Ada olang di sana??
Ishh Miss Asya nie, dah nak masuk Ramadhan, cube mulekan dengan
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam wat pembaca semua terutama adek Asmira dan adek Izzah..
Rasenye tuk kali ni Miss Asya nak citer perjalanan dari UNPAD (Unversitas Padjadjaran) ke Garut. Jauhnye umpama dari Perak ke Port Dickson, tapi memandangkan jalan di sini xseperti di Malaysia (komposisi tanah pamah banyak, jadi road pon straight jer, ade kona (dibace corner) pon sikit2 jer) , Indonesia yang banyak gunung-ganang, maka jalannya melalui lereng2 bukit yang selekoh die serupe macam nak ke Genting Highland cume lagi adventure dan curam. Ehem, arakian begitu, Miss Asya sikit pon tak mabuk darat (uiihhh, hidung dah kembang-kempis, habes habuk2 disedut).
Herm, mungkin disebabkan Miss Asya di'ralek'kan dengan pemandangan yang superb canthek dan tenang, bese ler, dah name pon gunung kan. Hati tenteram melihat alam kerana alam itu sering bertasbih pada Yang Esa...T-T insaf sebentar dengan diri ini yang sering khilaf.
Istighfar sebentar........
Okey!! jom sambung balek. Miss Asya naek minibus yang dipenuhi manusia berlatar blakang pendidikan yang berbeza, dari 1st year medik student (Malaysia dan Indonesia), kebidanan (yang memang kompem org I'sia) dan residen (pown begitu). Kembali merenung luar tingkap bas. Perjalanan masih jauh, lame lagi nak sampai, katenye 6 jam. Peluh besar di dahi. Tahu perjalanan membaham masa yang lame, ade yang sudah tidur awal2. Bagi Miss Asya, opportunity (dibace peluang) ini digunakan utk membaca novel yang baru dibeli. Sebenarnya, karya2 disini, masih banyak yang memberi pengajaran kalo nak dibandingkan novel2 M'sia yg tak habes2 dengan versi cinta 3 segi, cinta bertepuk sebelah tangan, semuanya tema cinta manusia. Buku yang ada di tangan Miss Asya, 5 MENARA.
Buku 5 Menara inilah menyebabkan hati Miss Asya menyerap satu ayat yang satu ketika dahulu dipandang remeh. MAN JADDA WAJADA. Siapa yang berusaha, dialah yang berjaya. Dan antara quote yang menyentuh hati, jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun.Sungguh Tuhan Maha Mendengar. Mungkin kata2 ini kena pada diri yang semangat makin luntur, mengejar impian yang sukar digapai. Berapa kali menangis di titi jalan, berapa kali hampir tersungkur di negeri orang. (Ehh, Miss Asya, awat jiwang semacam jer?).
Ehem, nanti adek Asmira dan adek Izzah carilah buku nie. Kot2 ade kat jual kat sana. Buku nie sangat2 lah bagus dan diadaptasi dari kisah penulis sendiri. Saat berada di sini, baru tahu bahawa ramai pemuda2 Indonesia yang telah menempa nama mereka di peringkat dunia. Bila berada satu universiti dengan mereka, tahulah bahawa mereka ini sangat berdisiplin dalam berilmu. Tak macam di M'sia, majoriti adalah orang yang 'relax'2 dan bile nak dekat exam baru nak bukak buku. Di sini, setiap petang, anak2 mahasiswa dan mahasiswi berkumpul di kawasan teduh di dalan universitas, berhalaqah (study group ler). Saat melewati kelompok ini, terasa diri begitu kerdil. Sekecil semut tapi semalas panda.
![]() |
| Comeynye Miss Asya!! |
Minibus ini berhenti beberapa kali, waktu tengah hari, Miss Asya bersama teman turun untuk makan ditemani hembusan angin gunung dan deburan sungai yang mengalir di lereng bukit. Cehh...bunyi macam romantik jer, padahal makan maggi jer..
(Tambah koleksi muke troll).
Sambung perjalanan sehingga kami disambut pemandangan laut yang setahun lamanya kami tak jumpa (kami tu merujuk pada student Msia). Melihat sahaja dah membuat penghuni bas mengukir senyuman. Betapa sayangnya ALLAH pada kita. Menjadikan laut, pohon2, gunung-ganang, langit ditaburi bintang, awan memutih sehingga apabila kita melihatnya turut terhibur akan keindahan lukisan Tuhan.
"Hoyeehh!! Nak sampai dah",kata Miss Asya dalam hati yang sudah rasa kebas2 dibontot.
Minibus menyelusuri jalan berbukit curam, melalui jambatan yang mengalir dibawahnya air sungai, dikepit sawah2 padi, namun Miss Asya rase sawah tu xmenjadi sebab tanah die kering. Tetibe terasa betapa sedihnya sang petani melihat tanaman yang ditanam dan dijaga selama beberapa bulan tak membuahkan hasil.
"Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal beum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan diguncang (dengan berbagai ujian) sehingga rasul dan orang2 beriman bersamanya berkata, "bilakah datang pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
surah al-baqarah:214
Mengalir air mata sebentar. Kadang2 orang selalu fikir berzikir tu adalah bila mengucapkan takbir, bila menyebut subhanallah, alhamdulillah dan sebagainya. Tapi kita lupa bahwa maksud zikir sebenarnya adalah mengingati Allah, tengok sawah pon boleh ingat Allah. ^_^ senyum lebar...
Sampai di sana, Miss Asya kembali membetulkan niat, biar buat kerana ALLAH. Tetibe teringat ikhlas. Errrr, itu antri yang laen yerk. Nak citer karang panjang berjela pulak antri nie.
Baiklah, for next antri, Miss Asya citer ape jer die wat kat sana. Entah2 menyibuk jer..
p/s: sejak akhir2 nie, troll nie dah macam mimpi ngeri Miss Asya...TAT

No comments:
Post a Comment