Monday, 21 May 2012

HEMBUSAN DARI KOTA BANDUNG

Assalamu'alaikum sahabat,
dah lama tidakku kirim kabar buatmu,
bagaimana dikau di sana,
masih seperti dahulu,
atau sudah melangkah ke arah yg lebih baik dari dahulu,
atau makin menjauh dari sirna iman yg teguh?

Sahabat,
kadang2 aku keliru,
keliru dengan diriku,
kadang2 aku menangis,
kerana aku tertewas dgn diriku sendiri,
berikan aku kekuatan darimu,
agar aku dapat gagah melangkah,
menuju cinta hakiki.

Sahabat,
kadang2 aku takut,
semakin lama makin menghampiri,
tak tahu hendakku luahkan pada siapa,
kerana aku tahu tiada siapa yg lebih mengerti diriku,
seperti dirimu.

Sahabat,
aku sangat2 merinduimu,
setiap kali aku menyatakan kerinduanku,
pasti mataku bergenang dengan kolam air mata,
adakah kau masih lagi mengingatiku,
atau sudah melupakanku?

Sahabat,
seandainya kita berjumpa lagi,
pasti aku berlari mendapatkanmu,
memegang tanganmu dengan erat,
tak mahu rasanya melepaskan dirimu lagi,
tak mahu rasanya berjauhan denganmu.

Sahabat,
seandainya telah kau baca luahanku,
sudi kiranya kau balas puisi hatiku,
kerana ia pasti membantuku mengharungi kehidupanku,
memberi kekuatan padaku...

3 comments:

  1. sahabat,
    teguhlah.

    ingatkah kau dulu,
    akan kisah-kisah aku?
    aku yang tak mengenal kita,
    yang menolak Dia,
    yang tak kenal dirinya.

    lalu Dia mengikat hati-hati kita.

    aku belajar dari kalian,
    belajar mencari diri.

    kalau kekuatan yang kau cari,
    maka sujudlah,
    dan kan ku kirimkan doa,
    untukmu yang sedang gelisah.

    dari dulu kita tahu jalan ini tidak akan pernah mudah kan?
    keliru memang akan datang bertalu,
    tapi itu yang mengajarmu memburu,
    memburu diri,
    mengincar pasti,
    mencapai Ilahi

    ReplyDelete
  2. asmira,
    terima kasih atas nasihatmu,
    tahukah engkau,
    apabila aku membacanya,
    air mata kerinduan bergenangan,
    sungguh,
    aku merinduimu!!!

    akanku ingat pesananmu,
    terima kasih asmira...

    ReplyDelete
  3. aku juga rindu. percayalah, tiada batas jarak antara ukhwah. walau kita bukan yg sentiasa bersama, tp itu bukan ukuran keutuhan ukhwah. ukhwah itu, kita membina hubungan sesama kita kerana Allah. ini ukhwah kita yg insyallah terjaga.

    ReplyDelete