Saturday, 28 July 2012

CRY NO MORE

Poster cry no more, kredit to IMAN.




Assalamu'alaikum adek2 terchenta!!
Amacam hari ni? Best ker KO?
Kalo KO, moh dongar Miss Asya berceghite.

Hari nie Miss Asya ade pengalaman yang menarik sangat sebab before nie Miss Asya tak pernah terfikir pown nak buat sebegitu.
Hari nie, group IMAN telah menganjurkan satu program yg ohsem, Cry No More.
Cehhhh, name pown dah gempak dah.

So, ape aktiviti dalam program nie, Miss Asya?

Cry No More nie sebenarnye dianjurkan berdasarkan satu hadis iaitu dimana kita digalakkan untuk memberi makanan pada yang memerlukan. Hah, dengar objektif pown dah tahu. Yer tak. Buat aper laghi, bagi makanan ler. Miss Asya dan teman2 yang laen bareng-bareng (sama-sama) mengedarkan makanan di tempat masing2 iaitu di Sukawening. Makanan ini diberikan untuk berbuka puasa.
Ape jer menu die, Miss Asya?
Menu die, sebungkus plastik terdiri daripada sebungkus bubur, 3 biji kurma dan air manis.
Miss Asya dan teman2 bergerak ke gerbang dahulu untuk meng'collect' makanan yang dibawa dari Mulana menaiki angkut. Sampai saje angkut, terus makanan dibawa turun.

Kami membahagikan makanan ke dalam plastik2 supaya lebih ringan dibawa dan semua orang dapat merasa pengalaman memberi makanan pada mereka yang memerlukan.
Turut join kami, 2 mamat yang ganteng! Woow!! Ehem, Miss Asya, jage mate. Sekarang nie bulan pose. Tak memasal potong harga pose tu.

Perjalanan bermula. Pada asalnye, kami ingat nak jalan ramai2 jer. Tapi memikirkan nanti lambat pulak pengagihan tu berlaku, make kami pown berpecah. Asal ketemu simpang, pecah lagi. Di akhirnye, Miss Asya berjalan bersama Miss Ajrina dan Miss Syubai'ah. Dalam perjalanan tu, terserempak dengan pekerja buruh, sibuk membaiki rumah. Miss Asya hampiri lalu memberikan 3 bungkus makanan, dikongsi bersama laen.

Berjalan lagi, bertemu dengan mak cik2. Mereka yang menerima tu sangatlah gembire mendapat bungkusan makanan tu walau sekadar bubur jer. Masih segar lagi di ingatan senyuman mereka dan ucapan terima kasih mereka. Mungkin tak menduga rezeki datang dengan cara yang unik begitu.

Miss Asya ingat lagi satu peristiwa ketika memberi makanan. Mase tu Miss Asya, Miss Ajjrina dan Miss Syuba masuk ke dalam satu simpang kecil menuju ke rumah yang terperosok dari bahu jalan. Sedang Miss Asya mahu menghampiri sebuah rumah yang dihadapannye ade sorang laki dalam lingkungan belasan tahun itu, tiba2 dua ekor anjing keluar menuju ke arah Miss Ajjrina dan Miss Syuba. Ape lagi, berlari mereka berdua sambil menjerit ke rumah yang sedang dituju. Hampir-hampir saja mereka mahu berlari masuk ke rumah. Terserlah di wajah mereka ketakutan dengan ujian yang ditimpa mereka. Mujur adek tadi menghalang anjing tu dari terus mengejar mereka. Anjing itu pown berlalu pergi, cehh, anjing nie, buat2 tak bersalah pulak. Pergi lah minta maaf ker. =_=''

Sepasang suami isteri membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan rumah yang mahu kami beri makanan.
Mak cik: Neng, jangan lari neng. Kalau enggak lari, enggak dikejar.
Kami sekadara senyum2 malu. Rasenye yang paling malu tu Miss Ajjrina dan Miss Syuba lah. Kesian diorang. Tetibe teringat time kecik2 dulu. Waktu tu baru darjah 6, duduk kat Johor Bahru time tu. Kalau kat sane, lagi bnyak anjing, besar2 pulak tu. Dah lah time tu Miss Asya nie kecik macam adek Asmira. Tapi Miss Asya tahu, kalau tak lari, anjing takkan kejar kite. Jadi rilek jer Miss Asya jalan depan anjing, nak pegi kedai ker, pegi sekolah ker. Sampailah satu hari, Miss Asya tengah berjalan pulang ke rumah, time tu baru balek dari rumah kawan. Sedang berjalan, Miss Asya pandang belakang, ade seekor anjing sedang mengejar motor ke arah Miss Asya. Miss Asy buatlah derk. Motor melepasi Miss Asya, sekali anjing tu tukar target pulak. Terus kejar Miss Asya yang tak bersalah nie. Ape lagi, pecut 100m ler Miss Asya. Hampir2 jer digigit, naseb baek ade sebuah kereta menghon dan memblok jalan anjing, terus anjing tu berpatah-balik.

Aper tengok2? Nak kene kejar ker?


Miss Asya separuh mengah, bersyukur sebentar. Terselamat dari gigitan anjing. Fuhh, naseb bek kereta nie ade. Jiran-jiran perumahan yang sedang duduk rehat di beranda rumah, tergelak-gelak melihat keadaan Miss Asya. Chet, bukannyer nak tolong orang. Pergi gelakkan orang pulak tu. Sempat lagi menyumpah dalam hati. Sejak dari tu, Miss Asya agak trauma dengan anjing. Tiap kali nampak anjing dari jauh, cepat2 Miss Asya cari batu untuk dibaling. Rase macam keselamatan Miss Asya tak terjamin. Gerun memikirkan kejadian dikejar anjing tu. Walaupown rumah Miss Asya di Tanjung Malim, Perak, tapi Miss Asya tetap berjage-jage. Tak mahu mengulangi peristiwa tragis itu.

Rasenye, mungkin ade adek2 disana yang mempunyai pengalaman dikejar anjing. Gerun giler,kan?

p/s: Belilah kurma banyak, bile nak pergi bazar tu, kalo nampak mak cik @ pak cik yang dok mintak sedekah tu, bagilah kurma. Sekurang-kurangnye mereka boleh berbuka puasa dengan kurma yang kite bagi. Diorang dapat sunah Rasulullah, kita insyaAllah, dapat pahala. Sikit tapi istiqamah, itu yang Allah suke.

No comments:

Post a Comment