| Kitakan kawan.. |
Baiklah, sekarang ni mood Miss Asya sekarang tak berapa baek.
Miss Asya bergaduh dengan housemate semalam.
Kalau Miss Asya fikirkan balik, bende tu kechik jer tapi entah kenapa Miss Asya agak terasa dengan sikap housemate Miss Asya. TAT merintih dalam hati.
Nak tau ape sebab Miss Asya gaduh dengan housemate??
Ceritanye bermule.....(ade lagu intro hepy)
Miss Asya baru balek taraweh dari surau yang dekat dengan rumah Miss Asya. Fuhh, solat 23 rakaat, peluh besar di dahi, non-stop tapi xper lah, Pak Imam bace laju, takder lah terasa sangat. Bukak jer pintu rumah, letak selipar di atas rak, terlihat kelibat housemate.
"Hang sembahyang kat maner tadi?",housemate tanye.
"Sembahyang kat suraulah,"jawab Miss Asya selambe.
Adelah sembang sikit2 pastu, takkan nak gitau kot detail2 die. Tetibe Miss Asya teringat pasal tadarus untuk batch kami. Miss Asya dengan housemate kene habiskan juzu' amma.
"______jom tadarus! Udah2lah berfacebook tu." kate Miss Asya, dah siap ambek Al-Quran dari bilik sebelah ke bilik housemate, bace kat bilik housemate lah.
"Tapikan, tadarus tu bukan sorang2 ker?"
"Eh, boleh jer kalau berkumpulan."
"Aku taknak bacelah, takut kalau aku bace salah pulak."
Err, tersentak sekejap. "Tulah sebabnya kene bace lebih dari sorang, boleh betulkan mane yang salah."
Dan sebenaqnye banyak lagi dialog2 yang takder lah ade sesi2 tengking-menengking. Cuma di akhir perbualan, Miss Asya agak kecewa dengan sikap housemate yang tak percaya bahawa kalau aorang tu tak boleh baca dengan sempurna pown takpe dan berkumpulan itu lebih baek dari sorang2. Miss Asya bukannye ape, Miss Asya pown bukannya sempurna sangat bacaan. Miss Asya rasa, bile housemate kate orang yang xbetul bacaan die tak boleh tadarus, rase macam housemate Miss Asya buat ALLAH tu tak adil. Sedangkan Al-Quran itu diturunkann untuk semua manusia, tak kiralah pandai bace ker tak, sedangkan Rasulullah sendiri Ummi (tak tahu membaca) tapi tu bukanlah alasan untuk tak tadarus. Mungkin housemate Miss Asya tak bermaksud begitu, tapi tahukah kadang2 kata-kata kite boleh jer menjurus kepada perkara yang tak elok walaupun tak berniat sebegitu.
Miss Asya keluar dari bilik housemate, terus keluar dari rumah dan pergi ke rumah member Miss Asya yang tak jauh dari rumah. Miss Asya sangatlah sedih dan marah. Tak tahu nak gambar bagaimana. Syukurlah ade ibu usrah, terus luahkan kekecewaan pada ibu usrah tu.
Miss Asya minta pada ibu usrah terangkan pada housemate dan ubah persepsi housemate Miss Asya.
Memandangkan ibu usrah Miss Asya ade tadarus jugak tapi part laen, jadi Miss Asya pown ikutlah sekali tadarus tu. Redah sikit kekecewaan Miss Asya, kami bukan sekadar tadarus, malah saling membetulkan bacaan, sharing2 ayat yang dibace. Balek, Miss Asya terus ke bilik housemate, nak mintak maaf, tapi housemate Miss Asya suruh Miss Asya keluar, katenye takder mood. Miss Asya sekali lagi tersentak. Tapi kali ni lebih mendalam dari sebelumnya.
Pagi ni Miss Asya tak dengar langsung jam loceng, tapi kali ni dibangunkan oleh housemate dalam pukul 3.30am (jam Bandung).
Miss Asya terkejut sebentar, kemudian terus bersiap-siap untuk makan sahur. Tapi lagi sekali tersentak bile housemate Miss Asya kate tak payah masak sahur untuk die dan suruh Miss Asya tinggalkan pinggan yang kotor depan bilik die. Memandangkan rumah kami sekadar bilik dan ruang kecil untuk masak2 (takde dapur dalam erti kate sebenar) jadi bilik air housemate Miss Asya dijadikan tempat basuh2 pingga mangkuk. Okey, kali ie Miss Asya betul2 terasa. Hati Miss Asya betul2 terluka.
Semasa makan sahur, housemate Miss Asya datang minta maaf tapi Miss Asya tak nampak keikhlasan dari hati die. Mungkin mata kini meng'judge' gune mata emosi kot. Jadi semua nampak macam tak kena.
Ya ALLAH Yang Maha Pengampun, ampunkanlah dosa-dosaku, masa laluku, kini dan yang akan datang, sama ada yang disengajakan atau yang tak disengajakan. Ya ALLAH, jernihkanlah kekeruhan perhubungan kami. Rungkaikan ketidak sefahaman kami, lapangkan dada kami dalam menerima perbezaan antara kami dan kemaafan.
Ehem, nampaknya Miss Asya perlu memperbaiki kekurangan Miss Asya nie. Manusia banyak kelemahan tapi tak bermakna kelemahan itu kita biar begitu tanpa melakukan apa-apa pown. Sekurang-kurangnye, kite perlu berusaha memperbaiki atau menutupi kelemahan kite. ^_^senyum lebar.
p/s: sambil menaip sambil mendengar lagu raye (amboi Miss Asya, baru puase ke4 dah bukak lagu raye?)
No comments:
Post a Comment