Assalamu'alaikum adek2 terchenta!!
Miss Asya, kenapa tajuk antri kali nie wap-wap nafas? Kenapa tak wap-wap kereta api ker, nafas berbau ker, tak bernafas ker. Ehh, suke hati Miss Asya lar nak tulis tajuk aper. (blekk)
Sebenarnye Miss Asya nak kongsi pengalaman menarik Miss Asya di sini, di pagi Ramadhan yang ke7. Kini seperti musim sejuk di Jatinangor, Bandung. Jatinangor nie seperti pekan yang berkembang pesat disebabkan dikelilingi universiti, bukan sekadar UNPAD, ade jugak Institut Teknologi Bandung (ITB) dan beberapa universiti lain. Namun kepesatannya tak mengganggu gugat kabus2 yang hadir di kala musim 'sejuk' hadir.
Pagi-pagi lagi Miss Asya menghidupkan enjin motor. Eh, Miss Asya ade motor ker? Sebenarnye, tu motor seorang teman Miss Asya. Miss Asya mane lah ade ongkos nak beli2 motor nie, mampu pinjam jer. Keadaan sekeliling masih dikaburi dengan kabus, pipi Miss Asya sudah membeku kesejukan, badan seakan mahu menggigil. Miss Asya panaskan enjin motor dulu, kesian motor nie kesejukan, dah lah besi, mesti lagi sejuk.
Enjin sudah panas, gear 1, motor menaiki bukit dengan mudahnye (almaklum ler dihandle oleh Miss Asya yang pakar. Adek Asmira dan adek Izzah, anak mata memandang atas, tangan di bahu sambil berkata,"Oh, plezz.")
Err, Miss Asya takder helmet nie. Macam mane nak hantar motor? Semalam berani ler bawak motor tak pakai helmet. Malamlah katekan. Pak polisi mesti duk solat sunat ker, berzikir ker, bace Quran ker. Pagi2 macam nie kalo tak pakai helmet, kene saman kang tak memasal. Motor bergerak sehingga ke gerbang masuk Sukawening. Dari jauh mate Miss Asya dah melihat pak2 ojek (ojek tu sejenis angkutan awam yang berupa motor). Tersenyum. Menghampiri mereka, Miss Asya men'slow'kan motor sehingga berhenti dihadapan pak2 ojek.
"Pak, mahu pinjam topi keledar bisa enggak?" tanye Miss Asya dengan beraninye. Tebalnye muker dah berapa inchi dah nie.
"Oh, lame enggak neng guna?" tanya pak yang kelihatan 30an.
"Enggak pak. Sebentar aja." jawab Miss Asya yakin padahal tak tahu berapa lame agaknye Miss Asya nak menghilang.
"Sip." Pak ojek itu terus menghulur helmetnye.
Miss Asya menyambut helmet tu dengan perasaan lega. Pakai saja helmet, motor dihidupkan semula. Tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan. Clear. Motor laju masuk ke jalan raya menuju ke Mulana. Jalan menuju Mulana menaiki bukit. Kalau bukit kat sini, kalau takder selekoh, bukanlah Indonesia namenye.=_=''
Dalam hati, dup dap, dup dap. Cuak gak kat atas jalan nie. Al-maklum ler, orang takder lesen nie walaupown dah pakar bawak motor, tapi bile kat jalan raye, mesti akan ade rase cuak. Belok kanan, belok kiri, lagaknya seperti litar sepang cume Miss Asya takder lah sengetkan motor tu macam pelumba motor GP. Senget sikit2 sudah lah. Saat melihat simpang masuk Mulana yang dijaga oleh pak sakpam (pak gate) , fuhhh, lega. Dah sampai dah pown. Motor menuruni bukit curam dengan hati, Miss Asya sekadar gerun dalam hati. Simpang pertama, terus belok ke kanan. Motor menyelusuri kawasan perumahan banglo 2 tingkat dengan perlahan. Miss Asya memberhentikan motor di hadapan sebuah rumah pink.
Warna dah macam rumah ladies, sekali tuannye laki.=_='' Pinky guys ker??
Tok! Tok! Tok! Miss Asya mengetuk pintu tanpa segan2 mahupun kepiluan. (err, tatabahasa Miss Asya memang hancai!)
"Amin! Ooo Amin!" panggil Miss Asya dengan lantang. 'Cepatlah bukak pintu. Sejuk nie kat luar.' Sempat lagi Miss Asya menggerutu.
"Hah." Amin membuka pintu slide sedikit. Dengan pantas Miss Asya menyerahkan kunci pada Amin. Segera Miss Asya pulang,kali ni naek angkot lah jawabnye. Ape yang lagi cool, Miss Asya naek angkot dengan helmet. Dah lah helmet pak ojek nie rock, tak sepadan betul dengan imej Miss Asya yang berjubah hitam, bertudung pink. Rase macam ustazah rock pulak.
Miss Asya berjalan perlahan mendaki bukit keluar dari Mulana. Semasa mendaki bukit tu, Miss Asya sempat lagi membebel,"Sejuknye. Sejuknye. Hah!! Sejuk betul." Miss Asya perasan ader asap keluar dari mulut Miss Asya. Bukannye sedikit, berkepul-kepul keluar. Cakap jer, kepul-kepul asap membentuk di hadapan wajah Miss Asya. Wahh!! Dah macam dekat oversea gitu.
Err, Miss Asya memang kat oversea kan? Ehem, memang ler. Tapi bukannyer dekat UK ker, London ker. Kat situ memang sah-sah lah keluar asap. Nie dekat Bandung pown boleh keluarkan kepul2 dari mulut, rase macam teruje pulak. ^_^
Naek angkot, Miss Asya duduk di sebelah sorang budak laki dengan seragamnye. Saat sampai di Sukawening, "Kirik, pak!". Itulah ape yang kite perlu sebut bile mahu berhenti. Turun dari angkut, dah nampak pak ojek tu sengih-sengih lihat Miss Asya. Ishh, perli ler tu. Ade helmet tapi naek angkot (pengangkutan awam berupe van).
Berjalan gembire, Miss Asya menuju ke rumahnye.
p/s: sekarang nie Miss Asya kene siapkan video untuk IMAN (sebuah organisasi yang menjalankan aktiviti2 islamik) tapi Miss Asya bukanlah ahli IMAN. Dah orang mintak tolong, takkan nak tolak pulak. ^_^tapi sebenarnye Miss Asya sangat suke wat bende2 nie. Nanti Miss Asya upload dlm blog yerk.
No comments:
Post a Comment