Saturday, 28 July 2012

CRY NO MORE

Poster cry no more, kredit to IMAN.




Assalamu'alaikum adek2 terchenta!!
Amacam hari ni? Best ker KO?
Kalo KO, moh dongar Miss Asya berceghite.

Hari nie Miss Asya ade pengalaman yang menarik sangat sebab before nie Miss Asya tak pernah terfikir pown nak buat sebegitu.
Hari nie, group IMAN telah menganjurkan satu program yg ohsem, Cry No More.
Cehhhh, name pown dah gempak dah.

So, ape aktiviti dalam program nie, Miss Asya?

Cry No More nie sebenarnye dianjurkan berdasarkan satu hadis iaitu dimana kita digalakkan untuk memberi makanan pada yang memerlukan. Hah, dengar objektif pown dah tahu. Yer tak. Buat aper laghi, bagi makanan ler. Miss Asya dan teman2 yang laen bareng-bareng (sama-sama) mengedarkan makanan di tempat masing2 iaitu di Sukawening. Makanan ini diberikan untuk berbuka puasa.
Ape jer menu die, Miss Asya?
Menu die, sebungkus plastik terdiri daripada sebungkus bubur, 3 biji kurma dan air manis.
Miss Asya dan teman2 bergerak ke gerbang dahulu untuk meng'collect' makanan yang dibawa dari Mulana menaiki angkut. Sampai saje angkut, terus makanan dibawa turun.

Kami membahagikan makanan ke dalam plastik2 supaya lebih ringan dibawa dan semua orang dapat merasa pengalaman memberi makanan pada mereka yang memerlukan.
Turut join kami, 2 mamat yang ganteng! Woow!! Ehem, Miss Asya, jage mate. Sekarang nie bulan pose. Tak memasal potong harga pose tu.

Perjalanan bermula. Pada asalnye, kami ingat nak jalan ramai2 jer. Tapi memikirkan nanti lambat pulak pengagihan tu berlaku, make kami pown berpecah. Asal ketemu simpang, pecah lagi. Di akhirnye, Miss Asya berjalan bersama Miss Ajrina dan Miss Syubai'ah. Dalam perjalanan tu, terserempak dengan pekerja buruh, sibuk membaiki rumah. Miss Asya hampiri lalu memberikan 3 bungkus makanan, dikongsi bersama laen.

Berjalan lagi, bertemu dengan mak cik2. Mereka yang menerima tu sangatlah gembire mendapat bungkusan makanan tu walau sekadar bubur jer. Masih segar lagi di ingatan senyuman mereka dan ucapan terima kasih mereka. Mungkin tak menduga rezeki datang dengan cara yang unik begitu.

Miss Asya ingat lagi satu peristiwa ketika memberi makanan. Mase tu Miss Asya, Miss Ajjrina dan Miss Syuba masuk ke dalam satu simpang kecil menuju ke rumah yang terperosok dari bahu jalan. Sedang Miss Asya mahu menghampiri sebuah rumah yang dihadapannye ade sorang laki dalam lingkungan belasan tahun itu, tiba2 dua ekor anjing keluar menuju ke arah Miss Ajjrina dan Miss Syuba. Ape lagi, berlari mereka berdua sambil menjerit ke rumah yang sedang dituju. Hampir-hampir saja mereka mahu berlari masuk ke rumah. Terserlah di wajah mereka ketakutan dengan ujian yang ditimpa mereka. Mujur adek tadi menghalang anjing tu dari terus mengejar mereka. Anjing itu pown berlalu pergi, cehh, anjing nie, buat2 tak bersalah pulak. Pergi lah minta maaf ker. =_=''

Sepasang suami isteri membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan rumah yang mahu kami beri makanan.
Mak cik: Neng, jangan lari neng. Kalau enggak lari, enggak dikejar.
Kami sekadara senyum2 malu. Rasenye yang paling malu tu Miss Ajjrina dan Miss Syuba lah. Kesian diorang. Tetibe teringat time kecik2 dulu. Waktu tu baru darjah 6, duduk kat Johor Bahru time tu. Kalau kat sane, lagi bnyak anjing, besar2 pulak tu. Dah lah time tu Miss Asya nie kecik macam adek Asmira. Tapi Miss Asya tahu, kalau tak lari, anjing takkan kejar kite. Jadi rilek jer Miss Asya jalan depan anjing, nak pegi kedai ker, pegi sekolah ker. Sampailah satu hari, Miss Asya tengah berjalan pulang ke rumah, time tu baru balek dari rumah kawan. Sedang berjalan, Miss Asya pandang belakang, ade seekor anjing sedang mengejar motor ke arah Miss Asya. Miss Asy buatlah derk. Motor melepasi Miss Asya, sekali anjing tu tukar target pulak. Terus kejar Miss Asya yang tak bersalah nie. Ape lagi, pecut 100m ler Miss Asya. Hampir2 jer digigit, naseb baek ade sebuah kereta menghon dan memblok jalan anjing, terus anjing tu berpatah-balik.

Aper tengok2? Nak kene kejar ker?


Miss Asya separuh mengah, bersyukur sebentar. Terselamat dari gigitan anjing. Fuhh, naseb bek kereta nie ade. Jiran-jiran perumahan yang sedang duduk rehat di beranda rumah, tergelak-gelak melihat keadaan Miss Asya. Chet, bukannyer nak tolong orang. Pergi gelakkan orang pulak tu. Sempat lagi menyumpah dalam hati. Sejak dari tu, Miss Asya agak trauma dengan anjing. Tiap kali nampak anjing dari jauh, cepat2 Miss Asya cari batu untuk dibaling. Rase macam keselamatan Miss Asya tak terjamin. Gerun memikirkan kejadian dikejar anjing tu. Walaupown rumah Miss Asya di Tanjung Malim, Perak, tapi Miss Asya tetap berjage-jage. Tak mahu mengulangi peristiwa tragis itu.

Rasenye, mungkin ade adek2 disana yang mempunyai pengalaman dikejar anjing. Gerun giler,kan?

p/s: Belilah kurma banyak, bile nak pergi bazar tu, kalo nampak mak cik @ pak cik yang dok mintak sedekah tu, bagilah kurma. Sekurang-kurangnye mereka boleh berbuka puasa dengan kurma yang kite bagi. Diorang dapat sunah Rasulullah, kita insyaAllah, dapat pahala. Sikit tapi istiqamah, itu yang Allah suke.

Thursday, 26 July 2012

WAP-WAP NAFAS

Assalamu'alaikum adek2 terchenta!!

Miss Asya, kenapa tajuk antri kali nie wap-wap nafas? Kenapa tak wap-wap kereta api ker, nafas berbau ker, tak bernafas ker. Ehh, suke hati Miss Asya lar nak tulis tajuk aper. (blekk)

Sebenarnye Miss Asya nak kongsi pengalaman menarik Miss Asya di sini, di pagi Ramadhan yang ke7. Kini seperti musim sejuk di Jatinangor, Bandung. Jatinangor nie seperti pekan yang berkembang pesat disebabkan dikelilingi universiti, bukan sekadar UNPAD, ade jugak Institut Teknologi Bandung (ITB) dan beberapa universiti lain. Namun kepesatannya tak mengganggu gugat kabus2 yang hadir di kala musim 'sejuk' hadir.

Pagi-pagi lagi Miss Asya menghidupkan enjin motor. Eh, Miss Asya ade motor ker? Sebenarnye, tu motor seorang teman Miss Asya. Miss Asya mane lah ade ongkos nak beli2 motor nie, mampu pinjam jer. Keadaan sekeliling masih dikaburi dengan kabus, pipi Miss Asya sudah membeku kesejukan, badan seakan mahu menggigil. Miss Asya panaskan enjin motor dulu, kesian motor nie kesejukan, dah lah besi, mesti lagi sejuk.

Enjin sudah panas, gear 1, motor menaiki bukit dengan mudahnye (almaklum ler dihandle oleh Miss Asya yang pakar. Adek Asmira dan adek Izzah, anak mata memandang atas, tangan di bahu sambil berkata,"Oh, plezz.")
Err, Miss Asya takder helmet nie. Macam mane nak hantar motor? Semalam berani ler bawak motor tak pakai helmet. Malamlah katekan. Pak polisi mesti duk solat sunat ker, berzikir ker, bace Quran ker. Pagi2 macam nie kalo tak pakai helmet, kene saman kang tak memasal. Motor bergerak sehingga ke gerbang masuk Sukawening. Dari jauh mate Miss Asya dah melihat pak2 ojek (ojek tu sejenis angkutan awam yang berupa motor). Tersenyum. Menghampiri mereka, Miss Asya men'slow'kan motor sehingga berhenti dihadapan pak2 ojek.

"Pak, mahu pinjam topi keledar bisa enggak?" tanye Miss Asya dengan beraninye. Tebalnye muker dah berapa inchi dah nie.
"Oh, lame enggak neng guna?" tanya pak yang kelihatan 30an.
"Enggak pak. Sebentar aja." jawab Miss Asya yakin padahal tak tahu berapa lame agaknye Miss Asya nak menghilang.
"Sip." Pak ojek itu terus menghulur helmetnye.
Miss Asya menyambut helmet tu dengan perasaan lega. Pakai saja helmet, motor dihidupkan semula. Tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan. Clear. Motor laju masuk ke jalan raya menuju ke Mulana. Jalan menuju Mulana menaiki bukit. Kalau bukit kat sini, kalau takder selekoh, bukanlah Indonesia namenye.=_=''
Dalam hati, dup dap, dup dap. Cuak gak kat atas jalan nie. Al-maklum ler, orang takder lesen nie walaupown dah pakar bawak motor, tapi bile kat jalan raye, mesti akan ade rase cuak. Belok kanan, belok kiri, lagaknya seperti litar sepang cume Miss Asya takder lah sengetkan motor tu macam pelumba motor GP. Senget sikit2 sudah lah. Saat melihat simpang masuk Mulana yang dijaga oleh pak sakpam (pak gate) , fuhhh, lega. Dah sampai dah pown. Motor menuruni bukit curam dengan hati, Miss Asya sekadar gerun dalam hati. Simpang pertama, terus belok ke kanan. Motor menyelusuri kawasan perumahan banglo 2 tingkat dengan perlahan. Miss Asya memberhentikan motor di hadapan sebuah rumah pink.

Warna dah macam rumah ladies, sekali tuannye laki.=_='' Pinky guys ker??
Tok! Tok! Tok! Miss Asya mengetuk pintu tanpa segan2 mahupun kepiluan. (err, tatabahasa Miss Asya memang hancai!)
"Amin! Ooo Amin!" panggil Miss Asya dengan lantang. 'Cepatlah bukak pintu. Sejuk nie kat luar.' Sempat lagi Miss Asya menggerutu.
"Hah." Amin membuka pintu slide sedikit. Dengan pantas Miss Asya menyerahkan kunci pada Amin. Segera Miss Asya pulang,kali ni naek angkot lah jawabnye. Ape yang lagi cool, Miss Asya naek angkot dengan helmet. Dah lah helmet pak ojek nie rock, tak sepadan betul dengan imej Miss Asya yang berjubah hitam, bertudung pink. Rase macam ustazah rock pulak.
Miss Asya berjalan perlahan mendaki bukit keluar dari Mulana. Semasa mendaki bukit tu, Miss Asya sempat lagi membebel,"Sejuknye. Sejuknye. Hah!! Sejuk betul." Miss Asya perasan ader asap keluar dari mulut Miss Asya. Bukannye sedikit, berkepul-kepul keluar. Cakap jer, kepul-kepul asap membentuk di hadapan wajah Miss Asya. Wahh!! Dah macam dekat oversea gitu.
Err, Miss Asya memang kat oversea kan? Ehem, memang ler. Tapi bukannyer dekat UK ker, London ker. Kat situ memang sah-sah lah keluar asap. Nie dekat Bandung pown boleh keluarkan kepul2 dari mulut, rase macam teruje pulak. ^_^

Naek angkot, Miss Asya duduk di sebelah sorang budak laki dengan seragamnye. Saat sampai di Sukawening, "Kirik, pak!". Itulah ape yang kite perlu sebut bile mahu berhenti. Turun dari angkut, dah nampak pak ojek tu sengih-sengih lihat Miss Asya. Ishh, perli ler tu. Ade helmet tapi naek angkot (pengangkutan awam berupe van).

Berjalan gembire, Miss Asya menuju ke rumahnye.

p/s: sekarang nie Miss Asya kene siapkan video untuk IMAN (sebuah organisasi yang menjalankan aktiviti2 islamik) tapi Miss Asya bukanlah ahli IMAN. Dah orang mintak tolong, takkan nak tolak pulak. ^_^tapi sebenarnye Miss Asya sangat suke wat bende2 nie. Nanti Miss Asya upload dlm blog yerk.

Wednesday, 25 July 2012

LOGAM TERSEMBUNYI

Lama sudah kutinggalkanmu wahai periodic table.


Assalamu'alaikum adek2 terchenta.
Puase x hari ni? Kalau xpuase, janganlah sedey2. Banyak lagi amalan yang boleh kite buat walaupown dalam keadaan x suci (ehem, statement di atas hanya untuk sang Hawa. Kalau sang Adalm x puase, tu nak kene ketuk dengan senduk)

Antri sebelum ni, Miss Asya dah janji nak postkan perkara yang ilmiah sikit.
Jadi saje jer lah nak sharing salah satu sharing oleh ibu usrah Miss Asya. Sharing nie Miss Asya dah pernah dengar sebelum datang ke Bandung. Lebih specifik, ketika Miss Asya berada di semester 2 Asasi Puncak Alam (PALAM~~~miss so muchhh).

"Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW berkata: 
  Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa  
  islam, sekiranya mereka faham."

  Hadis sahih Bukhari.


Muke keliru..



Time first time dapat hadis nie, rase macam keliru jugaklah tapi bile ibu usrah cerite barulah faham apa yang sebenarnya hadis logam cube sampaikan. Kalau adek2 tengah keliru sekarang, takper, sebab sekarang nie biar Miss Asya merungkai kekeliruan adek2. Okey sekarang duduk, nah ambek lolipop nie (hanya dimakan selepas berbuke, ayat tak digune pakai saat puase) dan bace.

Hadis nie nak bagitahu kat kite, setiap manusia tu ade logam. Logam tu disimbolikkan sebagai bakat, kelebihan @ keistimewaan kite. Adek2 sendiri pown mesti ade kelebihan tersendiri, contohnye adek Asmira pandai bermadah, adek Izzah pandai berjenaka, Miss Asya pandai memasak.
Tapi Miss Asya, saye memang takder kelebihan pown (sambil bermuke sedey troll).
Persoalan yang sama pernah ditanye oleh salah sorang group az-zahra (name geng usrah, cool x?). Nak tau ape ibu usrah Miss Asya jawab?

Ibu usrah: Eh, mane ade begitu. Setiap orang mesti ade logamnya tersendiri. Cume kiter jer tak tahu. Mungkin boleh tanye dengan kawan-kawan ker. Sebab kadang-kadangkan, kawan kite yang lebih tahu ape kelebihan kiter.

Lepas tu bisinglah ahli2 az-zahra laen mengemukakan kelebihan si penanye tersebut. Tapi die tetap dengan rasanya. Lalu ibu usrah kami berkata.

Ibu usrah: Kite sebagai seorang islam, kite ade 1 logam yang sangat berharga. Dengan logam tu, kite perlu sinarkan kembali sahaja. Logam itu adalah iman.



Kami tiba-tiba tersentak. Bukan kerana marah @ apa, tapi kami baru sedar bahawa kami ada logam iman. Tak pernah terlintas di fikiran akan logam itu.

Miss Asya, kenapa dalam ayat hadis tu kate, "terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa islam"?
Ehem, kalau time jahiliyyah die tu seorang yang pandai gile lukis komik, bile tahu islam, janganlah kelebihan die tu di'delete' disebabkan die rase bahwa komik tu lagha, takder faedah. Seharusnya, logam die yang pandai lukis komik tu, kalu dulu mase zaman jahiliyyah die tu suke lukis kartun yang lagha2, bile tahu islam, gunelah logam die untuk islam. Lukislah komik yang memberi peringatan, macam doodle dakwah. Kan banyak orang mendapat manfaat dari kelebihan die tu.
Konklusinya, logam yang kite ade tu, kite salurkan ke islam.

"sekiranya mereka faham"
Faham di sini ade 2 versi. Kalau tulisan bahasa arab, ade pendapat katenya di akhir ayat sebutannye 'izaafaqihu' dan ade yang kate 'izaafaquhu'.
Jadi Miss Asya, beza sangat ker kalau sekadar tukar bunyi di belakang tu?
Ish, mestilah ada bezanya adek2.
"izaafaqihu" = memahami ilmu fiqh (seperti Imam Syafie)
"izaafaquhu" = memahami islam (seperti Sumayyah)

Memahami islam tu lebih penting berbanding memahami ilmu fiqh. Sebab ape? Sebabnye, tak semsetinya orang yang banyak ilmu agama tu amalkan ilmu tu, diorang faham hukum islam tapi disebabkan diorang tak faham islam, sebab tu mereka rasa berat nak menjalankan hukum islam dan begitu ringan meniggalkannya. Contohnye, semue orang islam tahu rambut tu aurat tapi diorang still tak pakai tudung.
Tetibe teringat satu ayat dalam Al-Quran.

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tapi tak dipergunakan untuk memahami (ayat2 ALLAH), dan mereka memiliki mata tapi tak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat2 ALLAH). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah."
Surah Al-A'raf:179

Masa Miss Asya di PALAM, Miss Asya ade pergi ke satu program. Mase tu, adelah sorang mak cik ni datang melawat kami. Bertudung labuh, auratnya terjaga. Kelihatan seperti orang biase, tapi sebenarnye mak cik nie merupakan seorang doktor. Mase tu terfikir, sibuk2 pown sempat lagi datang melawat generasi usrah teenager. Doktor nie sharing waktu zaman die mude2 dulu.

Doktor: Masa zaman dulu2, zaman 80an, mane ade orang pakai tudung. Yang paling alim pown ustazah yang pakai tudung tiga segi pastu ikat reben dan berskirt betul2 bawah lutut. (Miss Asya tercengang mengetahui fakta nie). Mase tu, alhamdulillah, mak cik diterima sambung belajar di oversea (kat kawasan benua eropah), tapi dekat sana mak cik memahami islam yang sebenarnya. Balik2 Malaysia, mak cik pakai tudung labuh. Time tu, tudung labuh semuanya warna hitam, takder lah berwarna-warni macam kat kedai sekarang nie. Time tu, kalau orang yang pakai tudung labuh dicop sebagai extremis. Tapi mereka yang belajar di mesir, kat unversiti al-azhar lar, balek2 tak pakai pown tudung mengikut syari'at sebenarnye padahal kalau ikutkan mereka lagi faham bab2 hukum agama nie berbanding mak cik sebab mak cik kat oversea belajar pasal perubatan, bukan pasal bab2 agama nie.

Bertudung itu cool..


Kalau ikutkan, sekarang pown lebih kurang gitu. Berapa ramai student2 yang dari SMA yang praktikkan ilmu agama mereka tu. Kadang2 student2 SMK lebih ramai yang bertudung mengikut syariatnya berbanding mereka yang dari SMA.

Terbuktilah, memahami islam itu diutamakan dahulu. Bukannye Miss Asya nak kate yang memahami ilmu bab2 fiqh ni tak penting. Penting jugak tu supaya dengan ilmu tu dapatlah kite perbaiki ibadah2 kite. Just nak kate, setiap yang ilmu kite ade tu kite prakikkan.

Rasenyer Miss Asya sudah membebel panjang. Harap tak bosan dan harap memberi input. Peringatan nie bukan untuk adek2 jer, tapi untuk Miss Asya jugak sebab Miss Asya menulisnye dengan hati, jadi orang yang pertama tahu isi hati Miss Asya mestilah tuannye dahulukan?

p/s: tetibe teringat chemistry.. Ag3, Fe3, Ba2, Cu2,,,err banyak lagi, takkan nak listkan semua kot.

TERMALU SENDIRI

Selepas mengetahui blog nie dibace oleh adek2 selain adek izzah dan adek asmira, Miss Asya rase segan sangat2... Serius!!

Sampai ade post yang terpakse Miss Asya convertkan sebagai draft. Bertuahlah sape yang dah bace antri berkenaan..TAT

Mungkin lepas nie, Miss Asya masukkan lagi banyak bahan berkualitas dan bermutu. Tapi berikan Miss Asya masa, jadi xderlah terkezut sangat bile tulis (penulis pown ade cultural shock jugak ker?)

p/s: teringat pesanan dari sahabat, sharing is caring and penuhi diri anda dengan ciri muslimah sejati.. Thanx for da reminder~~

SHOPPING RAMADHAN


Assalamu'alaikum adek2 terchenta!!! (dengan penuh antusiastik)

Amacam puase hari ni? Wokey ker KO? Err, pandai-pandailah adek2 Miss Asya nilai yerk. Kome kan dah besar-besar.

Untuk antri kali ni, Miss Asya nak kongsi peristiwa yang sangat menarik bagi Miss Asya. Tak tahulah kalau bagi adek2 nanti rase macam, "Bese jer. Ape yang menarik sangat?"
Muke bosan adek2...huduhnyer, jadi wat ler muke heppy yerk!
Walaupown di pagi hari, mood Miss Asya ade terganggu sikit, tapi plan untuk shopping hari ni maner boleh tangguh2 (mate blink2). Biaselah, kalau nak berborong, kami pergi ke Pasar Baru  (disingkatkan sebagai PABA) jer. Padahal, saper2 yang pergi bandung, mesti pergi ke PABA sebagai pelengkap pakej liburan (cuti2) di Bandung disebabkan terkenal dengan syurga pakaian yang murah (kate merekalah, pada Miss Asya, money is money, kalau tak free maksudnye mahallah). 

Keluar bilik, pintu rumah dibuka, kasut dicapai dan dipakai pantas, keluar dan kunci pintu. Melangkah riang, tak sabar nak keluar dari J-town (Jatinangor town), name macam exclusif jer.
Berlari-lari anak menaiki tangga menuju ke rumah teman2 yang berada di atas bukit belakang rumah. Saat melepasi pagar kecil, kelihatan pepohon bunga kertas yang merimbun dikelilingi oleh rumah2 kecil dan kosan2 (kosan tu macam bilik sewa). Celahan bunga-bunga berwarna pink-orange majoritinya, pink minoriti, menjadikan pemandangan di situ sangat damai. Dihuni kucing2 yang comey-comey (tapi tak mampu nak tandingi kecomeyan Miss Asya lar). 
Muke adek Izzah dan adek Asmira sudah meloye. Baru puji sikit. :P

alahai, comeynye Miss Asya. Meowww~
Miss Asya menyertai gerombolan Sukawening (name tempat Miss Asya duduk), iaitu Murni, Kak Athina, Ajjrina, Hajar, Syubai'ah, Amirah dan Fatima (sayang saye, <3). Memandangkan kami memang nak beli banyak barang, jadi menyewa kereta adalah relevan, dipandu oleh pak supir (driver), nak bawak senderi, tolonglah. Karang sesat tak pasal jer. 

Perjalanan pada mulanya agak sunyi, Miss Asya yang berada di samping pak supir, sudah membuka buku tapi biasalah mata mesti akan tertarik dengan keadaan luar. Hanya memandang bisa ambil pengajaran.Di sawah padi, ibu2 dan bapak2 sibuk dengan tanamannya. Di tepi jalan, pekerja kontraktor sibuk mengangkat simen, ada yang mengecat di tengah matahari mencerlung ke arahnya. 

Sedang kite enak dalam kereta, mereka di luar gagah berpuase..cool!!

Reflek diri sebentar. Kadang2 kite rase susah sangat nak puase. Panas lar (padahal kat M'sia lagi panas kot), haus lar, tak larat lar, macam2 alasan kite beri sebab nak lindungi kelemahan diri, kite persalahkan sesuatu supaya kite taklah totally salah. At least, ade faktor2 laen mendokong kesusahan kite. Padahal zaman Rasulullah dulu, perang tabuk time pose kot, lagi berkali ganda panas dari Bandung nie, pecahkan batu padang pasir tu bukan senang. Bukannyer sekali cangkul terus kuis tanah. Rileks jer brother2 kiter tue, takder pown nak mengade-ngade macam kite. Uhuk2, tetibe Miss Asya terbatuk, saper2 terase dialu-alukan join Miss Asya batuk sekali.

Perjalanan nampaknye lancar sahaja. Masuk ke simpang bandar. Semuanya nampak tenang. Tiba-tiba!! Suatu tragedi yang tak terduga berlaku!! Tak pernah bayangkan kot!! Miss Asya masih trauma dengan episod hitam ini. Sewaktu nak masuk ke suatu simpang, kelihatan 2 polisi sedang jalankan tugasnye. Miss Asye rileks jer, tetibe pak polisi tu tahan kereta kami. Alamak!!! Baru Miss Asya perasan, Miss Asya tak pakai tali pinggang. Err, kereta perlahan ke bahu jalan. Pak polisi hampiri, "Mbak enggak pakai tali pinggang ya?".Miss Asya sekadar terdiam, tak mampu nak kate ape, kaku macam di'freeze' oleh senjata freezer pak polisi lagaknye. Pak polisi bersama pak supir turun ke pondok kecil. Miss Asya dalam kereta dah cuak, mulut tak habis memohon kemaafan pada teman. Gara-gara gue, kami ditahan pak polisi. Ampun ya teman-teman.

Sedang Miss Asya menenangkan hati kecemasan, tiba2 pak supir hadir dan menyatakan supaya Miss Asya 'menyuap' pak polisi. Mane lah tahu lepas ker. Miss Asya sudah berkerutan.

"Aduhh, takkan nak bagi 'suap' kot bulan pose nie?" Tangan terketar menyerah Rp50,000. Pak supir hilang dari pandangan mata. Hati Miss Asya kegelisahan. Pak supir datang semula ke kereta. Tapi kali ni di sebelah sisi dudukku.

Pak supir,"Mbak, pak polisi mahu ketemu. Negosiasi, moga dapat lepas. Enggak repot-repot bayarin wang samannya."

Miss Asya,"Mahu negosiasi apa pak? Saya enggak pandai urusan begini pak."

Pak supir cuba menerangkan keadaan tapi time tu Miss Asya macam xboleh nak dengar ape sangat. Kecemasan sudah mengaburi fikiran waras. Cuba bermanis muka saat menatap pak polisi, moga lembut sikit hatinya.

Pak polis,"Mbak, ini buku panduannya. Kalau enggak pakai sabuk pengaman, ini bayar dendanya", sambil menunjukkan sebuah buku peraturan jalan.

'Perghh, Rp250,000!! Botak ar cenggini. Ish, buat muke kesian sikit. Boleh diskon ker, mane lah tahu,' kata Miss Asya dalam hati.

Miss Asya,"Pak, soalnya saya enggak tahu perlunya pakai sabuk di sini. Masakan terusan denda, enggak diberi peringatan dahulu?"

Pak polisi,"Iya, ini diberi peringatan juga. Kalau enggak mahu bayar di sini, sudah, terus bicara di pengaman (mahkamah kot) saja."

Miss Asya,"Aduh pak, kasihan sama saya. Masih mahasiswa. Lagi pula mahu pulang ke Malaysia, buntuhkan banyak uangnya pak."

Pak polisi,"Iya, kasihan. Kalau begitu bayar dendanya Rp100,000 aja."

'Rp100,000? Memanglah dah turun harge, tapi, mahal jugak tu. Rm37 tu. Dahlah nak pergi PABA, beli barang lagi. Herm'
Miss Asya terus bangun, pergi semula ke kereta, ambil Rp50,000. Sampai di kereta, teman2 terus bertanya. Jawapan Miss Asya ringkas, kene denda. Bile mereka bertanya lagi, betul ker kene denda sebab tak pakai tali pinggang? Miss Asya sekadar mengiyakan, tapi entah kenapa emosi kini terusik, tiba-tiba air mata mengalir. Rasa macam berat jer dugaan yang berlaku. Sebelum sampai ke pondok polisi, air mata diseka, tak mahu kelihatan cengeng yang pasti. Saat membayar, tiba-tiba Kak Athina dan Syubai'ah muncul, bertanya apa kesalahan yang dilakukan oleh Miss Asya nie. Pak polisi, melihat mereka datang, mungkin memikirkan bahwa mereka nak backup Miss Asya. Pak polisi menjelaskan dengan nada kurang sabar dan sarkistik kepada mereka akan kesalahan Miss Asya.

"Pak, sabar pak. Saya cuma tanya saja apa salah teman saya."Kata Kak Athina, yang kini sudah merasa bahangnya.
"Iya, nanti dijelasin sama temannya. Jangan datang ke kantor ramai2 begini. Apa kata orang luarnya. Nanti mereka pikir pelajar Malaysia serang ke kantor polisi." kata Pak polisi masih dengan nada tak sabarnya itu.

Selesai satu babak. Sampai saja di kereta, teman2 yang laen memegang bahu Miss Asya. Agaknya nak menyalurkan ketenangan kepada Miss Asya. Kereta pown bergerak semula menuju ke destinasinya. Sedang Miss Asya mengenang nasib yang malang, tiba-tiba lagu mencari alasan by Exist berkumandang dari HP Miss Asya.

Mesej dari housemate. Selepas membaca mesej, Miss Asya tersenyum lebar.
'Saat aku ditimpa kesedihan atas kesalahanku, Engkau titipkan khabar gembira padaku. Ya Allah, sungguh Engkau mengetahui keresahan hambaMu. Alhamdulillah.'
Benar, kesedihan sudah diganti dengan keceriaan sang mentari. Ucapan maaf dengan penjelasan, dari sudut hatiku terasa keikhlasannya, cukup untuk buat Miss Asya menerima kemaafannya.

***********************************************************************************************************

Epilog kedua.

Selepas Miss Asya berpenat-lelah mencari barang, terus ke kereta untuk rehat dan tertidur sambil menunggu Mak cik- mak cik nie beli barang. Buka mate, pandang belakang. MasyaALLAH, banyaknye kome beli barang!!! Berapa duit kome perabiskan? Ade yang nak dekat Rp1,000,000. Ade yang lebih sejuta rupiah. Dasyat betullah kawan Miss Asya nie.

Sudah bersiap, untuk pulang.
Sekali enjin tak boleh hidup daaa. Ya Allah, banyaknye cabaran yang Engkau turunkan. Terpaksa turun dari kereta dan tolak sehingga enjinnya boleh dihidupkan. Mujurlah ade abang2 penjaga parking kereta baik hati untuk tolong. Kami yang lain, sekadar tolong2 gitu jer lar (exclude Miss Asya sebab Miss Asya tolong tengok jer pown).

Sepanjang perjalanan balek, aktif Miss Asya bicara. Yang di belakang sekali sudah tertidur kepenatan. Cuma yang masih menemani Miss Asya ialah Miss Ajjrina dan Miss Murni.

Pengalaman tak terlupa dalam sejarah hidup. ^_^
Mungkin time kite hadapi kesusahan itu, kite rase peritnya. Tapi percayalah, saat masa itu berlalu, kita akan kenangkan yang pahit itu, lantas tersenyum. Seperti Miss Asya sekarang nie lah.

Pengalaman banyak yang telah Miss Asya hadapi, mendewasakan diri kita, membentuk kita sebagai manusia, bukanlah sekadar haiwan liar. Mungkin luaran Miss Asya nampak macam budak2 sedikit tapi pada yang tahu, yang suka luahkan feeling terutamanya femili lar, pasti tahu bahawa diri ini sudah matang. Cuma kadang2 tersalah langkah. Sudah tahu, kita belajar. Tersenyum lebar.

p/s: Terasa bahasa Miss Asya nie macam langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan adek Asmira. Adek Izzah tak nak show off skill ker? 

Tuesday, 24 July 2012

ini tangisan buat dikongsi bersamamu sayang

untuk Miss Asya (erk...Miss Asya ye? like pliss) yang telah meng-post entri yang super-super panjang, terima kasih untuk ingatan tulus ikhlas anda kepada kami (asmira comel dan izzah manis tentunya).




*****



sungai Ramadhan mengalir tanpa sadar ke laluan yang keempat. Alhamdulilah.


jujur, sejak Ramadhan satu, aku tak pernah tidur malam. sepertinya penyakit mencuri sifat burung hantu yang mengawur sampai hilangnya gelap tidak pernah mau pergi dari aku. belakangan ini aku mula berteman buku-buku dan beberapa rentak keliru. entahlah, mungkin pikiran membutuhkan waktu buat menghadam maksud aksara-aksara yang ditulis oleh pengarang, atau aku cuma tertanya-tanya, kitaran kehidupan yang mana akan aku ulang. jalang, terbuang, kesepian atau terus-terusan melawan? masih banyak yang dipikirkan, tapi cuma itu yang terlintas untuk dituliskan. kalau semuanya tertulis, ianya pasti bertambah rumit. puisi-puisi kini jadi teman untuk aku melihat sesuatu dengan perasaan. mungkin kebiasaan bertemankan sepi buat aku selalu meng-kondisi-kan puisi yang bersifat galau.


pernah kalian terfikir akan ada apa pada hari esok?


ya, Dia menjanjikan yang terbaik. aku pasti akan hal itu.


aku cuma sedih melihat Rohingya, melihat Malaysia. melihat cleansing ethnic dan robot-robot. manusia seolah-olah menjadi patung-patung yang tak berguna. ini menjadikan aku semakin kukuh bersanggama dengan malam. mencari jawapan dibalik penderitaan-penderitaan ini. kadang aku terpikir, apa aku cuma tunggul, atau memang tunggul yang sepertinya tak mampu berbuat apa-apa!


entah bila dan dimana pencarian malam ini akan bertemu jawapan yang terang dan membawa kesiangan, bukan secara fisik, tapi nurani. kemiskinan yang hakiki bukan pada kekurangan materi, tetapi nurani, dan aku tak mau jadi seperti itu. aku mau peduli, aku mau beraksi. mungkin aku sudah sampai pada satu titik yang tak lagi membenarkan aku berdiam diri.


aku juga sering terpikir, apa segulung sarjana kita akan membawa kita(mereka) keluar dari kepompong miskin? atau sekadar melepaskan isi perut kita masing-masing? anak muda dan ke-peduli-an ternyata tak lagi berkawan dan itu membuat jiwa aku dalam kerimasan. tanpa sadar, ia melemaskan!


menjelang juli yang sudah menghabisi separuh dari tahun duapuluhduabelas, dan umurku yang sudah meninggalkan belasan, aku kira, ini sebuah kesadaran yang terlambat untuk diraikan.










*ya, ini ditulis dengan emosi sekali

KETAWA KE'EVIL'AN

Assalamu'alaikum adek2 terchenta..

Sejak dapat tau blog nie xprivate, Miss Asya kini menjadi stalker blog. Wahahaha.
Senyuman selebar senyuman bulan di langit cume kalau kat langit skang nie senyuman die macam orang kepale senget jer (ah, memang kene lar tu Miss Asya. Xsedar ker senget)
Err,,kejamnye comment itu.

Pada mereka yang sudah Miss Asya kenal pasti, Gotch'ya!!
Jangan marah yer. Same-same kite share. Hope bermanfaat (walaupown blog Miss Asya sebenaqnye banyak merapu jer). Anyway, guys, korang punyer blog comey (utk gurls), fun, dan bermanfaat (macam fi zikr wa fikr jer yang camtu).

p/s:tambah koleksi muke troll untuk adek2 terchenta.

Monday, 23 July 2012

UJIAN DI BULAN RAMADHAN

Kitakan kawan..
Assalamu'alaikum adek2 terchenta...

Baiklah, sekarang ni mood Miss Asya sekarang tak berapa baek.
Miss Asya bergaduh dengan housemate semalam.
Kalau Miss Asya fikirkan balik, bende tu kechik jer tapi entah kenapa Miss Asya agak terasa dengan sikap housemate Miss Asya. TAT merintih dalam hati.

Nak tau ape sebab Miss Asya gaduh dengan housemate??
Ceritanye bermule.....(ade lagu intro hepy)

Miss Asya baru balek taraweh dari surau yang dekat dengan rumah Miss Asya. Fuhh, solat 23 rakaat, peluh besar di dahi, non-stop tapi xper lah, Pak Imam bace laju, takder lah terasa sangat. Bukak jer pintu rumah, letak selipar di atas rak, terlihat kelibat housemate.
"Hang sembahyang kat maner tadi?",housemate tanye.
"Sembahyang kat suraulah,"jawab Miss Asya selambe.

Adelah sembang sikit2 pastu, takkan nak gitau kot detail2 die. Tetibe Miss Asya teringat pasal tadarus untuk batch kami. Miss Asya dengan housemate kene habiskan juzu' amma.
"______jom tadarus! Udah2lah berfacebook tu." kate Miss Asya, dah siap ambek Al-Quran dari bilik sebelah ke bilik housemate, bace kat bilik housemate lah.
"Tapikan, tadarus tu bukan sorang2 ker?"
"Eh, boleh jer kalau berkumpulan."
"Aku taknak bacelah, takut kalau aku bace salah pulak."
Err, tersentak sekejap. "Tulah sebabnya kene bace lebih dari sorang, boleh betulkan mane yang salah."

Dan sebenaqnye banyak lagi dialog2 yang takder lah ade sesi2 tengking-menengking. Cuma di akhir perbualan, Miss Asya agak kecewa dengan sikap housemate yang tak percaya bahawa kalau aorang tu tak boleh baca dengan sempurna pown takpe dan berkumpulan itu lebih baek dari sorang2. Miss Asya bukannye ape, Miss Asya pown bukannya sempurna sangat bacaan. Miss Asya rasa, bile housemate kate orang yang xbetul bacaan die tak boleh tadarus, rase macam housemate Miss Asya buat ALLAH tu tak adil. Sedangkan Al-Quran itu diturunkann untuk semua manusia, tak kiralah pandai bace ker tak, sedangkan Rasulullah sendiri Ummi (tak tahu membaca) tapi tu bukanlah alasan untuk tak tadarus. Mungkin housemate Miss Asya tak bermaksud begitu, tapi tahukah kadang2 kata-kata kite boleh jer menjurus kepada perkara yang tak elok walaupun tak berniat sebegitu.

Miss Asya keluar dari bilik housemate, terus keluar dari rumah dan pergi ke rumah member Miss Asya yang tak jauh dari rumah. Miss Asya sangatlah sedih dan marah. Tak tahu nak gambar bagaimana. Syukurlah ade ibu usrah, terus luahkan kekecewaan pada ibu usrah tu. 
Miss Asya minta pada ibu usrah terangkan pada housemate dan ubah persepsi housemate Miss Asya.

Memandangkan ibu usrah Miss Asya ade tadarus jugak tapi part laen, jadi Miss Asya pown ikutlah sekali tadarus tu. Redah sikit kekecewaan Miss Asya, kami bukan sekadar tadarus, malah saling membetulkan bacaan, sharing2 ayat yang dibace. Balek, Miss Asya terus ke bilik housemate, nak mintak maaf, tapi housemate Miss Asya suruh Miss Asya keluar, katenye takder mood. Miss Asya sekali lagi tersentak. Tapi kali ni lebih mendalam dari sebelumnya. 

Pagi ni Miss Asya tak dengar langsung jam loceng, tapi kali ni dibangunkan oleh housemate dalam pukul 3.30am (jam Bandung). 
Miss Asya terkejut sebentar, kemudian terus bersiap-siap untuk makan sahur. Tapi lagi sekali tersentak bile housemate Miss Asya kate tak payah masak sahur untuk die dan suruh Miss Asya tinggalkan pinggan yang kotor depan bilik die. Memandangkan rumah kami sekadar bilik dan ruang kecil untuk masak2 (takde dapur dalam erti kate sebenar) jadi bilik air housemate Miss Asya dijadikan tempat basuh2 pingga mangkuk. Okey, kali ie Miss Asya betul2 terasa. Hati Miss Asya betul2 terluka.

Semasa makan sahur, housemate Miss Asya datang minta maaf tapi Miss Asya tak nampak keikhlasan dari hati die. Mungkin mata kini meng'judge' gune mata emosi kot. Jadi semua nampak macam tak kena. 

Ya ALLAH Yang Maha Pengampun, ampunkanlah dosa-dosaku, masa laluku, kini dan yang akan datang, sama ada yang disengajakan atau yang tak disengajakan. Ya ALLAH, jernihkanlah kekeruhan perhubungan kami. Rungkaikan ketidak sefahaman kami, lapangkan dada kami dalam menerima perbezaan antara kami dan kemaafan. 

Ehem, nampaknya Miss Asya perlu memperbaiki kekurangan Miss Asya nie. Manusia banyak kelemahan tapi tak bermakna kelemahan itu kita biar begitu tanpa melakukan apa-apa pown. Sekurang-kurangnye, kite perlu berusaha memperbaiki atau menutupi kelemahan kite. ^_^senyum lebar.

p/s: sambil menaip sambil mendengar lagu raye (amboi Miss Asya, baru puase ke4 dah bukak lagu raye?)


Sunday, 22 July 2012

GOLEK-GOLEK

Nyum2, akhirnya dapat jugak makan chocolate cake.
Assalamu'alaikum adek2 terchenta!!! (Sila jawab dengan penuh semangat ^_^)

Apa kabor adek2, khususnye buat adek Asmira dan adek Izzah (ehem, yang laen jangan jeles)
Ishhh, sejak akhir-akhir nie, Miss Asya selalu update blog. Takder kerje ker? (mate memandang ke kiri manakala mulut menyerot ke kanan, sah nampak cacat giler!!)
(sememangnye Miss Asya sekarang nie duk tengah cuti dan sedang menunggu result keluar, doakan Miss Asya yang terbaik yerk..wink2)

Kenapa name tajuk kali ni golek-golek? Miss Asya berguling dari bukit ker, alar macam cerite hindustan gitu (tetibe ada kuch2 hotahei berkumandang sebagai background music).
Errr, extreme-nyer bayangan adek2 nie.


Muke ketike membayangkan Miss Asya berguling..Hehehe
Sebenarnye Miss Asya tak boleh nak tidor. Selepas meng-update blog, Miss Asya terus tutup lampu, maklum ler dah pukul 12am (jam Bandung yerk), karang terlepas sahur. Keadaan Miss Asya selepas tutup lampu:
- baring atas katil queen size yang sangat empuk
- mate tertutup
- golek-golek ke kanan
- herm, tak boleh tidur
- golek-golek ke kiri
- tak boleh tidur jugak
- peluk teddy bear dengan harapan menggunung supaya boleh lena cepat
- tetibe terfikir, esok nak masak ape ek?
- Miss Asya, tolonglah jangan fikir ape2 sekarang, tidurlah!!
- kaki dah mule menendang apa yang ade kat atas katil, termasuklah teddy (maaf yerk teddy)
- ambek conforter, selimut sampai ke leher, mate masih terpejam
- herm, golek-golek ke kanan
- golek-golek ke kiri
- tengok jam pukul berape,' Hah!!, Dah pukul 1.30am!!', enset telah diset locengnya tepat 2.30am.. Herm, maknenye, ade lagi sejam nak tidor.
- tetibe terfikir nak hias bilik macam mane. Nak tambah corak kat dinding, pastu nak tukar katil ke single sebab katil sekarang nie menyebabkan bilik terasa sempit, pastu meja study nak balut dengan pembalut hadiah, pastu nak letak notice board, nak beli rak buku yang kecik pastu letak Hud-Hud (name ikan laga Miss Asya).......
- tengok jam balek, dah pukul 2.15am TAT, tak tidur-tidur lagi nie. Apehal nie?!!
- tetibe lagu Laskar Pelangi berkumandang, bunyi loceng enset...huh =_='', terus tekan snooze.
- golek-golek lagi, tolonglah, tidur sekejap pown takper.
- enset berbuyi lagi...

Akhirnye, Miss Asya bangun terus gosok gigi, basuh muke pastu panaskan nasi dan lauk berbuka semalam, ikan bawal masak merah. Tangan pantas pecah 2 biji telur, kupas bawang kecik dan cili padi, gaul sekali dengan telur, letak garam sikit, gaul lagi sikit pastu masuk dalam kuali panas.

Berpuasa untuk hari yang ke2, barulah Miss Asya perasan. Dekat sini ade orang akan kejutkan sahur, dari jauh dah dengar sayup-sayup jeritan "SAHUR!! SAHUR!!". Berbeza di Malaysia, kalau di sini, keadaan agak riuh walaupun baru pukul 3am. Suara kanak-kanak melalui kawasan rumah Miss Asya, kedengaran juga bunyi mercun, kadang-kadang riang menyanyi lagu dalam Bahasa Sunda. Tersenyum ^_^
Kalau kat Malaysia, nak bangunkan anak-anak kecil nie, susaaahhhhh sangat. Kesian si ibu, kadang-kadang sampai si ayah harus mengendong anaknye ke meja makan. Uhuk2, tetibe Miss Asya terase. Saper2 yang terasa sile batuk sekali dengan Miss Asya.

Bersahur di sini, suasananya agak meriah. Takder lah sunyi macam kat Malaysia, cuma kedengaran suara orang mengaji dari surau atau masjid. Tetiba teringat masa-masa sahur bersama keluarga terchenta, mama masak-masak kat dapur, abah menghisap rokok sebagai bekalan seharian tanpa rokok (adoii, dah berbuih dah Miss Asya nasihat kat abah tapi ade jer alasan  abah, tak tahu nak buat ape, siap ade tunjuk satu iklan pasal orang tu baru nak merokok tetibe datang berkerumun orang kat die bace yasin, tuh pown takder kesan jugak)
Miss Asya dan abang-abang sudah melongok di depan TV. Eh, Miss Asya tak tolong mama kat dapur ker? 
Uhuk2, itulah realitinye. Sahur macam tak banyak sangat kerje masak-masak nie. Jadi Miss Asya cume ambek nasi letak kat atas meja, pinggan dan gelas. Air?? Mama terchenta dah siapkan dah. ^_^

Rasenyer, adek2 pown ade cerite tersendiri. Tapi bile Miss Asya berada saaaaangat jauh dari femili (dibace family) perkara yang macam simple2 begitu pown boleh menyentuh emosi Miss Asya. Waahhh!!! Miss Asya terlalu rindukan family terchenta!!

Adek2, pernah tak terfikir, kenapalah bile time sahur beriya-iya ibu dan ayah kite suruh bangun. Alasan skema untuk anak2, "Nanti takder lah lapar waktu puase nanti.","Supaye adek bertenaga waktu puase, takder lah lembek jer."
Tersenyum, itulah alasan buat anak kecik, tapi rasenyer sampai dah besaq pown ibu dan ayah cerite perkara yang sama. Sebenaqnye, ibu dan ayah kite tahu kelebihan waktu bersahur sehingge taknak anak2 die terlepas mendapat manfaat itu.
"Kalau taknak makan,minum air,"salah satu dialog mama pada Miss Asya waktu Miss Asya malas nak sahur.
Sweet-kan ibu dan ayah kite. Tersenyum lebar.
Miss Asya dah tak sabar nak balek rumah. Kali ni, kalau boleh Miss Asya nak masak pulak untuk berbuka puase dan sahur. Sekali pown jadilah. Teringat time Miss Asya kerje sementara nak tunggu result UPU keluar. Gaji pertama, Miss Asya belanja mama dan abah dekat kafe, makan chicken chop gitu, baru classss. Terasa sangat-sangatlah gembira dapat belanja mama dan abah. Agaknya, itulah kot perasan sang ayah bile melihat anaknye makan ata duit yang sang ayah usahakan. Hilang letih sang ibu sediakan makanan bile lihat anak die beriya-iya makan masakan sang ibu ini. Mengalir air mate bile fikirkan.

Ehem, Miss Asya kene berhenti dulu. Nak masak untuk berbuka. Ayam masak gulai lemak cili padi. Sayur kangkung tumis. 

p/s: Bazar Ramadhan merupakan cabaran yang besar sebab time lapar rase macam nak makan semua. Jadi 'set'kan minda adek2, beli 1 jenis makanan jer.^_^ Selamat berbuke!!

Saturday, 21 July 2012

RAMADHAN UDEH SAMPEI

Pecel lele, antara makanan yang femes di kalangan student Malaysia di sini.


Assalamu'alaikum adek2 yang Miss Asya chenta..

Amacam puase?
Adakah anda seperti:
1. penatnyer~~(bace dengan suare upin ipin)
2. erm, bese jer
3. syok ar puase.. rase macam makin ber'enegi' (dibace energy)
4. no comment..-_-''

Apakah rangking adek2 Miss Asya nie?
Teringin nak tau..
Miss Asya saje jer nak kongsi kat sini pengalaman berpuasa pada hari pertama dan untuk kali yang pertama di Bandung ini.
Ehh, Miss Asya, ade beza ker puase kat Malaysia dengan kat Bandung?
Mestilah!!! Mestilah terasa bezanya. Kalau di Malaysia mungkin kecapekan sedikit sebab kat san temperature nye lagi tinggi berbanding di Bandung yang sejuk ala2 Genting Highland. Kat sini, ape yang bestnye, rumah maner ade kipas. Masuk bilik terus rasa kesejukannye. Jeles tak?? Jimat elektrik..^_^Y

Mungkin disebabkan faktor suhu ini, puase kat sini tak terasa penatnye.
Yang kedua, faktor yang paling terasa bile puase kat sini adalah, kat sini takder bazar Ramadhan~~ TAT
Sedih Miss Asya. Bile teringatkan hal ini, tetibe rindu sangat nak balik Malaysia. Nak pegi bazar pastu nak beli kebab, tak pown murtabak ker, tak pown ayam panggang ker, tak pown nasi kandar ker, warghhh!!! Begitulah perasaan Miss Asya.

Sepatutnye surau2 kat sini letak papan tanda ni barulah orang2 luar tak terkezut..=_=''
Ehem, yang seterusnye pasal solat tarawekh kat sini. Memang laen lar dari Malaysia. Tuh yang makin terase nak fly jer terus ke kampung halaman. Kalau dekat Malaysia, sebelum solat tarawekh kan ade takbir2 sikit, tapi kat sini, sebelum solat tarawekh, bagi ceramah dulu pastu terus straight 16 rakaat non-stop (lepas habis 2 rakaat dan satu salam, terus bangun dan solat 2 rakaat yang berikutnya). Fuhh, pak imam die, perghh, bace surah (dahlah yang pendek2) pastu laju pulak tu, macam naik komuter daaa. Dan kat sini kalo nak angkat takbir, pak imam die sebut Allaaahh dan rukuk, tsamiAllaaaahh pastu bangun, Allaaaahhh pastu sujud. Senang citer separuh jer diorang bace. Agak terkezut sebentar Miss Asya tapi dah lame2 wokey lar. Sebenarnye, ade jer student Malaysia kat sini wat solat terawekh sesame kite jer tapi saje jer lah Miss Asya nak tahu macam maner solat tarawekh kat Bandung nie. At least, tambah pengalaman sikit tentang mazhab2 selain Mazhab yang kite selalu gune, Mazhab Shafi'e.




Kalau solat fardhu pulak, biasenye kalau kat Malaysia lepas habis solat ade zikir2 sikit pastu Pak Imam jadi ketua doa. Tapi kat sini, habis solat fardhu, hah, pandai-pandailah hang nak wirit-wirit ker, zikir ker, pastu doa lar sendiri. Tak kuasa Pak Imam nak doakan. Time first time tu cam pelik jugak lah tapi dah lame-lame, biase lah perkara tu.

Ada lagi satu perkara yang menarik nak sharing untuk adek2 terchenta nie.
Shopping complex kan ade food court, kalau kat sini KFC dan kedai-kedai makanan yang laen, mereka akan tutup cermin mereka dengan langsir. Miss Asya perasan perkara nie time nak pegi beli barang2 dapur sikit (almaklum ler, Miss Asya nie terpaksa masak, jimat sikit), mase tu Miss Asya agak pelik sikit. Tak takut ker kalau ade orang yang islam pergi makan kat tempat2 yang tertutup begini? Herm, mungkin mereka ade restriction pada pelanggan tapi Miss Asya pown tak pasti lar regulation mereka macam maner.

Ehem, sebenarnye Miss Asya kongsi ni bukan setakat nak sembang kosong2 jer. Kadang-kadang kiter terlalu memegang pada satu mazhab sehingga tak ambek kisah pown pasal mazhab-mazhab yang laen macam mane. Sepatutnye, kite perlu jugak mengkaji semua mazhab yang ade dalam Islam even mazhab Shafi'e pown kite kene kaji balik, jangan taklid bute jer, pakai ikut jer ape yang orang laen ajar pastu claim bahwa perkara tu Imam Shafi'e pown ade buat jugak. Kite tak boleh untuk menerima atau terus percaye 100%.
Kiter kene kaji balik, betul ker mazhab nie pernah buat sedemikian rupe? Mana dalil-dalilnye? Sahih ker hadis tu? Seharusnye, kite bukanlah ikut ape yang mazhab nie buat tetapi kite melakukan sesuatu ibadah kerana Rasulullah pown buat perkara yang sama.




Ibadah itu diterima berdasarkan 3 perkara. Kalau salah satu tak ade, maka ibadah kita pown....(fikir-fikirlah sendiri)
Wokey Miss Asya, ape yang 3 perkara tu?
Baiklah adek2, bukak mata luas-luas, baca dan teliti:
1. Akidah yang sahih.
                            "Sesiapa yang beramal dengan amalan soleh sama ada lelaki atau perempuan dalam keadaan dia mukmin, mereka itu memasuki syurga dan mereka tidak dizalimi."
     Surah An-Nisa':124
Dalam ayat nie, Allah bagi syarat kat orang tu nak melakukan amalan yang soleh, die mestilah orang mukmin.
Mukmin = beriman kepada Allah, dalam erti kate iman yang sebenarlah. Bukan iman celup2.
Orang nie mestilah pelihara akidah die daripada rosak contohnye percaye bende tahyul ker, tak pown syirik ker. Dengan itu sape yang akidah die dah rosak maka amalan die tak diterime walaupown bertimbun-timbun die buat sebab setiap amalan dalam Islam dibina atas asas akidah.

2. Ikhlas....rujuk surah al-bayyinah:5

3. bertepatan dengan Nabi...rujuk surah ali-imran:31
Dalam hal ini, Dr Yusuf Qardawi pernah kate:"Hendaklah seorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyariatkan Allah, dengan kaifiyyat (cara) yang diredhaiNYA. Janganlah ibadah seorang muslim itu ialah apa yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan"
Petikan dalam buku yang ditulis Yusuf Al-Qardawi dalam buku Al-'Ibadah fi Al-Islam, m/s165

Memang, dalam Islam kita punya mazhab, tapi apa yang penting ibadah yang kita lakukan berdasarkan syariat yang betul. Oleh itu adek2, jom kite check balik, adakah ibadah kite buat tu berlandaskan syariat yang betul atau tak. Pernah jugak lah tanye kat ustaz, kalaulah kite tak pasti ibadah kite betul ker tak, boleh ker kite tinggal solat tu? Ustaz kate, solat tu solat jugak tapi dalam masa yang sama kite belajar untuk memperelokkan dan memperbetulkan ibadah kite.

Semoga antri kali ini bermanfaat untuk adek2 di sana. ^_^ senyum lebar.

Putihnye gigi Miss Asya!! Kalah adek Izzah^_^


Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, kite kan dah besar, takkan nak puase macam budak sekolah rendah pulak (puase budak2, tak makan dan tak minum dari pagi sampai petang), kenelah upgrade sikit. Umpama kite sedang mengambil ujian mengikut standard2 tertentu, sekolah rendah UPSR, sekolah menengah rendah PMR, sekolah menengah atas SPM. Begitu jugak puase nie, result yang kite nak capai adalah taqwa. Ehh, terpanjang pulak, ingat nak buat penutup. Garu kepala yang bersih dari ketombe.

p/s: Ingat nak masuk gambar troll, tapi rase macam huduh pulak antri ni nanti..*_*

Thursday, 19 July 2012

DARI RANCABUAYA KE RANCABADAK 4



Bismillahirrahmanirrahim...

Salam perantauan buat adek2 yang terchenta khususnya adek Asmira dan adek Izzah.
Herm, Miss Asya berharap agar adek2 dah wat preparation untuk menyambut kedatangan Ramadhan untuk kali ke 20 dalam hidup kite (yang lahir tahun 1992 lar, xtertakluk mereka yang lahir lebih awal dan lebih lewat yerk..)

"Huh, Miss Asya, adek Asmira dan adek Izzah dah xlarat nak bace antri buaya ke badak nie." dengan muke keloyaan untuk meneruskan antri yang terakhir ini. Yup, yang terakhir untuk tajuk kali ini ler..^3^

Tambah collection troll face...

Untuk antri kali ini, Miss Asya nak gitau apa yang berlaku di hari kejadian. Ehem, jujurnya itulah antara pengalaman yang paling menarik yang pernah berlaku sepanjang hidup Miss Asya.

Selepas berada selama 6jam di dalam minibus, lalu kat lereng2 bukit yang adventerus itu, naek turun gunung dan bukit2 yang curam sampai kadang2 rase kalaulah inche bas nie boleh cakap mesti die kate,"Adooiiii, pak cik dah xlarat lagi nak panjat gunung nie lagi2 bile ade Miss Asya yang berada di hujung pak cik..terasa sangat berat" sambil batuk2 yang extrem.

Saat sampai di kampung penempatan Miss Asya, kampung Purbayani, Miss Asya bersama housemate yang len berjalan lenggang menuju ke rumah tumpangan kami. Mentang2 lah rumah tumpangan Miss Asya tu dekat dengan tempat berkumpul peserta2 expedisi sebab ade jer yang peserta yang laen terpaksa naek lori (lori sampah pulak tu), ader yang naek lori tentera. Ehh, Miss Asya lupe plak nak gitau, expedisi ni disertai lebih dari 1000 org. Peluh besar di dahi.

Seminggu sebelum sampai di rumah tumpangan, ini adalah bayangan anak2 mahasiswi Malaysia:

Siswi 1: Dengar citer kiter duk kat rumah orang. Alar, xselesanya duk kat rumah orang yang berkeluarga ni.

Siswi 2: Entah2 tandas die tandas terbuka...Ahhh, xbestnyer. Macam mane nak mandi. Lagi macam mane nak buang segale ape yg patut..(muke penuh kegelian dan separuh trauma)

Siswi 3: Ehem, nampaknye kite kene bertahan untuk tidak membuang di sana..(muke hampir menangis)

Dan banyak lagi keluhan2 yang sampai di telingan Miss Asya. Ehem, Miss Asya tak ketinggalan menambah kegelisahan pada mereka.
Muke trauma membayangkan tempat penginapan kat Garut nanti.
Ketika Miss Asya sampai di depan rumah tumpangan. Sambil mate bersinar-sinar melihat rumah dan kawasan depan rumah yang dipenuhi bunga, dilapik oleh rumput2 pendek yang hijau mude. Terasa hati ini bahagia lebih2 lagi melihat rumah Ibu (panggilan buat mereka yang lebih tue, kalo kat M'sia kite panggil mak cik) dibuat dari batu beratap zink merah. Saat melangkah masuk ke rumah sambil ditangan dipenuhi dengan 8 botol air AQUA, badan Miss Asya menggalas 2 beg, satu beg sekolah satu lagi beg selempang, melihat ruang tamu yang besar dan selesa. Tu dia, siap ade TV besar. Gulp, kalah TV Miss Asya di M'sia.
Ade 3 bilik, 1 bilik Ibu dan lagi 2 bilik untuk peserta. Miss Asya dengan pantas meletakkan barang2 dalam salah satu bilik di  situ. Dah xlarat nak bawak beban kat badan nie.

Fuhh, lega. Okey, jom kite menjelajah rumah Ibu. Mari kite tengok adakah apa yang kitorang fikir sebelum ini , Auta @ Fakta.
ehem, Miss Asya tersenyum gembira...

Ehem, okey adek2 sekalian. Sebab tu kalo kite dengar satu ceriter kene pastikan kesahihannye. Jangan terus percaye bulat2. Mari kite review ayat di bawah.
               "Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah diantara kamu saling menggunjing (menuduh) sebahagian yang lain. Apakah diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang."
Surah Al-Hujurat:12


Istighfar sebentar. Miss Asya teringat kata salah sorang ibu usrah, Kak Fiqah. Selagi Kak fiqah tak berdepan dengan perkara yang mereka perkatakan, contohnye, medik tu susah lar, rumah tu kotor lar, tak ade bilik air lar, selagi tu Kak Fiqah tak percaya. Wahh, betullah kate Kak Fiqah tu. Bahkan Sang Kekasih pon dah bagitau siap2, Wahai Miss Asya, jauhilah banyak dari prasangka. Tersenyum, mengambil iktibar dari kekhilafan sendiri.

Memandangkan tugas bermula pada esok hari, malam tu Miss Asya bersembang dengan penghuni rumah dan Ibu. Ehem, kadang-kadang xfaham gak ape yang mereka cakap. Miss Asya sekadar angguk2 jer lar, takkan nak wat muke blurr. Time mereka gelak, Miss Asya hanya mampu untuk bersenyum disebabkan keterbatasan grammar Indonesia.



Sabtu, 4am, Miss Asya buka mata dengan malas. Uittt, awalnye Miss Asya bangun? Ehem, adek2, Miss Asya memakai jam tangan Bandung, sejam awal dari M'sia. Bagi Miss Asya, pukul 4am kat sini bersamaan pukul 5am di sana. Jadi xde lar awal sangat pown Miss Asya bangun. Standar lar tu.
Melangkah malas ke bilik air, rupenye ade orang dah masuk. Cett, baru nak jadi Pemula. Mesti dah berbaris orang lepas die, kate Miss Asya dalam hati. Kaki melangkah menuju ke arah belakang rumah. Sebenarnye ade bilik air kat luar tapi dibuat oleh papan2, ade celahan wat mereka yang suke skodeng2 nie. Bilik air nie xmampu nak menutupi kepala sampai ke bahu. Wauu!! Terasa seksi. Di luar, masih pekat gelap ditemani mentol di belakang rumah.
'Herm, kalau nak tunggu, memang tak mandi Miss Asya. Yer lar, penghuni rumah adalah dalam 13 orang.' Gumam Miss Asya sekadar dalam hati. Mata Miss Asya tak lepas dari memandang bilik air luar. Gulp, errr, takder orang nak ngintai pagi2 nie. Rasenye selamat.
Miss Asya melangkah kaki keluar, kaki memakai selipar entah sape2 yang punyer.
Nampaknye Miss Asya dah bernekad untuk mandi di luar.

Selepas 15 minit, fuhh, lega Miss Asya walaupun separuh menggigil mandi air sejuk. Saat melangkah keluar dari bilik air, Miss Asya sempat lagi pandang di atas. Subhanallah!!! Tersenyum melihat taburan bintang menghiasi dada langit. (Adooiii, sempat lagi jiwang2 Miss Asya nie. Adek2 dah separuh risau Miss Asya mandi kat luar.) Eheh, jangan begitu risau sebab Ibu dah pasang banner (mane agaknye Ibu amek?) menutupi bahgian yang terbuka itu.


Selepas bersiap-siap, hidung Miss Asya dah terbau makanan. Fuhh, baunya enak!! Mata dah nampak nasi goreng kat dapur. Ehem, makan dulu yerk.
Wokey, Miss Asya!! Hari ini adalah hari bersejarah buatmu. Muke bersemangat, pakai kasut, minyak dah disembur, melangkah dengan gagah ke sekolah rendah, pusat kegiatan expedisi di kampung purbayani. Jam dah menunjukkan 6am, ikut jadwal kaunter perkhidmatan dibuka pukul 7am.

Aktiviti:
1. Miss Asya angkat kotak2 yang dipenuhi set bedah, ubat2, kapas dan macam alatan yang tak tau ape name die
2. memandangkan shift 1 Miss Asya di bahgian alatan, Miss Asya kene cuci set bedah yang digunakan. Basikally (dibace basically), nak cuci bagi alat nie sterile, ade 3 baldi. Baldi yang pertama adalah air suling, nak bilas2, buang kotoran2. Baldi 2 doktor letak sejenis chemical, lepas dah bilas, alat tu kene letak kat besen nie selama 5-10 min. Baldi 3 adalah alkohol untuk sterilize kan alat2 bedah. Fuhh, ingat senang ker kejer nie. Sekali pandang Miss Asya wat keje nie, adalah macam rupe Pretty Zinta. Dua kali pandang, maka luntur lah keayuan dan terserlah lah betapa mak cik cleaner nye Miss Asya ini. Uhuk2..

Bile wat kerje sebegini barulah terfikir betapa sorang doktor tu tak boleh nak berlagak pown sebab tanpa peng'cleaner' ini pasti doktor tu susah nak wat kerje. Betapa kita sebagai manusia sememangnya saling bergantungan walaupun sape kite, sebagai manusia, fitrahnye manusia tak boleh hidup kesorangan. Syukur sebab Allah menitipkan cintanya dalam manusia supaya kita saling mengasihi dan menerima makhluk2 dan hamba2NYA yang ada di muka bumi ini.

Muslim itu bersaudara.

3. Rakaman orang sunat secara live!! Bukan Miss Asya nak wat koleksi, tapi nie ade doktor suruh rakam. Uhuks, Miss Asya menerima tugasan ini dengan keberatan. Dah lah kene fokus tang tu jer. Ehem, dah separuh proses bedah dijalankan, tetibe Miss Asya rase macam nak pitam. Berapa kali sudah Miss Asya memegang kepalanya, rasenye macam nak pengsan. Akhirnya, "Dok, saye pitam2. Maaf ya,Dok." Bibir Miss Asya sudah pucat, tu lah kate kawan setugas. Terus Miss Asya duduk, biar hilang pitam. Okey, Miss Asya baru menyedari bahawa Miss Asya takut darah. Ishh, macam mane nak rawat orang nanti? Mohon adek2 boleh doakan untuk Miss Asya agar dapat atasi kelemahan ini.

4. Sebenarnye, shift 2 Miss Asya kene jadi asisten 2. Tapi Miss Asya tak berkesempatan untuk menerima tugasan tersebut. Err,agak2 nye, kalo Miss Asya jadi asisten2, tetibe pengsan time bedah tu. Mesti doktor tu kelam kabut, nak selamatkan Miss Asya ker, nak habeskan proses bedah tu. Jadi Miss Asya kekal sebagai mak cik cleaner sehingga habis aktiviti.

Semasa aktiviti dijalankan, mata Miss Asya sesekali memerhatikan keadaan sekeliling, telinga dilagukan dengan tangisan anak2.
Miss Asya lihat sendiri bagaimana sorang doktor memujuk sorang anak yang ketakutan apabila melihat rakan2 nya menangis kesakitan.
Dengan mata ini, Miss Asya melihat betapa beraninya anak kecil untuk menjalankan tugasnya sebagai sorang islam.
Dengan mata ini, Miss Asya lihat betapa sorang ibu tak sanggup melihat anaknya dalam kesakitan biarpun itu sekadar khitan, sehingga sang ibu itu mengalihkan wajahnya daripada melihat dugaan sang anak itu, mengalir air mata kasih.
Dengan mata ini, Miss Asya lihat betapa penyayangnya si ayah menenangkan anaknya yang tengah kesakitan, memeluk erat anaknya, berbicara kata2 semangat untuk anaknya.
Betapa banyaknya pengajaran yang boleh diambil hanya dari memerhati sahaja. Syukur sebab Sang Pencipta mengurniakan sepasang mata kepada setiap hambaNYA yang bertuah. Miss Asya adalah orang yang bertuah .Senyum lebar.

Aktiviti diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh pengurusan bahgian khitanan, seorang doktor pakar dalam pembedahan. Bagi Miss Asya, bukan senang untuk orang yang berkedudukan untuk berterima kasih kepada orang bawahannya dengan sebenar-benar ikhlas bukan sekadar melepaskan uhuk2 ditangga batu cave.

Fuhhh... Akhirnya selepas beberapa jam mengharungi suasana yang agak kelam disebabkan keterbatasan tempat kerja dan sebagainya, dapat jugak Miss Asya menghela nafas lega dan bareng2 (dibaca sama2) dengan teman Indonesia yang baru Miss Asya kenal pegi makan tengah hari.

Ehh, itu jer ker, Miss Asya? Yup, itu jer adek2. Sebenarnya, walaupun role Miss Asya tak sepenting asisten 2, telah Miss Asya jelaskan di atas, kerjasama dalam pasukan tu sangat penting. Dari sebesar-besar peranan sehinggalah sekecil-kecil peranan, perlulah kite jalankan dengan bersungguh-sungguh. Tak rugi pown, malah membawa keuntungan pada kite dan orang laen.

Ehem2, dah alang2 berada dekat dengan laut, kami, The Khitan Team, berjanji untuk sama-sama lepak di tepi pantai pada petang itu. Malam sebelum itu Ibu ade kate, kalau nak pegi pantai gune enjin kaki, insyaAllah, ade lar dalam 30 minit gitu. Gulp, jauhnye!! Tapi, disebabkan keinginan yang membara (yehh!!) Miss Asya dan teman2nya tetap nak pi jugak. Ketegaq betui lah anak dara nie. Ehehehe..

Petang itu:
Miss Asya dan teman2 berkumpul di hadapan sekolah rendah memandangkan kami tinggal di rumah penginapan yang berbeza. Maka, kami pon berjalan dengan gagahnye ke arah pantai, sesekali Miss Asya memandang belakang. Kenape Miss Asya wat macam tu?
wohohohoho...

Err, perlukan wajah sebegitu Miss Asya? Saje jer, nak bagi dramatis untuk adek2. Mata Miss Asya bersinar saat melihat kereta avanza menghampiri, kaching2. Dengan pantas, tangan Miss Asya diangkat dengan harapan avanza itu berhenti, semakin tersenyum lebar saat avanza benar2 berhenti di hadapan Miss Asya.
"Pak, mahu tumpang ke pantai bisa pak?"
"Ya, bisa. Tapi ruangnya sempit sedikit, enggak apa2?"
"Itu bisa di atur pak."
Hehehe, rancangan berjaya. Miss Asya memang xdegan kalo bab2 begini, mane boleh tahan jalan kaki ke sana. Penat lar. 'Amboi Miss Asya, ngade2 nyer,'kate adek2 dalam hati.
Ehem, sampai saja di tepi pantai,"Pak, hatur nuhun pak!", "Ya, nuhun"
(Wahh, pasti adek2 tercengang. Bahsa apakah?? Di bandung, bahsa aslinya dalah bahsa sunda. Alar, macam M'sia jugak. Bahse rasmi, BM, pergi negeri2 laen, ade bahse t'sendiri)

Melihat gahnya ombak menerpa pantai, membuatkan Miss Asya dan teman2 menjerit ke'happy'an (dibaca keseronokan). Berlari-lari sambil tangkap gambar same2. Rase macam tengah wat filem hindustan pulak. Tapi bagi Miss Asya, alam memberi 1001 makna pengertian dalam hidup kita, membuat kita lebih dekat dengan Kekasih, membuatkan kita berfikir.
Melihat ombak2 menerpa, mengeluarkan buih2 putih, tetiba teringat akan hadis Rasulullah SAW. Melihat akan set matahari (dibaca sunset) teringat akan Kalamullah yang sering berbicara akan makhluknya yang satu itu. Mata rancak melihat, telinga suka mendengar, otak ligan berfikir.

Itulah antara pengalaman yang dilalui sepanjang expedisi ini. Sebenarnya banyak lagi tapi tak tertulis di sini.

Pengalaman mengajar erti hidup, itu pasti. Tapi adakah kita mengambil pengajarannya? Renung-renungkan dan selamat beramal.(Baca dengan lenggok gaya prof iz, hot fm)

p/s: Ehem, baru tahu yang blog ni tak tertutup. TAT

Wednesday, 18 July 2012

DARI RANCABUAYA KE RANCABADAK PART 3

Allo2!!
Ada olang di sana??

Ishh Miss Asya nie, dah nak masuk Ramadhan, cube mulekan dengan
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam wat pembaca semua terutama adek Asmira dan adek Izzah..

Rasenye tuk kali ni Miss Asya nak citer perjalanan dari UNPAD (Unversitas Padjadjaran) ke Garut. Jauhnye umpama dari Perak ke Port Dickson, tapi memandangkan jalan di sini xseperti di Malaysia (komposisi tanah pamah banyak, jadi road pon straight jer, ade kona (dibace corner) pon sikit2 jer) , Indonesia yang banyak gunung-ganang, maka jalannya melalui lereng2 bukit yang selekoh die serupe macam nak ke Genting Highland cume lagi adventure dan curam. Ehem, arakian begitu, Miss Asya sikit pon tak mabuk darat (uiihhh, hidung dah kembang-kempis, habes habuk2 disedut).

Herm, mungkin disebabkan Miss Asya di'ralek'kan dengan pemandangan yang superb canthek dan tenang, bese ler, dah name pon gunung kan. Hati tenteram melihat alam kerana alam itu sering bertasbih pada Yang Esa...T-T insaf sebentar dengan diri ini yang sering khilaf.
Istighfar sebentar........

Okey!! jom sambung balek. Miss Asya naek minibus yang dipenuhi manusia berlatar blakang pendidikan yang berbeza, dari 1st year medik student (Malaysia dan Indonesia), kebidanan (yang memang kompem org I'sia) dan residen (pown begitu). Kembali merenung luar tingkap bas. Perjalanan masih jauh, lame lagi nak sampai, katenye 6 jam. Peluh besar di dahi. Tahu perjalanan membaham masa yang lame, ade yang sudah tidur awal2. Bagi Miss Asya, opportunity (dibace peluang) ini digunakan utk membaca novel yang baru dibeli. Sebenarnya, karya2 disini, masih banyak yang memberi pengajaran kalo nak dibandingkan novel2 M'sia yg tak habes2 dengan versi cinta 3 segi, cinta bertepuk sebelah tangan, semuanya tema cinta manusia. Buku yang ada di tangan Miss Asya, 5 MENARA.

Buku 5 Menara inilah menyebabkan hati Miss Asya menyerap satu ayat yang satu ketika dahulu dipandang remeh. MAN JADDA WAJADA. Siapa yang berusaha, dialah yang berjaya.  Dan antara quote yang menyentuh hati, jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun.Sungguh Tuhan Maha Mendengar. Mungkin kata2 ini kena pada diri yang semangat makin luntur, mengejar impian yang sukar digapai. Berapa kali menangis di titi jalan, berapa kali hampir tersungkur di negeri orang. (Ehh, Miss Asya, awat jiwang semacam jer?).

Ehem, nanti adek Asmira dan adek Izzah carilah buku nie. Kot2 ade kat jual kat sana. Buku nie sangat2 lah bagus dan diadaptasi dari kisah penulis sendiri. Saat berada di sini, baru tahu bahawa ramai pemuda2 Indonesia yang telah menempa nama mereka di peringkat dunia. Bila berada satu universiti dengan mereka, tahulah bahawa mereka  ini sangat berdisiplin dalam berilmu. Tak macam di M'sia, majoriti adalah orang yang 'relax'2 dan bile nak dekat exam baru nak bukak buku. Di sini, setiap petang, anak2 mahasiswa dan mahasiswi berkumpul di kawasan teduh di dalan universitas, berhalaqah (study group ler). Saat melewati kelompok ini, terasa diri begitu kerdil. Sekecil semut tapi semalas panda.
Comeynye Miss Asya!!
Sebenarnya, Miss Asya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berada di sini. Banyak sangat pengajaran yang dapat diambil, berada di sini menjadikan Miss Asya sorang pemerhati yang setia. Mungkin akan dikisahkan perkara2 yang menarik apabila Miss Asya melangkah kaki untuk berjalan-jalan di sekitar unversiti di antri yang laen.
Minibus ini berhenti beberapa kali, waktu tengah hari, Miss Asya bersama teman turun untuk makan ditemani hembusan angin gunung dan deburan sungai yang mengalir di lereng bukit. Cehh...bunyi macam romantik jer, padahal makan maggi jer..
(Tambah koleksi muke troll).
Sambung perjalanan sehingga kami disambut pemandangan laut yang setahun lamanya kami tak jumpa (kami tu merujuk pada student Msia). Melihat sahaja dah membuat penghuni bas mengukir senyuman. Betapa sayangnya ALLAH pada kita. Menjadikan laut, pohon2, gunung-ganang, langit ditaburi bintang, awan memutih sehingga apabila kita melihatnya turut terhibur akan keindahan lukisan Tuhan.
"Hoyeehh!! Nak sampai dah",kata Miss Asya dalam hati yang sudah rasa kebas2 dibontot.
Minibus menyelusuri jalan berbukit curam, melalui jambatan yang mengalir dibawahnya air sungai, dikepit sawah2 padi, namun Miss Asya rase sawah tu xmenjadi sebab tanah die kering. Tetibe terasa betapa sedihnya sang petani melihat tanaman yang ditanam dan dijaga selama beberapa bulan tak membuahkan hasil.

                 "Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal beum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan diguncang (dengan berbagai ujian) sehingga rasul dan orang2 beriman bersamanya berkata, "bilakah datang pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
                                                                            surah al-baqarah:214


Mengalir air mata sebentar. Kadang2 orang selalu fikir berzikir tu adalah bila mengucapkan takbir, bila menyebut subhanallah, alhamdulillah dan sebagainya. Tapi kita lupa bahwa maksud zikir sebenarnya adalah mengingati Allah, tengok sawah pon boleh ingat Allah. ^_^ senyum lebar...

Sampai di sana, Miss Asya kembali membetulkan niat, biar buat kerana ALLAH. Tetibe teringat ikhlas. Errrr, itu antri yang laen yerk. Nak citer karang panjang berjela pulak antri nie.

Baiklah, for next antri, Miss Asya citer ape jer die wat kat sana. Entah2 menyibuk jer..


p/s: sejak akhir2 nie, troll nie dah macam mimpi ngeri Miss Asya...TAT

























DARI RANCABUAYA KE RANCABADAK

Assalamu'alaikum..

(adek asmira dgn adek izzah, samblik mengeluh "penat lar nak bace, Miss Asya oii")

Ehem2, kalo penat, gi regang2kan badan pastu smbung bace..
Tapi kali ini pasti adek Asmira cuke (dibace suke) sebab kali ni nak citer pasal shopping2 kat Bandung..
Okey, baiklah adek2, Miss Asya nak citer nie. Pasar Baru tu lebih kurang rupe die macam lowyat cume kalo kat lowyat jual alat2 elektronik, kat Pasar Baru tu jual pakaian, teddy bear (sambil memeluk teddy bear yg sparuh besar Miss Asya, jangan jeles adek Asmira) , cadar2, comforter, bantal2 yg lembut2 dan gebu2 (macam Miss Asya ^_^, "uweeekkk",adek Asmira dan adek Izzah mule mengeluarkan isi hatinya), telekung dan macam2 lagi.
Kami berada disana ade lar dalam 2jam. Mane cukup!!! Memang xcukup!! Tak cukup masa (dan duit TAT).

Wokey, muke adek Izzah dah mule kebiruan. Tak sanggup mengharungi saat2 kesukaran nak bernafas. Baiklah, kite terus ke main point mengapa Miss Asya turun Bandung yang begitu cool and cold.

Nampaknya, kursus special kami memang special sebab d buat kat hospital (tapi ade dewan lecture, skali pandang ade lar ghupe kat PALAM). Dan ape yang lagi bestnyer, kursus kami dibentang oleh doktor yang owsem tapi humble. Itulah salah satu perkara yang Miss Asya pelajari di sini, makin berisi (baek dari segi ilmu maupun ongkos) makin tunduk. Time tu, ade gak residen, encem2 (dibace handsome). Fuhh, lega hati apabila mengetahui bahwa student medik 1st year xyah potong2 *tuttt*, just tolong2 bagi alat2 bedah jer. Gulp, itu bermakne tengok live jugak lar tu.

Dulu nampak abang begini. Xtau yg live camner.=_=''
Uhuk2, mule berfikir, mengalir darah transparent dari hidung. Miss Asya, tolong lar. Miss Asya dah blajar secara mendalam lagi detail setiap organ dan part2 sexual organ of the MEN (dibace lelaki).
Saye tahu itu, tapi before teori jer, xpraktik. Menggaru kepale yang bebas kelemumur.
Sebenaqnye, doktor tu tunjuk gambar2 sunat secare live tapi xleh nak post kat dlm blog sebab etika sorang doktor, xleh tunjuk gmbar patient lagi2 dlm keadaan yg sebegitu ghupe.
"Kita akan mula tugasnya pada hari sabtu. Kita akan bahagikan hari kepada 2shift. Ya, shift yang pertama dari 7am sampei 9am. Shift 2 dari 9am sampei 12tgh hari. Tapi kita akan kerja sampei habis pasiennya."
"Saya sudah bahagikan tugas kamu semua di hadapan."Kate doktor yang humble itu bersama dialek indonesia yang pekat. Agak tercengang dan perlukan masa utk analisis menjadi ayat di atas.

Mata Miss Asya sudah melilau cari namanya yang unik. Shift 1..Miss Asya..Yes!! Jaga alat bahan (dipendekkan sebagai ABAH, macam nak panggil ayah pulak). Seksion (dibace section) ini mudah aja!! Cuma perlu beresin alat2 yang perlu di'guna'in sebelum operasi bermula. Ehem, shift 2...Miss Asya..ASISTEN 2?? Ohhh~~~~
Xdapat terima kenyataan..

Ehem, Miss Asya sepatutnye gembira sbb dapat pengalaman yang menarik. Trimas adek Izzah, pernah gak terlintas sebegitu tapi hati yang lembut bak sutera ini (kelihatan muke adek2 semakin pucat, tunggu mase utk keluar dari esopagus jer) mudah terusik bila mendengar anak2 menangis. Tetibe Miss Asya wat muke ayu..*w*

Err, terase entri nie panjang pulak...
Takpe2, jangan adek Asmira dan adek Izzah nangis sebab Miss Asya xpujuk.
Japgi Miss Asya post sambungan die..

p/s: jangan ditanye kenape muke troll walaupun pada pertama kali org kuarkan muke troll nie kat fb, rase macam nak sepak laju2 (eh, macam pernah dengar ayat nie, tapi di mana ya??) muke troll nie sebab huduh giler...













Monday, 16 July 2012

DARI RANCABUAYA KE RANCABADAK 1

Salam kerinduan wat teman2 yang merindui saye yang comey ini... (Miss Asya, tolong lar jgn prasan comey, banyak lagi artis2 korea yang comey2 walaupun xdpt menandingi kecomeyan Miss Asya...) "Herm, belum ape lagi, dah terase nak cari besen,''kata Adek Asmira dan Adek Izzah dgn muke loye..

Hahh!!
Betul tak kate saye, dalam masa yang singkat saye akan meng'update' hot story saye tu..

Wokey, mari kite sambung bercerite.
Sebelum kami mengkhitan orang, kami kene pergi satu kursus special punyer yang diberi di Bandung. Oh, lupe plak nak gitau. Sebenarnye, UNPAD nie bukanlah betul2 kat tengah2 kota raye Bandung seperti UM di KL. Miss Asya ini telah dicampakkan di UNPAD dimana jarak perjalanannye ke Bandung lebih kurang sejam. Macam PALAM nak ke Shah Alam ler.. Tapi universitas saye xder lar segersang PALAM, kuar2 ade nmpak jalan raye jer. Kat sini, kuar2 jer dah berderet-deret kedai makan. Gulp, takut nak tengok alat timbang berat. Adoiii, Miss Asya nie bnyak benor pobia (dibace fobia).

Ehem2, berbalek pada kursus special tu. Jadi, saye dan beberapa sahabat yang ber'tuah' bersetuju untuk pergi ke tempat kejadian(aceehhhh, macam tempat jenayah jer bunyinyer) dengan kereta avanza. Hah!! Cool xkami. Kat sini, kereta sewa memang berlambak-lambak, dah macam bazar jer. Xyah nak lesen2. Janji ade fuluss, sume jalan. Maaf yer MARA, salah gune fulusss. Xper kan??
muke bangga dapat nek avanza, cam org kaye plak..hohohoho
Memandangkan kursus 'special' itu setat (bace start) pukul 2pm, jadi kami gerak pukul 8.30am. Err, Miss Asya, nape macam xlogik jer. Kater dari UNPAD ker Bandung sejam jer, dan kursus tu stat pukul 2pm, bukan ker spatutnye Miss Asya gerak ,kalo paling skema pon dalam pukul 12pm.
Hahh!! Dah alang2 pergi ke bandar, kite shopping2 ler dulu. Name pon Bandung nie shopping heaven sbb baju2 murah2. Baru lar berbaloi berpenat-penat ker Bandung (err, penat ker? rasenye bukannye Miss Asya yang drive pon. Masuk dalam kereta terus pejam mate=_='')

Tempat expedisi kami dekat dengan laut...fuhh, dah lame xjumpe laut
Geng khitan, HOyehhh!!
Bile dah sampai Bandung, pada penggemar shopping baju yang murah2, mestilah menjejakkan kaki anda ke Pasar Baru @ singkatan (hanya dikalangan student Malaysia) PaBa. Kalo kome kate kat pemandu pelancong nak pegi PaBa, pasti pemandu pelancong indonesia itu terpinga-pinga. Sbenaqnya, nie lah 1st time Miss Asya nie smpai ke PaBa. Uitt, dah nak dekat habis 1st year, baru 1st time datang PaBa? Konon nak kate studyHARD ar sampai xsempat nak jalan2,huh, terserlah keskemaan Mak Cik Asya (peluh kecik kat dahi). Mase pertama kali melangkah masuk ke PaBa,
muke excited tngok banyak bebenor BAJU..
sambil mate bersinar-sinar gemilang, kaching, drool from mouth (eww, Miss Asya, tolong jgn pengotor boleh x). "WAAHHHH!! Banyaknyer baju,"hanya mampu berkate-kate dlm hati. Try bermuke xberminat utk shopping2. Dalam hati duk tengah kire bajet untuk shopping japgi. Hurmm, nak beli baju raye mama, kakak ipar, ayah, abang, baju cantik untuk Miss Asya lagi.. Peluh besar di dahi.

Ehem2, banyak lagi citernye.. Will continue

RANCABUAYA KE RANCABADAK

Salam rindu buat Asmira dan Izzah.....

Macam mane kome kat Malaysia?? Sehat tak?? l_l

Sebenaqnye, dah lame nak mengupdate blog nie..
Mcm dah gersang..(kreek kreek)

Memandangkan saye baru balik dari sebuah expedisi (err, betul ker istilah itu)
saye nak criter pengalaman yg pastinya diantara pengalaman indah yg dilakar diatas kanvas hidup sepanjang di INDONESIA ini..

Expedisi kali ini adalah wajib wat kami iaitu 1st year medikal student, kebidanan dan residen. Ehem, untuk pengetahuan adek2, residen tu lebih kurang cam specialist ler.
Mesti pelikkan, nape lar name expedisi ni ade name 'buaya' dan 'badak'. Time 1st time dengar tu tetibe terbayangkan...

sang pengganas berubah menjadi sang penyondol..
Apakah misterius di sebalik name Rancabuaya dan Rancabadak  itu?? Saye, detektif Asyariah, akan membongkarkan misteri ini dalam kiraan 3

3...

2...

1...

Tada!!!
Ranca= kawasan, Buaya= crocodile ---> Kawasan yg pernah dihuni buaya suatu ketika dahulu iaitu di hospital Bandung

Ranca= kawasan, Badak= hipopotamus ----> Kawasan yg pernah dihuni badak iaitu di Garut

Jadi, maksud tersirat expedisi nie adalah Dari Rancabuaya(BANDUNG) ke Rancabadak(Garut).... Misteri terbongkar, wahahaha (=_=) aduii, tolong lar Asyariah, xde lar misteri sangat pon..

Sebenarnye, expedisi ni menggantikan rncangan SUPERCAMP yg telah dibatalkan oleh pihak universiti dan menggantikannya dgn satu program yg lebih berfaedah daripada duduk kat dalam hutan selama 3hari 2malam, tinggal kat dalam khemah dan aktiviti yg superCOOL di tempat yg COLD. Almaklum lah, name pon duk kat dlm hutan. Itulah kate2 senior2 dahulu dg muke girang.

OK, saye memang jeles dgn mereka. Tapi saye rase bile deme dengar program kami yg lagi superGEMPAK, pasti kini mereka sedang mengenang naseb mereka yg lahir setahun lagi awal dari saye yg AWET MUDE.. (errr, org disana, sediakan besen sbb saye pasti pasni ade lagi ayat2 yg memualkan dari tadi)

Aper yg superGEMPAK sangat tu Miss Asya?
Kalo nak tahu, kene lar stay tune~~

Expedisi ini membaham masa 3hari 2malam. Secara sahsiahnye, ape yg kami kene wat kat sane adalah berkhidmat utk masyarakat yg terdiri 6 buah kampung. Dan sebelum berangkat ke Garut, kami telah pon di'divide'kan (bace dibahgikan) tugas2 iaitu:
-Balai perubatan (disingkatkan kepada BP)
-Khitanan (antara mimpi ngeri dikalangan ADAM...)
-Survey
-Antenatal care
-penyuluhan
-operasi katarak dan sumbing

Onesly (Honestly), saye sudah pon bermimpi indah yang saye ditempatkan di dalam BP. Dalam mimpi yg indah itu, saye menjadi seorang pembantu doktor yg berwibawa. Sambil memakai kot putih dan stetoskop melingkari leher, dengan penuh kesabaran mengambil data2 dan maklumat dari pasien, mengambil tekanan darah, kecepatan nadi (dibaca pulse rate), kecepatan bernafas (dibaca respiratory rate) dan suhu (temperature). Mimpi itu xhilang walaupun sudah bngun dari tidur. Saat berjalan ke arah board dimana ditempelkan kertas pembahgian tugas, masih mampu tersnyum.
Mata menyoroti list2 name..
"Haaa!!! Jumpe pon. Nurul Atikah Asyariah bt Aminan (yer saye!!), ditempatkan di kampung Purbayani (baiklah...) dan kerja yg perlu saye lakukan adalah, Khitanan!(hurmm, mungkin silap tngok, mate diblink2 beberape kali, tapi....)
OMG!!! Saye dlm KHITAN?!!!
Mimpi bagaikan retak seribu, menanti masa utk CRASHH...TAT

Kenapa Miss Asya xnak bertugas di Khitanan?? Sbenarnye, Khitan tu per?? Adakah sejenis kala jengking sehingga Miss Asya rasa fobia menerima kenyataan??
Adoiii, cek adek2, Khitan tu Sunat lar.. S-U-N-A-T=SUNAT
Macam mane Miss Asya xfobia kalo keje tu kene tngok org potong *tutttttt* (yg bermaksud penis dlm istilah sains modern) secara LIVE.
Walaupun ramai lagi teman2 seangkatan dpt merasakan new adventure, tapi, ngahhhhhh!!! Arggh, dah terbayangkan doktor memegang pisau yg tajam dengan mata bersinar ching2, memandang anak2 yg ketakutan...
bayangan ngeri dikepale...=_=''

Ehem2.. rasenye entri pon dah terlalu panjang. Maka dengan humblenyer, saye undurkan diri dulu. Jangan risau, akan diupdate dgn singkat sebab rabu nie last paper...Hoyyehhh!!
Doakan sahabatmu yang sengal2 disini agar sentiasa dibawah rahmatNYA. Last but not least(acehh, mcm wat karangan BI plak), i reeaalllllyyyyy miss u, my GURLSS..

p/s= fuhhh, akhirnye bisa jugak gue gune photoshop.. Lihatlah dunia, hasil karyaku seperti hampagas...okeyy, chawww!!