Saturday, 4 August 2012

PENATNYE HARI INI


Assalamu’alaikum adek2 terchenta!! Macam mane hari nie? Wokey ker KO?

Herm, hari ni Miss Asya nak berbagi rasa. Rasa seedy. HuhuhuhuTAT
Minggu nie jer dah bape kali Miss Asya mengalir air mate. Mengalir air mate mengenangkan kemungkinan Miss Asya tak balik Malaysia. Ade jer halangan yang berlaku tiap kali nak berurusan dengan pihak imigrasi. Tawar rase hati nak balik. Herm, tak per lah. Tak ade rezeki kan. Nak buat macam maner lagi. Padahal Miss Asya dah rancang beberapa bulan dah tapi itulah, manusia sekadar merancang, tapi sebaik-baik perancangan sudah pown tertulis di Lauh Mahfuz.
Pasrah, redha? Herm, susah nak kate. Saper tak sedih bile hari yang ditunggu rupenye terkubur begitu saje. Ungkapan redha tu takder dalam diri Miss Asya. Sebab ape? Sebab redha itu bile kite betul2 pasrah, dah tak kisah dah, ape nak jadi, jadilah. Sehingga wajah seseorang yang redha itu tak tertulis kesedihan mahupown kemarahan. Riak mukanya seperti biasa, seperti dia yang selalu. Sedangkan Miss Asya, belum pown sampai di muka pintu rumah, berjejeran air mata mencurah (ke ladang gandum, jadilah kokocrunch…iklan sebentar) dan tatkala adek Attikah Suhaimi melihat keadaan Miss Asya hanya mampu menuturkan sabar sahaja.
Mesti adek Attikah kaget kan? Saat meratapi nasib, bunyi ketukan bersama sahutan memanggil nama Miss Asya dari sahabat yang Miss Asya kenali, adek Murni. Dalam kepayahan, Miss Asya berjalan membuka pintu lantas terus masuk ke bilik. Segan rasanya bila ade manusia melihat Miss Asya sedih2 begini.

Air mata itu masin rasenye.
Bukannya sedih biasa, menangis macam anak kecil lagaknya. Adek Murni dan Kak Athina cuba menenangkan diri, bertanya permasalahan yang berlaku tapi Miss Asya sangatlah malu untuk memberitahu perihal yang berlaku. Maaf ya teman, bukan tak mahu berkongsi tapi tak mahu kesedihan sahabatmu ini membunuh kegembiraan dirimu yang tak lama lagi pulang ke pangkuan keluarga.
Buat mase ni, sahabat2 Miss Asya di sini tak tahu pown perancangan sebenar Miss Asya. Mereka sekadar menduga bahawa Miss Asya akan pulang tapi lewat dari mereka. Minggu depan jadual tiket ditunda, begitulah jawapan Miss Asya. Sekali lagi, maaf sahabat. Bukan tak mahu berterus-terang, sekadar tak mahu membebani permasalahan diri ini padamu.
Miss Asya betul2 sudah tekad dengan keputusan yang payah ini. Keputusan di mana Miss Asya tak akan menyusahkan orang laen. Miss Asya dah tak mahu membebani mereka disekeliling Miss Asya. Miss Asya nak mereka gembira, senyum2 sokmo gitu.^_^
Luahan ini Miss Asya tulis dahulu di dalam Microsoft word, lepas mereka pulang baru Miss Asya masukkan kat dalam blog.
Pada sahabat yang sedang membaca, maaf sebab tak berterus-terang akan tindakan Miss Asya ini. Semoga kalian gembira di samping keluarga. Jangan lupe bawak balek kicap lemak manis botol besar buat Miss Asya. Kalau rajin, maggi pown boleh jugak dengan rempah ratus dan perencah tomyam yang lazat. Kenapa Miss Asya tak mintak kueh raye? Sebab Miss Asya yakin giler yang kalian akan bawak kueh2 raye, ketupat, rendang dan sebagainya sempena kepulangan kalian dari sana. Salam Ramadhan dari perantauan, mohon maaf atas segala kekurangan dan kesalahan diri ini.

p/s: Sebulan nak tunggu kome balek..huhuhuT_T selamat bercuti naaa….

No comments:

Post a Comment