow!! Ehem, Miss Asya, jage mate. Sekarang nie bulan pose. Tak memasal potong harga pose tu.

Perjalanan bermula. Pada asalnye, kami ingat nak jalan ramai2 jer. Tapi memikirkan nanti lambat pulak pengagihan tu berlaku, make kami pown berpecah. Asal ketemu simpang, pecah lagi. Di akhirnye, Miss Asya berjalan bersama Miss Ajrina dan Miss Syubai'ah. Dalam perjalanan tu, terserempak dengan pekerja buruh, sibuk membaiki rumah. Miss Asya hampiri lalu memberikan 3 bungkus makanan, dikongsi bersama laen.

Berjalan lagi, bertemu dengan mak cik2. Mereka yang menerima tu sangatlah gembire mendapat bungkusan makanan tu walau sekadar bubur jer. Masih segar lagi di ingatan senyuman mereka dan ucapan terima kasih mereka. Mungkin tak menduga rezeki datang dengan cara yang unik begitu.

Miss Asya ingat lagi satu peristiwa ketika memberi makanan. Mase tu Miss Asya, Miss Ajjrina dan Miss Syuba masuk ke dalam satu simpang kecil menuju ke rumah yang terperosok dari bahu jalan. Sedang Miss Asya mahu menghampiri sebuah rumah yang dihadapannye ade sorang laki dalam lingkungan belasan tahun itu, tiba2 dua ekor anjing keluar menuju ke arah Miss Ajjrina dan Miss Syuba. Ape lagi, berlari mereka berdua sambil menjerit ke rumah yang sedang dituju. Hampir-hampir saja mereka mahu berlari masuk ke rumah. Terserlah di wajah mereka ketakutan dengan ujian yang ditimpa mereka. Mujur adek tadi menghalang anjing tu dari terus mengejar mereka. Anjing itu pown berlalu pergi, cehh, anjing nie, buat2 tak bersalah pulak. Pergi lah minta maaf ker. =_=''

Sepasang suami isteri membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan rumah yang mahu kami beri makanan.
Mak cik: Neng, jangan lari neng. Kalau enggak lari, enggak dikejar.
Kami sekadara senyum2 malu. Rasenye yang paling malu tu Miss Ajjrina dan Miss Syuba lah. Kesian diorang. Tetibe teringat time kecik2 dulu. Waktu tu baru darjah 6, duduk kat Johor Bahru time tu. Kalau kat sane, lagi bnyak anjing, besar2 pulak tu. Dah lah time tu Miss Asya nie kecik macam adek Asmira. Tapi Miss Asya tahu, kalau tak lari, anjing takkan kejar kite. Jadi rilek jer Miss Asya jalan depan anjing, nak pegi kedai ker, pegi sekolah ker. Sampailah satu hari, Miss Asya tengah berjalan pulang ke rumah, time tu baru balek dari rumah kawan. Sedang berjalan, Miss Asya pandang belakang, ade seekor anjing sedang mengejar motor ke arah Miss Asya. Miss Asy buatlah derk. Motor melepasi Miss Asya, sekali anjing tu tukar target pulak. Terus kejar Miss Asya yang tak bersalah nie. Ape lagi, pecut 100m ler Miss Asya. Hampir2 jer digigit, naseb baek ade sebuah kereta menghon dan memblok jalan anjing, terus anjing tu berpatah-balik.

Aper tengok2? Nak kene kejar ker?


Miss Asya separuh mengah, bersyukur sebentar. Terselamat dari gigitan anjing. Fuhh, naseb bek kereta nie ade. Jiran-jiran perumahan yang sedang duduk rehat di beranda rumah, tergelak-gelak melihat keadaan Miss Asya. Chet, bukannyer nak tolong orang. Pergi gelakkan orang pulak tu. Sempat lagi menyumpah dalam hati. Sejak dari tu, Miss Asya agak trauma dengan anjing. Tiap kali nampak anjing dari jauh, cepat2 Miss Asya cari batu untuk dibaling. Rase macam keselamatan Miss Asya tak terjamin. Gerun memikirkan kejadian dikejar anjing tu. Walaupown rumah Miss Asya di Tanjung Malim, Perak, tapi Miss Asya tetap berjage-jage. Tak mahu mengulangi peristiwa tragis itu.

Rasenye, mungkin ade adek2 disana yang mempunyai pengalaman dikejar anjing. Gerun giler,kan?

p/s: Belilah kurma banyak, bile nak pergi bazar tu, kalo nampak mak cik @ pak cik yang dok mintak sedekah tu, bagilah kurma. Sekurang-kurangnye mereka boleh berbuka puasa dengan kurma yang kite bagi. Diorang dapat sunah Rasulullah, kita insyaAllah, dapat pahala. Sikit tapi istiqamah, itu yang Allah suke.