Monday, 21 May 2012

HEMBUSAN DARI KOTA BANDUNG

Assalamu'alaikum sahabat,
dah lama tidakku kirim kabar buatmu,
bagaimana dikau di sana,
masih seperti dahulu,
atau sudah melangkah ke arah yg lebih baik dari dahulu,
atau makin menjauh dari sirna iman yg teguh?

Sahabat,
kadang2 aku keliru,
keliru dengan diriku,
kadang2 aku menangis,
kerana aku tertewas dgn diriku sendiri,
berikan aku kekuatan darimu,
agar aku dapat gagah melangkah,
menuju cinta hakiki.

Sahabat,
kadang2 aku takut,
semakin lama makin menghampiri,
tak tahu hendakku luahkan pada siapa,
kerana aku tahu tiada siapa yg lebih mengerti diriku,
seperti dirimu.

Sahabat,
aku sangat2 merinduimu,
setiap kali aku menyatakan kerinduanku,
pasti mataku bergenang dengan kolam air mata,
adakah kau masih lagi mengingatiku,
atau sudah melupakanku?

Sahabat,
seandainya kita berjumpa lagi,
pasti aku berlari mendapatkanmu,
memegang tanganmu dengan erat,
tak mahu rasanya melepaskan dirimu lagi,
tak mahu rasanya berjauhan denganmu.

Sahabat,
seandainya telah kau baca luahanku,
sudi kiranya kau balas puisi hatiku,
kerana ia pasti membantuku mengharungi kehidupanku,
memberi kekuatan padaku...

Monday, 5 March 2012

AKHOWATKU SUPER SAIYA???

PERJALANAN KE JAKARTA

Assalamu'alaikum sahabat!!!
Di pagi yg hening ini, saya t'ingin nak wat new post memandangkan saya baru balik dari satu program yang memang hoseem lar.

AKHOWAT GAME....

Ape ada pada akhowat game?
Best sangat ker?
Entah2 biase-biase jer...

Err, bagi saya, siapa dalam kelompok akhowat ini, tiade istilah biasa digunakan sebab kami mengejar cita-cita luar biasa jadi segala gerak, perilaku dan program yang dianjurkan perlulah seiring dengan cita-cita ini. Secara tuntasnya, akhowat game adalah salah satu program yang luar biasa.

Rasanya, nak cerita pengalaman perjalanan ke akhowat game dan ketika di sana. Mak usrah kata, kadang2 tarbiyyah tu bukan ketika di program tapi ketika perjalanan yang panjang.

Hari keberangkatan saya pada hari sabtu, walaupun ketika itu ada lagi satu program yang best di UNPAD, ustaz hasrizal ngan isteri dia datang ke sini kot!! Pagi hingga petang program bersama Dr Muna dan malam itu bersama Ustaz Hasrizal. Walaupun hati ketika itu rasa berat nak meninggalkan program itu, yer lar, ada 2 program yang best dan waktu itu rasa berbelah bahagi sehingga rasa nak membelah badan kepada 2 , sebelah ada kat UNPAD lagi sebelah pergi akhowat game. Tak ape lah, tak ade rezeki kot.

Dari UNPAD Jatinangor, saya berangkat bersama dua akak, Kak Athina (mak usrah) dengan Kak Fatin (ex-mak usrah). Dengan menaiki bas dambri, perjalanan ke Bandung mengambil masa lebih kurang sejam. Tarbiyyah boleh dikutip dari mana sahaja. Dalam bas pon boleh!!

Satu kebiasaan di Indonesia, street singer adalah salah satu sumber pendapatan mereka di sini yang terdiri daripada anak2 muda. Ketika di atas bas, seorang pemuda menyanyikan beberapa buah lagu sambil memetik gitar mengiringi alunan merdu. Saya merasa kagum dengan mereka, bukannya saya mengagungkan muzik yang dimain tetapi bagaimana mereka mampu menyanyi di hadapan orang2 yang tak dikenali dan meminta wang upah dari yang ikhlas memberi. Bukannya setiap kali dia mendapat reward. Kadang2 dia berlalu kosong.

Sekurang-kurangnya pekerjaan yang mereka lakukan adalah halal. Kak Fatin pernah berkata "Kadang2 tu, makcik yang kerja cabut rumpu tu lagi ikhlas melakukan kerjanya dari kita yang berhempas-pulas dengan buku2 tebal. "
Bila saya mendengar kata2 itu, saya terdiam dan mengangguk setuju.

Bila dah sampai di stesen bas De'u, kami bergegas dapatkan teksi. Kelewatan!! Dah lewat 5 minit dari masa yang sepatutnya untuk menaiki shuttle ke Jakarta. Iye!!! Akhowat game kami di Jakarta!! Jarak perjalanan lebih kurang 3 jam. Kami terlepas menaiki shuttle pada jam 3.30 petang. Nak tak nak terpaksa tunggu lagi satu shuttle yang bergerak pukul 4.30.
Dalam setiap yang berlaku, mesti ada hikmah disebaliknya. Segala yang berlaku di dunia telah ditetapkan oleh ALLAH dan perkara itu bukannya sia2. Pasti ada pengajaran.
Mungkin kami terlepas shuttle tu sebab ALLAH nak kami sembahyang asar dengan sempurna, bukannya dalam keadaan kelam-kabut.

Perjalanan ke Jakarta, melalui kawasan berbukit, suasana indah dan damai melihat sekeliling. Padi seluas mata memandang, kehijauan. Langit dan bumi seolah-olah bercantum di hujung titik persilangan. Rumah2 bertaburan di bumi, ada di kawasan rata, ada di atas bukit. Melihat alam saya berasa sangat seronok, alam seolah-olah sedang berbicara dengan saya. Sedangkan gambar yang kaku itu says 1000 words, inikan pula alam yan bergerak seiring dengan kehidupan di atas bumi ini. Tafsir dalam tafsir, kerana itu saya sangat suka kalau ada daurah lagi2 kalau keluar dari daerah Jatinangor, dapatlah saya memerhati kehidupan.

will continue, insyaALLAH.

Wednesday, 29 February 2012

I NEED TIME, BUT DO I HAVE TIME?

Assalamua'alaikum....

knok,knok!!!
"ade org ker x?" smbil kesengihan berbau kerang busuk.

Hmm, dalam hidup ini, kita pasti akan merasakan satu zaman, @ satu saat di mana kita nak sangat berubah. Mungkin kini saya sedang berhadapan dalam situasi tesebut. Tapi bak kate orang, we need time to change. 

Baru2 nie pergi tanam pokok kat puncak gunung. Tengah2 makan tu tetiba kabus datang  dan menyelubungi puncak selama beberapa minit. Err,gambar xde kene mengena dgn cerite di bawah...

Mule2 saye pon berfikiran sedemikian tapi adakah saya punya masa untuk berubah? Bila dah ade kat 'oversea' nie baru paham kenape steng2 orang berubah ke arah kebaikan walaupun dia smbung belajar dekat negara EROPAH. The reason is simple, we see what the other can't see. Bila kite berada kat negara sendiri, kita seperti berada dalam satu zon, 'zon selesa'. Bila dah berada di luar zon tu, baru kita mula @ lebih tepat lagi lebih memerhati dunia sebenarnya. What really happen around us that we don't really aware about it before. Apa yang paling saya perasan, bila dah berada di luar kepompong, saya seolah-olah lebih eager mencari kebenaran, seperti saya sedang berada dalam kegelapan, nak cari jalan keluar tak jumpa2. Teraba-raba sehingga saya terselingkuh dalam kegelapan itu. Saat itulah 'mereka' memberi lampu suluh untuk saya mula melihat sekeliling saya. 

Saya pasti, ramai yang di luar sana pernah @ sedang berada dalam situasi seperti itu. Pada saat itu, kita merencana perubahan tapi dalam masa yang sama kita terfikir, adakah aku punya masa untuk berubah?

Izzah, Asmira,
I need your support!! Tetiba teringat time kat PALAM, betapa kome telah banyak membantu saya dalam perubahan hidup. Wahhhh~~~ Can u lend me ur hand??

Sambil melihat ke luar tingkap, kegelapan malam dan angin ke'fresh'an angin membuatkan saya nak melayari mimpi indah..

Selamat malam!!

Friday, 20 January 2012

hallop...

assalamualaikum,,
hi guys,,sorry for the extreme delayed.
just nak bgtau aku dah HABIS final isnin lepas (16 januari 2011)..sekarang tengah cuti kat rumah hoho...

BTW aku dengar cerita ada orang tu tak nak balik malaysia ek sampai 3 tahun...
asmira,untungla orang tu kan3..haha (asya jangan sentap ye)..haha

hari tu aku terserempak dengan Puan Fazlina and die pun surprise asya ambil medic sebab die kata kau memang sangat aim untuk sains aktuari dulu haha..pape pun die kirim salam dekat semua..

untuk pengetahuan korang,, aku TAKDE anything menarik pun nak cerita..
I'm just a plain boring girl hahaha...tata...c ya,wassalam

Saturday, 5 November 2011

boxes


being normal is not the guarantee of a perfect lives.
being different is a confirmation one's is special.


to me, 
the abnormality is the first step in changing the world.
but to the world,
difference, perspectives, abnormality is a crime, unaccepted, embarrassment and etc.

history told us so.
only when the difference brings greatness it considered as something,
or else, just a trash.






*lives with perspectives or you'll only gain the equality. 
and the equality never build the sense of improvement.

Friday, 4 November 2011

EXAM FEVER!!!!

Salam kerinduan dan salam perantauan.....hehehehe..

korang pe cer??? sehat x?? slalu2 ler update blog tau..
aku skang nie mnghadapi 1 ujian tpi student kat sini blajar cam nak face final exam jer..warghh!!!
aku plak tensen bile nengok deme camtu..
korang dah ujian ke lom??
kat sini sistem ujian die x mcm asasi dulu..
senin ujian bio MCQ(multiple choice question)..bunyi cam snang kn?? memandangkn dak twinning masuk lewat dri dak private aku tnye ler kat deme cmner ujian tu...
jawpannye: korg bace lar btul2..solan dier,perghhh~
slase aku ade socca...socca nie cam presentation..kene present case psl patient punye pnyakit...o_o
lagi 3 subjek pade hari yg brikut nyer...
yg pling best skali kitorg siap ade exam computer lab...time lab class lecter bknnye ngajar kitorg tpi die bgi keje gune microsoft pastu antar kat deme..aku dah ler fail bab2 microsoft nie lgi2 excel..ermm,per lar agaknye nasib lab aku nnti...
tetibe t'ingat time kiter ujian dulu...hehehe<tpi aku xde lar se-stress cam skang>
doa kn aku dpt resul yg cemerlang!!!