Bismillahirrahmanirrahim...
Salam perantauan buat adek2 yang terchenta khususnya adek Asmira dan adek Izzah.
Herm, Miss Asya berharap agar adek2 dah wat preparation untuk menyambut kedatangan Ramadhan untuk kali ke 20 dalam hidup kite (yang lahir tahun 1992 lar, xtertakluk mereka yang lahir lebih awal dan lebih lewat yerk..)
"Huh, Miss Asya, adek Asmira dan adek Izzah dah xlarat nak bace antri buaya ke badak nie." dengan muke keloyaan untuk meneruskan antri yang terakhir ini. Yup, yang terakhir untuk tajuk kali ini ler..^3^
| Tambah collection troll face... |
Untuk antri kali ini, Miss Asya nak gitau apa yang berlaku di hari kejadian. Ehem, jujurnya itulah antara pengalaman yang paling menarik yang pernah berlaku sepanjang hidup Miss Asya.
Selepas berada selama 6jam di dalam minibus, lalu kat lereng2 bukit yang adventerus itu, naek turun gunung dan bukit2 yang curam sampai kadang2 rase kalaulah inche bas nie boleh cakap mesti die kate,"Adooiiii, pak cik dah xlarat lagi nak panjat gunung nie lagi2 bile ade Miss Asya yang berada di hujung pak cik..terasa sangat berat" sambil batuk2 yang extrem.
Saat sampai di kampung penempatan Miss Asya, kampung Purbayani, Miss Asya bersama housemate yang len berjalan lenggang menuju ke rumah tumpangan kami. Mentang2 lah rumah tumpangan Miss Asya tu dekat dengan tempat berkumpul peserta2 expedisi sebab ade jer yang peserta yang laen terpaksa naek lori (lori sampah pulak tu), ader yang naek lori tentera. Ehh, Miss Asya lupe plak nak gitau, expedisi ni disertai lebih dari 1000 org. Peluh besar di dahi.
Seminggu sebelum sampai di rumah tumpangan, ini adalah bayangan anak2 mahasiswi Malaysia:
Siswi 1: Dengar citer kiter duk kat rumah orang. Alar, xselesanya duk kat rumah orang yang berkeluarga ni.
Siswi 2: Entah2 tandas die tandas terbuka...Ahhh, xbestnyer. Macam mane nak mandi. Lagi macam mane nak buang segale ape yg patut..(muke penuh kegelian dan separuh trauma)
Siswi 3: Ehem, nampaknye kite kene bertahan untuk tidak membuang di sana..(muke hampir menangis)
Dan banyak lagi keluhan2 yang sampai di telingan Miss Asya. Ehem, Miss Asya tak ketinggalan menambah kegelisahan pada mereka.
| Muke trauma membayangkan tempat penginapan kat Garut nanti. |
Ade 3 bilik, 1 bilik Ibu dan lagi 2 bilik untuk peserta. Miss Asya dengan pantas meletakkan barang2 dalam salah satu bilik di situ. Dah xlarat nak bawak beban kat badan nie.
Fuhh, lega. Okey, jom kite menjelajah rumah Ibu. Mari kite tengok adakah apa yang kitorang fikir sebelum ini , Auta @ Fakta.
![]() |
| ehem, Miss Asya tersenyum gembira... |
Ehem, okey adek2 sekalian. Sebab tu kalo kite dengar satu ceriter kene pastikan kesahihannye. Jangan terus percaye bulat2. Mari kite review ayat di bawah.
"Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah diantara kamu saling menggunjing (menuduh) sebahagian yang lain. Apakah diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang."
Surah Al-Hujurat:12
Istighfar sebentar. Miss Asya teringat kata salah sorang ibu usrah, Kak Fiqah. Selagi Kak fiqah tak berdepan dengan perkara yang mereka perkatakan, contohnye, medik tu susah lar, rumah tu kotor lar, tak ade bilik air lar, selagi tu Kak Fiqah tak percaya. Wahh, betullah kate Kak Fiqah tu. Bahkan Sang Kekasih pon dah bagitau siap2, Wahai Miss Asya, jauhilah banyak dari prasangka. Tersenyum, mengambil iktibar dari kekhilafan sendiri.
Memandangkan tugas bermula pada esok hari, malam tu Miss Asya bersembang dengan penghuni rumah dan Ibu. Ehem, kadang-kadang xfaham gak ape yang mereka cakap. Miss Asya sekadar angguk2 jer lar, takkan nak wat muke blurr. Time mereka gelak, Miss Asya hanya mampu untuk bersenyum disebabkan keterbatasan grammar Indonesia.
Sabtu, 4am, Miss Asya buka mata dengan malas. Uittt, awalnye Miss Asya bangun? Ehem, adek2, Miss Asya memakai jam tangan Bandung, sejam awal dari M'sia. Bagi Miss Asya, pukul 4am kat sini bersamaan pukul 5am di sana. Jadi xde lar awal sangat pown Miss Asya bangun. Standar lar tu.
Melangkah malas ke bilik air, rupenye ade orang dah masuk. Cett, baru nak jadi Pemula. Mesti dah berbaris orang lepas die, kate Miss Asya dalam hati. Kaki melangkah menuju ke arah belakang rumah. Sebenarnye ade bilik air kat luar tapi dibuat oleh papan2, ade celahan wat mereka yang suke skodeng2 nie. Bilik air nie xmampu nak menutupi kepala sampai ke bahu. Wauu!! Terasa seksi. Di luar, masih pekat gelap ditemani mentol di belakang rumah.
'Herm, kalau nak tunggu, memang tak mandi Miss Asya. Yer lar, penghuni rumah adalah dalam 13 orang.' Gumam Miss Asya sekadar dalam hati. Mata Miss Asya tak lepas dari memandang bilik air luar. Gulp, errr, takder orang nak ngintai pagi2 nie. Rasenye selamat.
Miss Asya melangkah kaki keluar, kaki memakai selipar entah sape2 yang punyer.
Nampaknye Miss Asya dah bernekad untuk mandi di luar.
Selepas 15 minit, fuhh, lega Miss Asya walaupun separuh menggigil mandi air sejuk. Saat melangkah keluar dari bilik air, Miss Asya sempat lagi pandang di atas. Subhanallah!!! Tersenyum melihat taburan bintang menghiasi dada langit. (Adooiii, sempat lagi jiwang2 Miss Asya nie. Adek2 dah separuh risau Miss Asya mandi kat luar.) Eheh, jangan begitu risau sebab Ibu dah pasang banner (mane agaknye Ibu amek?) menutupi bahgian yang terbuka itu.
Selepas bersiap-siap, hidung Miss Asya dah terbau makanan. Fuhh, baunya enak!! Mata dah nampak nasi goreng kat dapur. Ehem, makan dulu yerk.
Wokey, Miss Asya!! Hari ini adalah hari bersejarah buatmu. Muke bersemangat, pakai kasut, minyak dah disembur, melangkah dengan gagah ke sekolah rendah, pusat kegiatan expedisi di kampung purbayani. Jam dah menunjukkan 6am, ikut jadwal kaunter perkhidmatan dibuka pukul 7am.
Aktiviti:
1. Miss Asya angkat kotak2 yang dipenuhi set bedah, ubat2, kapas dan macam alatan yang tak tau ape name die
2. memandangkan shift 1 Miss Asya di bahgian alatan, Miss Asya kene cuci set bedah yang digunakan. Basikally (dibace basically), nak cuci bagi alat nie sterile, ade 3 baldi. Baldi yang pertama adalah air suling, nak bilas2, buang kotoran2. Baldi 2 doktor letak sejenis chemical, lepas dah bilas, alat tu kene letak kat besen nie selama 5-10 min. Baldi 3 adalah alkohol untuk sterilize kan alat2 bedah. Fuhh, ingat senang ker kejer nie. Sekali pandang Miss Asya wat keje nie, adalah macam rupe Pretty Zinta. Dua kali pandang, maka luntur lah keayuan dan terserlah lah betapa mak cik cleaner nye Miss Asya ini. Uhuk2..
Bile wat kerje sebegini barulah terfikir betapa sorang doktor tu tak boleh nak berlagak pown sebab tanpa peng'cleaner' ini pasti doktor tu susah nak wat kerje. Betapa kita sebagai manusia sememangnya saling bergantungan walaupun sape kite, sebagai manusia, fitrahnye manusia tak boleh hidup kesorangan. Syukur sebab Allah menitipkan cintanya dalam manusia supaya kita saling mengasihi dan menerima makhluk2 dan hamba2NYA yang ada di muka bumi ini.
| Muslim itu bersaudara. |
3. Rakaman orang sunat secara live!! Bukan Miss Asya nak wat koleksi, tapi nie ade doktor suruh rakam. Uhuks, Miss Asya menerima tugasan ini dengan keberatan. Dah lah kene fokus tang tu jer. Ehem, dah separuh proses bedah dijalankan, tetibe Miss Asya rase macam nak pitam. Berapa kali sudah Miss Asya memegang kepalanya, rasenye macam nak pengsan. Akhirnya, "Dok, saye pitam2. Maaf ya,Dok." Bibir Miss Asya sudah pucat, tu lah kate kawan setugas. Terus Miss Asya duduk, biar hilang pitam. Okey, Miss Asya baru menyedari bahawa Miss Asya takut darah. Ishh, macam mane nak rawat orang nanti? Mohon adek2 boleh doakan untuk Miss Asya agar dapat atasi kelemahan ini.
4. Sebenarnye, shift 2 Miss Asya kene jadi asisten 2. Tapi Miss Asya tak berkesempatan untuk menerima tugasan tersebut. Err,agak2 nye, kalo Miss Asya jadi asisten2, tetibe pengsan time bedah tu. Mesti doktor tu kelam kabut, nak selamatkan Miss Asya ker, nak habeskan proses bedah tu. Jadi Miss Asya kekal sebagai mak cik cleaner sehingga habis aktiviti.
Semasa aktiviti dijalankan, mata Miss Asya sesekali memerhatikan keadaan sekeliling, telinga dilagukan dengan tangisan anak2.
Miss Asya lihat sendiri bagaimana sorang doktor memujuk sorang anak yang ketakutan apabila melihat rakan2 nya menangis kesakitan.
Dengan mata ini, Miss Asya melihat betapa beraninya anak kecil untuk menjalankan tugasnya sebagai sorang islam.
Dengan mata ini, Miss Asya lihat betapa sorang ibu tak sanggup melihat anaknya dalam kesakitan biarpun itu sekadar khitan, sehingga sang ibu itu mengalihkan wajahnya daripada melihat dugaan sang anak itu, mengalir air mata kasih.
Dengan mata ini, Miss Asya lihat betapa penyayangnya si ayah menenangkan anaknya yang tengah kesakitan, memeluk erat anaknya, berbicara kata2 semangat untuk anaknya.
Betapa banyaknya pengajaran yang boleh diambil hanya dari memerhati sahaja. Syukur sebab Sang Pencipta mengurniakan sepasang mata kepada setiap hambaNYA yang bertuah. Miss Asya adalah orang yang bertuah .Senyum lebar.
Aktiviti diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh pengurusan bahgian khitanan, seorang doktor pakar dalam pembedahan. Bagi Miss Asya, bukan senang untuk orang yang berkedudukan untuk berterima kasih kepada orang bawahannya dengan sebenar-benar ikhlas bukan sekadar melepaskan uhuk2 ditangga batu cave.
Fuhhh... Akhirnya selepas beberapa jam mengharungi suasana yang agak kelam disebabkan keterbatasan tempat kerja dan sebagainya, dapat jugak Miss Asya menghela nafas lega dan bareng2 (dibaca sama2) dengan teman Indonesia yang baru Miss Asya kenal pegi makan tengah hari.
Ehh, itu jer ker, Miss Asya? Yup, itu jer adek2. Sebenarnya, walaupun role Miss Asya tak sepenting asisten 2, telah Miss Asya jelaskan di atas, kerjasama dalam pasukan tu sangat penting. Dari sebesar-besar peranan sehinggalah sekecil-kecil peranan, perlulah kite jalankan dengan bersungguh-sungguh. Tak rugi pown, malah membawa keuntungan pada kite dan orang laen.
Ehem2, dah alang2 berada dekat dengan laut, kami, The Khitan Team, berjanji untuk sama-sama lepak di tepi pantai pada petang itu. Malam sebelum itu Ibu ade kate, kalau nak pegi pantai gune enjin kaki, insyaAllah, ade lar dalam 30 minit gitu. Gulp, jauhnye!! Tapi, disebabkan keinginan yang membara (yehh!!) Miss Asya dan teman2nya tetap nak pi jugak. Ketegaq betui lah anak dara nie. Ehehehe..
Petang itu:
Miss Asya dan teman2 berkumpul di hadapan sekolah rendah memandangkan kami tinggal di rumah penginapan yang berbeza. Maka, kami pon berjalan dengan gagahnye ke arah pantai, sesekali Miss Asya memandang belakang. Kenape Miss Asya wat macam tu?
| wohohohoho... |
Err, perlukan wajah sebegitu Miss Asya? Saje jer, nak bagi dramatis untuk adek2. Mata Miss Asya bersinar saat melihat kereta avanza menghampiri, kaching2. Dengan pantas, tangan Miss Asya diangkat dengan harapan avanza itu berhenti, semakin tersenyum lebar saat avanza benar2 berhenti di hadapan Miss Asya.
"Pak, mahu tumpang ke pantai bisa pak?"
"Ya, bisa. Tapi ruangnya sempit sedikit, enggak apa2?"
"Itu bisa di atur pak."
Hehehe, rancangan berjaya. Miss Asya memang xdegan kalo bab2 begini, mane boleh tahan jalan kaki ke sana. Penat lar. 'Amboi Miss Asya, ngade2 nyer,'kate adek2 dalam hati.
Ehem, sampai saja di tepi pantai,"Pak, hatur nuhun pak!", "Ya, nuhun"
(Wahh, pasti adek2 tercengang. Bahsa apakah?? Di bandung, bahsa aslinya dalah bahsa sunda. Alar, macam M'sia jugak. Bahse rasmi, BM, pergi negeri2 laen, ade bahse t'sendiri)
Melihat gahnya ombak menerpa pantai, membuatkan Miss Asya dan teman2 menjerit ke'happy'an (dibaca keseronokan). Berlari-lari sambil tangkap gambar same2. Rase macam tengah wat filem hindustan pulak. Tapi bagi Miss Asya, alam memberi 1001 makna pengertian dalam hidup kita, membuat kita lebih dekat dengan Kekasih, membuatkan kita berfikir.
Melihat ombak2 menerpa, mengeluarkan buih2 putih, tetiba teringat akan hadis Rasulullah SAW. Melihat akan set matahari (dibaca sunset) teringat akan Kalamullah yang sering berbicara akan makhluknya yang satu itu. Mata rancak melihat, telinga suka mendengar, otak ligan berfikir.
Itulah antara pengalaman yang dilalui sepanjang expedisi ini. Sebenarnya banyak lagi tapi tak tertulis di sini.
Pengalaman mengajar erti hidup, itu pasti. Tapi adakah kita mengambil pengajarannya? Renung-renungkan dan selamat beramal.(Baca dengan lenggok gaya prof iz, hot fm)
p/s: Ehem, baru tahu yang blog ni tak tertutup. TAT


No comments:
Post a Comment