| Nyum2, akhirnya dapat jugak makan chocolate cake. |
Apa kabor adek2, khususnye buat adek Asmira dan adek Izzah (ehem, yang laen jangan jeles)
Ishhh, sejak akhir-akhir nie, Miss Asya selalu update blog. Takder kerje ker? (mate memandang ke kiri manakala mulut menyerot ke kanan, sah nampak cacat giler!!)
(sememangnye Miss Asya sekarang nie duk tengah cuti dan sedang menunggu result keluar, doakan Miss Asya yang terbaik yerk..wink2)
Kenapa name tajuk kali ni golek-golek? Miss Asya berguling dari bukit ker, alar macam cerite hindustan gitu (tetibe ada kuch2 hotahei berkumandang sebagai background music).
Errr, extreme-nyer bayangan adek2 nie.
| Muke ketike membayangkan Miss Asya berguling..Hehehe |
Sebenarnye Miss Asya tak boleh nak tidor. Selepas meng-update blog, Miss Asya terus tutup lampu, maklum ler dah pukul 12am (jam Bandung yerk), karang terlepas sahur. Keadaan Miss Asya selepas tutup lampu:
- baring atas katil queen size yang sangat empuk
- mate tertutup
- golek-golek ke kanan
- herm, tak boleh tidur
- golek-golek ke kiri
- tak boleh tidur jugak
- peluk teddy bear dengan harapan menggunung supaya boleh lena cepat
- tetibe terfikir, esok nak masak ape ek?
- Miss Asya, tolonglah jangan fikir ape2 sekarang, tidurlah!!
- kaki dah mule menendang apa yang ade kat atas katil, termasuklah teddy (maaf yerk teddy)
- ambek conforter, selimut sampai ke leher, mate masih terpejam
- herm, golek-golek ke kanan
- golek-golek ke kiri
- tengok jam pukul berape,' Hah!!, Dah pukul 1.30am!!', enset telah diset locengnya tepat 2.30am.. Herm, maknenye, ade lagi sejam nak tidor.
- tetibe terfikir nak hias bilik macam mane. Nak tambah corak kat dinding, pastu nak tukar katil ke single sebab katil sekarang nie menyebabkan bilik terasa sempit, pastu meja study nak balut dengan pembalut hadiah, pastu nak letak notice board, nak beli rak buku yang kecik pastu letak Hud-Hud (name ikan laga Miss Asya).......
- tengok jam balek, dah pukul 2.15am TAT, tak tidur-tidur lagi nie. Apehal nie?!!
- tetibe lagu Laskar Pelangi berkumandang, bunyi loceng enset...huh =_='', terus tekan snooze.
- golek-golek lagi, tolonglah, tidur sekejap pown takper.
- enset berbuyi lagi...
Akhirnye, Miss Asya bangun terus gosok gigi, basuh muke pastu panaskan nasi dan lauk berbuka semalam, ikan bawal masak merah. Tangan pantas pecah 2 biji telur, kupas bawang kecik dan cili padi, gaul sekali dengan telur, letak garam sikit, gaul lagi sikit pastu masuk dalam kuali panas.
Berpuasa untuk hari yang ke2, barulah Miss Asya perasan. Dekat sini ade orang akan kejutkan sahur, dari jauh dah dengar sayup-sayup jeritan "SAHUR!! SAHUR!!". Berbeza di Malaysia, kalau di sini, keadaan agak riuh walaupun baru pukul 3am. Suara kanak-kanak melalui kawasan rumah Miss Asya, kedengaran juga bunyi mercun, kadang-kadang riang menyanyi lagu dalam Bahasa Sunda. Tersenyum ^_^
Kalau kat Malaysia, nak bangunkan anak-anak kecil nie, susaaahhhhh sangat. Kesian si ibu, kadang-kadang sampai si ayah harus mengendong anaknye ke meja makan. Uhuk2, tetibe Miss Asya terase. Saper2 yang terasa sile batuk sekali dengan Miss Asya.
Bersahur di sini, suasananya agak meriah. Takder lah sunyi macam kat Malaysia, cuma kedengaran suara orang mengaji dari surau atau masjid. Tetiba teringat masa-masa sahur bersama keluarga terchenta, mama masak-masak kat dapur, abah menghisap rokok sebagai bekalan seharian tanpa rokok (adoii, dah berbuih dah Miss Asya nasihat kat abah tapi ade jer alasan abah, tak tahu nak buat ape, siap ade tunjuk satu iklan pasal orang tu baru nak merokok tetibe datang berkerumun orang kat die bace yasin, tuh pown takder kesan jugak)
Miss Asya dan abang-abang sudah melongok di depan TV. Eh, Miss Asya tak tolong mama kat dapur ker?
Uhuk2, itulah realitinye. Sahur macam tak banyak sangat kerje masak-masak nie. Jadi Miss Asya cume ambek nasi letak kat atas meja, pinggan dan gelas. Air?? Mama terchenta dah siapkan dah. ^_^
Rasenyer, adek2 pown ade cerite tersendiri. Tapi bile Miss Asya berada saaaaangat jauh dari femili (dibace family) perkara yang macam simple2 begitu pown boleh menyentuh emosi Miss Asya. Waahhh!!! Miss Asya terlalu rindukan family terchenta!!
Adek2, pernah tak terfikir, kenapalah bile time sahur beriya-iya ibu dan ayah kite suruh bangun. Alasan skema untuk anak2, "Nanti takder lah lapar waktu puase nanti.","Supaye adek bertenaga waktu puase, takder lah lembek jer."
Tersenyum, itulah alasan buat anak kecik, tapi rasenyer sampai dah besaq pown ibu dan ayah cerite perkara yang sama. Sebenaqnye, ibu dan ayah kite tahu kelebihan waktu bersahur sehingge taknak anak2 die terlepas mendapat manfaat itu.
| "Kalau taknak makan,minum air,"salah satu dialog mama pada Miss Asya waktu Miss Asya malas nak sahur. |
Sweet-kan ibu dan ayah kite. Tersenyum lebar.
Miss Asya dah tak sabar nak balek rumah. Kali ni, kalau boleh Miss Asya nak masak pulak untuk berbuka puase dan sahur. Sekali pown jadilah. Teringat time Miss Asya kerje sementara nak tunggu result UPU keluar. Gaji pertama, Miss Asya belanja mama dan abah dekat kafe, makan chicken chop gitu, baru classss. Terasa sangat-sangatlah gembira dapat belanja mama dan abah. Agaknya, itulah kot perasan sang ayah bile melihat anaknye makan ata duit yang sang ayah usahakan. Hilang letih sang ibu sediakan makanan bile lihat anak die beriya-iya makan masakan sang ibu ini. Mengalir air mate bile fikirkan.
p/s: Bazar Ramadhan merupakan cabaran yang besar sebab time lapar rase macam nak makan semua. Jadi 'set'kan minda adek2, beli 1 jenis makanan jer.^_^ Selamat berbuke!!
No comments:
Post a Comment