Thursday, 19 July 2012

DARI RANCABUAYA KE RANCABADAK 4



Bismillahirrahmanirrahim...

Salam perantauan buat adek2 yang terchenta khususnya adek Asmira dan adek Izzah.
Herm, Miss Asya berharap agar adek2 dah wat preparation untuk menyambut kedatangan Ramadhan untuk kali ke 20 dalam hidup kite (yang lahir tahun 1992 lar, xtertakluk mereka yang lahir lebih awal dan lebih lewat yerk..)

"Huh, Miss Asya, adek Asmira dan adek Izzah dah xlarat nak bace antri buaya ke badak nie." dengan muke keloyaan untuk meneruskan antri yang terakhir ini. Yup, yang terakhir untuk tajuk kali ini ler..^3^

Tambah collection troll face...

Untuk antri kali ini, Miss Asya nak gitau apa yang berlaku di hari kejadian. Ehem, jujurnya itulah antara pengalaman yang paling menarik yang pernah berlaku sepanjang hidup Miss Asya.

Selepas berada selama 6jam di dalam minibus, lalu kat lereng2 bukit yang adventerus itu, naek turun gunung dan bukit2 yang curam sampai kadang2 rase kalaulah inche bas nie boleh cakap mesti die kate,"Adooiiii, pak cik dah xlarat lagi nak panjat gunung nie lagi2 bile ade Miss Asya yang berada di hujung pak cik..terasa sangat berat" sambil batuk2 yang extrem.

Saat sampai di kampung penempatan Miss Asya, kampung Purbayani, Miss Asya bersama housemate yang len berjalan lenggang menuju ke rumah tumpangan kami. Mentang2 lah rumah tumpangan Miss Asya tu dekat dengan tempat berkumpul peserta2 expedisi sebab ade jer yang peserta yang laen terpaksa naek lori (lori sampah pulak tu), ader yang naek lori tentera. Ehh, Miss Asya lupe plak nak gitau, expedisi ni disertai lebih dari 1000 org. Peluh besar di dahi.

Seminggu sebelum sampai di rumah tumpangan, ini adalah bayangan anak2 mahasiswi Malaysia:

Siswi 1: Dengar citer kiter duk kat rumah orang. Alar, xselesanya duk kat rumah orang yang berkeluarga ni.

Siswi 2: Entah2 tandas die tandas terbuka...Ahhh, xbestnyer. Macam mane nak mandi. Lagi macam mane nak buang segale ape yg patut..(muke penuh kegelian dan separuh trauma)

Siswi 3: Ehem, nampaknye kite kene bertahan untuk tidak membuang di sana..(muke hampir menangis)

Dan banyak lagi keluhan2 yang sampai di telingan Miss Asya. Ehem, Miss Asya tak ketinggalan menambah kegelisahan pada mereka.
Muke trauma membayangkan tempat penginapan kat Garut nanti.
Ketika Miss Asya sampai di depan rumah tumpangan. Sambil mate bersinar-sinar melihat rumah dan kawasan depan rumah yang dipenuhi bunga, dilapik oleh rumput2 pendek yang hijau mude. Terasa hati ini bahagia lebih2 lagi melihat rumah Ibu (panggilan buat mereka yang lebih tue, kalo kat M'sia kite panggil mak cik) dibuat dari batu beratap zink merah. Saat melangkah masuk ke rumah sambil ditangan dipenuhi dengan 8 botol air AQUA, badan Miss Asya menggalas 2 beg, satu beg sekolah satu lagi beg selempang, melihat ruang tamu yang besar dan selesa. Tu dia, siap ade TV besar. Gulp, kalah TV Miss Asya di M'sia.
Ade 3 bilik, 1 bilik Ibu dan lagi 2 bilik untuk peserta. Miss Asya dengan pantas meletakkan barang2 dalam salah satu bilik di  situ. Dah xlarat nak bawak beban kat badan nie.

Fuhh, lega. Okey, jom kite menjelajah rumah Ibu. Mari kite tengok adakah apa yang kitorang fikir sebelum ini , Auta @ Fakta.
ehem, Miss Asya tersenyum gembira...

Ehem, okey adek2 sekalian. Sebab tu kalo kite dengar satu ceriter kene pastikan kesahihannye. Jangan terus percaye bulat2. Mari kite review ayat di bawah.
               "Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah diantara kamu saling menggunjing (menuduh) sebahagian yang lain. Apakah diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang."
Surah Al-Hujurat:12


Istighfar sebentar. Miss Asya teringat kata salah sorang ibu usrah, Kak Fiqah. Selagi Kak fiqah tak berdepan dengan perkara yang mereka perkatakan, contohnye, medik tu susah lar, rumah tu kotor lar, tak ade bilik air lar, selagi tu Kak Fiqah tak percaya. Wahh, betullah kate Kak Fiqah tu. Bahkan Sang Kekasih pon dah bagitau siap2, Wahai Miss Asya, jauhilah banyak dari prasangka. Tersenyum, mengambil iktibar dari kekhilafan sendiri.

Memandangkan tugas bermula pada esok hari, malam tu Miss Asya bersembang dengan penghuni rumah dan Ibu. Ehem, kadang-kadang xfaham gak ape yang mereka cakap. Miss Asya sekadar angguk2 jer lar, takkan nak wat muke blurr. Time mereka gelak, Miss Asya hanya mampu untuk bersenyum disebabkan keterbatasan grammar Indonesia.



Sabtu, 4am, Miss Asya buka mata dengan malas. Uittt, awalnye Miss Asya bangun? Ehem, adek2, Miss Asya memakai jam tangan Bandung, sejam awal dari M'sia. Bagi Miss Asya, pukul 4am kat sini bersamaan pukul 5am di sana. Jadi xde lar awal sangat pown Miss Asya bangun. Standar lar tu.
Melangkah malas ke bilik air, rupenye ade orang dah masuk. Cett, baru nak jadi Pemula. Mesti dah berbaris orang lepas die, kate Miss Asya dalam hati. Kaki melangkah menuju ke arah belakang rumah. Sebenarnye ade bilik air kat luar tapi dibuat oleh papan2, ade celahan wat mereka yang suke skodeng2 nie. Bilik air nie xmampu nak menutupi kepala sampai ke bahu. Wauu!! Terasa seksi. Di luar, masih pekat gelap ditemani mentol di belakang rumah.
'Herm, kalau nak tunggu, memang tak mandi Miss Asya. Yer lar, penghuni rumah adalah dalam 13 orang.' Gumam Miss Asya sekadar dalam hati. Mata Miss Asya tak lepas dari memandang bilik air luar. Gulp, errr, takder orang nak ngintai pagi2 nie. Rasenye selamat.
Miss Asya melangkah kaki keluar, kaki memakai selipar entah sape2 yang punyer.
Nampaknye Miss Asya dah bernekad untuk mandi di luar.

Selepas 15 minit, fuhh, lega Miss Asya walaupun separuh menggigil mandi air sejuk. Saat melangkah keluar dari bilik air, Miss Asya sempat lagi pandang di atas. Subhanallah!!! Tersenyum melihat taburan bintang menghiasi dada langit. (Adooiii, sempat lagi jiwang2 Miss Asya nie. Adek2 dah separuh risau Miss Asya mandi kat luar.) Eheh, jangan begitu risau sebab Ibu dah pasang banner (mane agaknye Ibu amek?) menutupi bahgian yang terbuka itu.


Selepas bersiap-siap, hidung Miss Asya dah terbau makanan. Fuhh, baunya enak!! Mata dah nampak nasi goreng kat dapur. Ehem, makan dulu yerk.
Wokey, Miss Asya!! Hari ini adalah hari bersejarah buatmu. Muke bersemangat, pakai kasut, minyak dah disembur, melangkah dengan gagah ke sekolah rendah, pusat kegiatan expedisi di kampung purbayani. Jam dah menunjukkan 6am, ikut jadwal kaunter perkhidmatan dibuka pukul 7am.

Aktiviti:
1. Miss Asya angkat kotak2 yang dipenuhi set bedah, ubat2, kapas dan macam alatan yang tak tau ape name die
2. memandangkan shift 1 Miss Asya di bahgian alatan, Miss Asya kene cuci set bedah yang digunakan. Basikally (dibace basically), nak cuci bagi alat nie sterile, ade 3 baldi. Baldi yang pertama adalah air suling, nak bilas2, buang kotoran2. Baldi 2 doktor letak sejenis chemical, lepas dah bilas, alat tu kene letak kat besen nie selama 5-10 min. Baldi 3 adalah alkohol untuk sterilize kan alat2 bedah. Fuhh, ingat senang ker kejer nie. Sekali pandang Miss Asya wat keje nie, adalah macam rupe Pretty Zinta. Dua kali pandang, maka luntur lah keayuan dan terserlah lah betapa mak cik cleaner nye Miss Asya ini. Uhuk2..

Bile wat kerje sebegini barulah terfikir betapa sorang doktor tu tak boleh nak berlagak pown sebab tanpa peng'cleaner' ini pasti doktor tu susah nak wat kerje. Betapa kita sebagai manusia sememangnya saling bergantungan walaupun sape kite, sebagai manusia, fitrahnye manusia tak boleh hidup kesorangan. Syukur sebab Allah menitipkan cintanya dalam manusia supaya kita saling mengasihi dan menerima makhluk2 dan hamba2NYA yang ada di muka bumi ini.

Muslim itu bersaudara.

3. Rakaman orang sunat secara live!! Bukan Miss Asya nak wat koleksi, tapi nie ade doktor suruh rakam. Uhuks, Miss Asya menerima tugasan ini dengan keberatan. Dah lah kene fokus tang tu jer. Ehem, dah separuh proses bedah dijalankan, tetibe Miss Asya rase macam nak pitam. Berapa kali sudah Miss Asya memegang kepalanya, rasenye macam nak pengsan. Akhirnya, "Dok, saye pitam2. Maaf ya,Dok." Bibir Miss Asya sudah pucat, tu lah kate kawan setugas. Terus Miss Asya duduk, biar hilang pitam. Okey, Miss Asya baru menyedari bahawa Miss Asya takut darah. Ishh, macam mane nak rawat orang nanti? Mohon adek2 boleh doakan untuk Miss Asya agar dapat atasi kelemahan ini.

4. Sebenarnye, shift 2 Miss Asya kene jadi asisten 2. Tapi Miss Asya tak berkesempatan untuk menerima tugasan tersebut. Err,agak2 nye, kalo Miss Asya jadi asisten2, tetibe pengsan time bedah tu. Mesti doktor tu kelam kabut, nak selamatkan Miss Asya ker, nak habeskan proses bedah tu. Jadi Miss Asya kekal sebagai mak cik cleaner sehingga habis aktiviti.

Semasa aktiviti dijalankan, mata Miss Asya sesekali memerhatikan keadaan sekeliling, telinga dilagukan dengan tangisan anak2.
Miss Asya lihat sendiri bagaimana sorang doktor memujuk sorang anak yang ketakutan apabila melihat rakan2 nya menangis kesakitan.
Dengan mata ini, Miss Asya melihat betapa beraninya anak kecil untuk menjalankan tugasnya sebagai sorang islam.
Dengan mata ini, Miss Asya lihat betapa sorang ibu tak sanggup melihat anaknya dalam kesakitan biarpun itu sekadar khitan, sehingga sang ibu itu mengalihkan wajahnya daripada melihat dugaan sang anak itu, mengalir air mata kasih.
Dengan mata ini, Miss Asya lihat betapa penyayangnya si ayah menenangkan anaknya yang tengah kesakitan, memeluk erat anaknya, berbicara kata2 semangat untuk anaknya.
Betapa banyaknya pengajaran yang boleh diambil hanya dari memerhati sahaja. Syukur sebab Sang Pencipta mengurniakan sepasang mata kepada setiap hambaNYA yang bertuah. Miss Asya adalah orang yang bertuah .Senyum lebar.

Aktiviti diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh pengurusan bahgian khitanan, seorang doktor pakar dalam pembedahan. Bagi Miss Asya, bukan senang untuk orang yang berkedudukan untuk berterima kasih kepada orang bawahannya dengan sebenar-benar ikhlas bukan sekadar melepaskan uhuk2 ditangga batu cave.

Fuhhh... Akhirnya selepas beberapa jam mengharungi suasana yang agak kelam disebabkan keterbatasan tempat kerja dan sebagainya, dapat jugak Miss Asya menghela nafas lega dan bareng2 (dibaca sama2) dengan teman Indonesia yang baru Miss Asya kenal pegi makan tengah hari.

Ehh, itu jer ker, Miss Asya? Yup, itu jer adek2. Sebenarnya, walaupun role Miss Asya tak sepenting asisten 2, telah Miss Asya jelaskan di atas, kerjasama dalam pasukan tu sangat penting. Dari sebesar-besar peranan sehinggalah sekecil-kecil peranan, perlulah kite jalankan dengan bersungguh-sungguh. Tak rugi pown, malah membawa keuntungan pada kite dan orang laen.

Ehem2, dah alang2 berada dekat dengan laut, kami, The Khitan Team, berjanji untuk sama-sama lepak di tepi pantai pada petang itu. Malam sebelum itu Ibu ade kate, kalau nak pegi pantai gune enjin kaki, insyaAllah, ade lar dalam 30 minit gitu. Gulp, jauhnye!! Tapi, disebabkan keinginan yang membara (yehh!!) Miss Asya dan teman2nya tetap nak pi jugak. Ketegaq betui lah anak dara nie. Ehehehe..

Petang itu:
Miss Asya dan teman2 berkumpul di hadapan sekolah rendah memandangkan kami tinggal di rumah penginapan yang berbeza. Maka, kami pon berjalan dengan gagahnye ke arah pantai, sesekali Miss Asya memandang belakang. Kenape Miss Asya wat macam tu?
wohohohoho...

Err, perlukan wajah sebegitu Miss Asya? Saje jer, nak bagi dramatis untuk adek2. Mata Miss Asya bersinar saat melihat kereta avanza menghampiri, kaching2. Dengan pantas, tangan Miss Asya diangkat dengan harapan avanza itu berhenti, semakin tersenyum lebar saat avanza benar2 berhenti di hadapan Miss Asya.
"Pak, mahu tumpang ke pantai bisa pak?"
"Ya, bisa. Tapi ruangnya sempit sedikit, enggak apa2?"
"Itu bisa di atur pak."
Hehehe, rancangan berjaya. Miss Asya memang xdegan kalo bab2 begini, mane boleh tahan jalan kaki ke sana. Penat lar. 'Amboi Miss Asya, ngade2 nyer,'kate adek2 dalam hati.
Ehem, sampai saja di tepi pantai,"Pak, hatur nuhun pak!", "Ya, nuhun"
(Wahh, pasti adek2 tercengang. Bahsa apakah?? Di bandung, bahsa aslinya dalah bahsa sunda. Alar, macam M'sia jugak. Bahse rasmi, BM, pergi negeri2 laen, ade bahse t'sendiri)

Melihat gahnya ombak menerpa pantai, membuatkan Miss Asya dan teman2 menjerit ke'happy'an (dibaca keseronokan). Berlari-lari sambil tangkap gambar same2. Rase macam tengah wat filem hindustan pulak. Tapi bagi Miss Asya, alam memberi 1001 makna pengertian dalam hidup kita, membuat kita lebih dekat dengan Kekasih, membuatkan kita berfikir.
Melihat ombak2 menerpa, mengeluarkan buih2 putih, tetiba teringat akan hadis Rasulullah SAW. Melihat akan set matahari (dibaca sunset) teringat akan Kalamullah yang sering berbicara akan makhluknya yang satu itu. Mata rancak melihat, telinga suka mendengar, otak ligan berfikir.

Itulah antara pengalaman yang dilalui sepanjang expedisi ini. Sebenarnya banyak lagi tapi tak tertulis di sini.

Pengalaman mengajar erti hidup, itu pasti. Tapi adakah kita mengambil pengajarannya? Renung-renungkan dan selamat beramal.(Baca dengan lenggok gaya prof iz, hot fm)

p/s: Ehem, baru tahu yang blog ni tak tertutup. TAT

Wednesday, 18 July 2012

DARI RANCABUAYA KE RANCABADAK PART 3

Allo2!!
Ada olang di sana??

Ishh Miss Asya nie, dah nak masuk Ramadhan, cube mulekan dengan
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam wat pembaca semua terutama adek Asmira dan adek Izzah..

Rasenye tuk kali ni Miss Asya nak citer perjalanan dari UNPAD (Unversitas Padjadjaran) ke Garut. Jauhnye umpama dari Perak ke Port Dickson, tapi memandangkan jalan di sini xseperti di Malaysia (komposisi tanah pamah banyak, jadi road pon straight jer, ade kona (dibace corner) pon sikit2 jer) , Indonesia yang banyak gunung-ganang, maka jalannya melalui lereng2 bukit yang selekoh die serupe macam nak ke Genting Highland cume lagi adventure dan curam. Ehem, arakian begitu, Miss Asya sikit pon tak mabuk darat (uiihhh, hidung dah kembang-kempis, habes habuk2 disedut).

Herm, mungkin disebabkan Miss Asya di'ralek'kan dengan pemandangan yang superb canthek dan tenang, bese ler, dah name pon gunung kan. Hati tenteram melihat alam kerana alam itu sering bertasbih pada Yang Esa...T-T insaf sebentar dengan diri ini yang sering khilaf.
Istighfar sebentar........

Okey!! jom sambung balek. Miss Asya naek minibus yang dipenuhi manusia berlatar blakang pendidikan yang berbeza, dari 1st year medik student (Malaysia dan Indonesia), kebidanan (yang memang kompem org I'sia) dan residen (pown begitu). Kembali merenung luar tingkap bas. Perjalanan masih jauh, lame lagi nak sampai, katenye 6 jam. Peluh besar di dahi. Tahu perjalanan membaham masa yang lame, ade yang sudah tidur awal2. Bagi Miss Asya, opportunity (dibace peluang) ini digunakan utk membaca novel yang baru dibeli. Sebenarnya, karya2 disini, masih banyak yang memberi pengajaran kalo nak dibandingkan novel2 M'sia yg tak habes2 dengan versi cinta 3 segi, cinta bertepuk sebelah tangan, semuanya tema cinta manusia. Buku yang ada di tangan Miss Asya, 5 MENARA.

Buku 5 Menara inilah menyebabkan hati Miss Asya menyerap satu ayat yang satu ketika dahulu dipandang remeh. MAN JADDA WAJADA. Siapa yang berusaha, dialah yang berjaya.  Dan antara quote yang menyentuh hati, jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun.Sungguh Tuhan Maha Mendengar. Mungkin kata2 ini kena pada diri yang semangat makin luntur, mengejar impian yang sukar digapai. Berapa kali menangis di titi jalan, berapa kali hampir tersungkur di negeri orang. (Ehh, Miss Asya, awat jiwang semacam jer?).

Ehem, nanti adek Asmira dan adek Izzah carilah buku nie. Kot2 ade kat jual kat sana. Buku nie sangat2 lah bagus dan diadaptasi dari kisah penulis sendiri. Saat berada di sini, baru tahu bahawa ramai pemuda2 Indonesia yang telah menempa nama mereka di peringkat dunia. Bila berada satu universiti dengan mereka, tahulah bahawa mereka  ini sangat berdisiplin dalam berilmu. Tak macam di M'sia, majoriti adalah orang yang 'relax'2 dan bile nak dekat exam baru nak bukak buku. Di sini, setiap petang, anak2 mahasiswa dan mahasiswi berkumpul di kawasan teduh di dalan universitas, berhalaqah (study group ler). Saat melewati kelompok ini, terasa diri begitu kerdil. Sekecil semut tapi semalas panda.
Comeynye Miss Asya!!
Sebenarnya, Miss Asya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berada di sini. Banyak sangat pengajaran yang dapat diambil, berada di sini menjadikan Miss Asya sorang pemerhati yang setia. Mungkin akan dikisahkan perkara2 yang menarik apabila Miss Asya melangkah kaki untuk berjalan-jalan di sekitar unversiti di antri yang laen.
Minibus ini berhenti beberapa kali, waktu tengah hari, Miss Asya bersama teman turun untuk makan ditemani hembusan angin gunung dan deburan sungai yang mengalir di lereng bukit. Cehh...bunyi macam romantik jer, padahal makan maggi jer..
(Tambah koleksi muke troll).
Sambung perjalanan sehingga kami disambut pemandangan laut yang setahun lamanya kami tak jumpa (kami tu merujuk pada student Msia). Melihat sahaja dah membuat penghuni bas mengukir senyuman. Betapa sayangnya ALLAH pada kita. Menjadikan laut, pohon2, gunung-ganang, langit ditaburi bintang, awan memutih sehingga apabila kita melihatnya turut terhibur akan keindahan lukisan Tuhan.
"Hoyeehh!! Nak sampai dah",kata Miss Asya dalam hati yang sudah rasa kebas2 dibontot.
Minibus menyelusuri jalan berbukit curam, melalui jambatan yang mengalir dibawahnya air sungai, dikepit sawah2 padi, namun Miss Asya rase sawah tu xmenjadi sebab tanah die kering. Tetibe terasa betapa sedihnya sang petani melihat tanaman yang ditanam dan dijaga selama beberapa bulan tak membuahkan hasil.

                 "Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal beum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan diguncang (dengan berbagai ujian) sehingga rasul dan orang2 beriman bersamanya berkata, "bilakah datang pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
                                                                            surah al-baqarah:214


Mengalir air mata sebentar. Kadang2 orang selalu fikir berzikir tu adalah bila mengucapkan takbir, bila menyebut subhanallah, alhamdulillah dan sebagainya. Tapi kita lupa bahwa maksud zikir sebenarnya adalah mengingati Allah, tengok sawah pon boleh ingat Allah. ^_^ senyum lebar...

Sampai di sana, Miss Asya kembali membetulkan niat, biar buat kerana ALLAH. Tetibe teringat ikhlas. Errrr, itu antri yang laen yerk. Nak citer karang panjang berjela pulak antri nie.

Baiklah, for next antri, Miss Asya citer ape jer die wat kat sana. Entah2 menyibuk jer..


p/s: sejak akhir2 nie, troll nie dah macam mimpi ngeri Miss Asya...TAT

























DARI RANCABUAYA KE RANCABADAK

Assalamu'alaikum..

(adek asmira dgn adek izzah, samblik mengeluh "penat lar nak bace, Miss Asya oii")

Ehem2, kalo penat, gi regang2kan badan pastu smbung bace..
Tapi kali ini pasti adek Asmira cuke (dibace suke) sebab kali ni nak citer pasal shopping2 kat Bandung..
Okey, baiklah adek2, Miss Asya nak citer nie. Pasar Baru tu lebih kurang rupe die macam lowyat cume kalo kat lowyat jual alat2 elektronik, kat Pasar Baru tu jual pakaian, teddy bear (sambil memeluk teddy bear yg sparuh besar Miss Asya, jangan jeles adek Asmira) , cadar2, comforter, bantal2 yg lembut2 dan gebu2 (macam Miss Asya ^_^, "uweeekkk",adek Asmira dan adek Izzah mule mengeluarkan isi hatinya), telekung dan macam2 lagi.
Kami berada disana ade lar dalam 2jam. Mane cukup!!! Memang xcukup!! Tak cukup masa (dan duit TAT).

Wokey, muke adek Izzah dah mule kebiruan. Tak sanggup mengharungi saat2 kesukaran nak bernafas. Baiklah, kite terus ke main point mengapa Miss Asya turun Bandung yang begitu cool and cold.

Nampaknya, kursus special kami memang special sebab d buat kat hospital (tapi ade dewan lecture, skali pandang ade lar ghupe kat PALAM). Dan ape yang lagi bestnyer, kursus kami dibentang oleh doktor yang owsem tapi humble. Itulah salah satu perkara yang Miss Asya pelajari di sini, makin berisi (baek dari segi ilmu maupun ongkos) makin tunduk. Time tu, ade gak residen, encem2 (dibace handsome). Fuhh, lega hati apabila mengetahui bahwa student medik 1st year xyah potong2 *tuttt*, just tolong2 bagi alat2 bedah jer. Gulp, itu bermakne tengok live jugak lar tu.

Dulu nampak abang begini. Xtau yg live camner.=_=''
Uhuk2, mule berfikir, mengalir darah transparent dari hidung. Miss Asya, tolong lar. Miss Asya dah blajar secara mendalam lagi detail setiap organ dan part2 sexual organ of the MEN (dibace lelaki).
Saye tahu itu, tapi before teori jer, xpraktik. Menggaru kepale yang bebas kelemumur.
Sebenaqnye, doktor tu tunjuk gambar2 sunat secare live tapi xleh nak post kat dlm blog sebab etika sorang doktor, xleh tunjuk gmbar patient lagi2 dlm keadaan yg sebegitu ghupe.
"Kita akan mula tugasnya pada hari sabtu. Kita akan bahagikan hari kepada 2shift. Ya, shift yang pertama dari 7am sampei 9am. Shift 2 dari 9am sampei 12tgh hari. Tapi kita akan kerja sampei habis pasiennya."
"Saya sudah bahagikan tugas kamu semua di hadapan."Kate doktor yang humble itu bersama dialek indonesia yang pekat. Agak tercengang dan perlukan masa utk analisis menjadi ayat di atas.

Mata Miss Asya sudah melilau cari namanya yang unik. Shift 1..Miss Asya..Yes!! Jaga alat bahan (dipendekkan sebagai ABAH, macam nak panggil ayah pulak). Seksion (dibace section) ini mudah aja!! Cuma perlu beresin alat2 yang perlu di'guna'in sebelum operasi bermula. Ehem, shift 2...Miss Asya..ASISTEN 2?? Ohhh~~~~
Xdapat terima kenyataan..

Ehem, Miss Asya sepatutnye gembira sbb dapat pengalaman yang menarik. Trimas adek Izzah, pernah gak terlintas sebegitu tapi hati yang lembut bak sutera ini (kelihatan muke adek2 semakin pucat, tunggu mase utk keluar dari esopagus jer) mudah terusik bila mendengar anak2 menangis. Tetibe Miss Asya wat muke ayu..*w*

Err, terase entri nie panjang pulak...
Takpe2, jangan adek Asmira dan adek Izzah nangis sebab Miss Asya xpujuk.
Japgi Miss Asya post sambungan die..

p/s: jangan ditanye kenape muke troll walaupun pada pertama kali org kuarkan muke troll nie kat fb, rase macam nak sepak laju2 (eh, macam pernah dengar ayat nie, tapi di mana ya??) muke troll nie sebab huduh giler...













Monday, 16 July 2012

DARI RANCABUAYA KE RANCABADAK 1

Salam kerinduan wat teman2 yang merindui saye yang comey ini... (Miss Asya, tolong lar jgn prasan comey, banyak lagi artis2 korea yang comey2 walaupun xdpt menandingi kecomeyan Miss Asya...) "Herm, belum ape lagi, dah terase nak cari besen,''kata Adek Asmira dan Adek Izzah dgn muke loye..

Hahh!!
Betul tak kate saye, dalam masa yang singkat saye akan meng'update' hot story saye tu..

Wokey, mari kite sambung bercerite.
Sebelum kami mengkhitan orang, kami kene pergi satu kursus special punyer yang diberi di Bandung. Oh, lupe plak nak gitau. Sebenarnye, UNPAD nie bukanlah betul2 kat tengah2 kota raye Bandung seperti UM di KL. Miss Asya ini telah dicampakkan di UNPAD dimana jarak perjalanannye ke Bandung lebih kurang sejam. Macam PALAM nak ke Shah Alam ler.. Tapi universitas saye xder lar segersang PALAM, kuar2 ade nmpak jalan raye jer. Kat sini, kuar2 jer dah berderet-deret kedai makan. Gulp, takut nak tengok alat timbang berat. Adoiii, Miss Asya nie bnyak benor pobia (dibace fobia).

Ehem2, berbalek pada kursus special tu. Jadi, saye dan beberapa sahabat yang ber'tuah' bersetuju untuk pergi ke tempat kejadian(aceehhhh, macam tempat jenayah jer bunyinyer) dengan kereta avanza. Hah!! Cool xkami. Kat sini, kereta sewa memang berlambak-lambak, dah macam bazar jer. Xyah nak lesen2. Janji ade fuluss, sume jalan. Maaf yer MARA, salah gune fulusss. Xper kan??
muke bangga dapat nek avanza, cam org kaye plak..hohohoho
Memandangkan kursus 'special' itu setat (bace start) pukul 2pm, jadi kami gerak pukul 8.30am. Err, Miss Asya, nape macam xlogik jer. Kater dari UNPAD ker Bandung sejam jer, dan kursus tu stat pukul 2pm, bukan ker spatutnye Miss Asya gerak ,kalo paling skema pon dalam pukul 12pm.
Hahh!! Dah alang2 pergi ke bandar, kite shopping2 ler dulu. Name pon Bandung nie shopping heaven sbb baju2 murah2. Baru lar berbaloi berpenat-penat ker Bandung (err, penat ker? rasenye bukannye Miss Asya yang drive pon. Masuk dalam kereta terus pejam mate=_='')

Tempat expedisi kami dekat dengan laut...fuhh, dah lame xjumpe laut
Geng khitan, HOyehhh!!
Bile dah sampai Bandung, pada penggemar shopping baju yang murah2, mestilah menjejakkan kaki anda ke Pasar Baru @ singkatan (hanya dikalangan student Malaysia) PaBa. Kalo kome kate kat pemandu pelancong nak pegi PaBa, pasti pemandu pelancong indonesia itu terpinga-pinga. Sbenaqnya, nie lah 1st time Miss Asya nie smpai ke PaBa. Uitt, dah nak dekat habis 1st year, baru 1st time datang PaBa? Konon nak kate studyHARD ar sampai xsempat nak jalan2,huh, terserlah keskemaan Mak Cik Asya (peluh kecik kat dahi). Mase pertama kali melangkah masuk ke PaBa,
muke excited tngok banyak bebenor BAJU..
sambil mate bersinar-sinar gemilang, kaching, drool from mouth (eww, Miss Asya, tolong jgn pengotor boleh x). "WAAHHHH!! Banyaknyer baju,"hanya mampu berkate-kate dlm hati. Try bermuke xberminat utk shopping2. Dalam hati duk tengah kire bajet untuk shopping japgi. Hurmm, nak beli baju raye mama, kakak ipar, ayah, abang, baju cantik untuk Miss Asya lagi.. Peluh besar di dahi.

Ehem2, banyak lagi citernye.. Will continue

RANCABUAYA KE RANCABADAK

Salam rindu buat Asmira dan Izzah.....

Macam mane kome kat Malaysia?? Sehat tak?? l_l

Sebenaqnye, dah lame nak mengupdate blog nie..
Mcm dah gersang..(kreek kreek)

Memandangkan saye baru balik dari sebuah expedisi (err, betul ker istilah itu)
saye nak criter pengalaman yg pastinya diantara pengalaman indah yg dilakar diatas kanvas hidup sepanjang di INDONESIA ini..

Expedisi kali ini adalah wajib wat kami iaitu 1st year medikal student, kebidanan dan residen. Ehem, untuk pengetahuan adek2, residen tu lebih kurang cam specialist ler.
Mesti pelikkan, nape lar name expedisi ni ade name 'buaya' dan 'badak'. Time 1st time dengar tu tetibe terbayangkan...

sang pengganas berubah menjadi sang penyondol..
Apakah misterius di sebalik name Rancabuaya dan Rancabadak  itu?? Saye, detektif Asyariah, akan membongkarkan misteri ini dalam kiraan 3

3...

2...

1...

Tada!!!
Ranca= kawasan, Buaya= crocodile ---> Kawasan yg pernah dihuni buaya suatu ketika dahulu iaitu di hospital Bandung

Ranca= kawasan, Badak= hipopotamus ----> Kawasan yg pernah dihuni badak iaitu di Garut

Jadi, maksud tersirat expedisi nie adalah Dari Rancabuaya(BANDUNG) ke Rancabadak(Garut).... Misteri terbongkar, wahahaha (=_=) aduii, tolong lar Asyariah, xde lar misteri sangat pon..

Sebenarnye, expedisi ni menggantikan rncangan SUPERCAMP yg telah dibatalkan oleh pihak universiti dan menggantikannya dgn satu program yg lebih berfaedah daripada duduk kat dalam hutan selama 3hari 2malam, tinggal kat dalam khemah dan aktiviti yg superCOOL di tempat yg COLD. Almaklum lah, name pon duk kat dlm hutan. Itulah kate2 senior2 dahulu dg muke girang.

OK, saye memang jeles dgn mereka. Tapi saye rase bile deme dengar program kami yg lagi superGEMPAK, pasti kini mereka sedang mengenang naseb mereka yg lahir setahun lagi awal dari saye yg AWET MUDE.. (errr, org disana, sediakan besen sbb saye pasti pasni ade lagi ayat2 yg memualkan dari tadi)

Aper yg superGEMPAK sangat tu Miss Asya?
Kalo nak tahu, kene lar stay tune~~

Expedisi ini membaham masa 3hari 2malam. Secara sahsiahnye, ape yg kami kene wat kat sane adalah berkhidmat utk masyarakat yg terdiri 6 buah kampung. Dan sebelum berangkat ke Garut, kami telah pon di'divide'kan (bace dibahgikan) tugas2 iaitu:
-Balai perubatan (disingkatkan kepada BP)
-Khitanan (antara mimpi ngeri dikalangan ADAM...)
-Survey
-Antenatal care
-penyuluhan
-operasi katarak dan sumbing

Onesly (Honestly), saye sudah pon bermimpi indah yang saye ditempatkan di dalam BP. Dalam mimpi yg indah itu, saye menjadi seorang pembantu doktor yg berwibawa. Sambil memakai kot putih dan stetoskop melingkari leher, dengan penuh kesabaran mengambil data2 dan maklumat dari pasien, mengambil tekanan darah, kecepatan nadi (dibaca pulse rate), kecepatan bernafas (dibaca respiratory rate) dan suhu (temperature). Mimpi itu xhilang walaupun sudah bngun dari tidur. Saat berjalan ke arah board dimana ditempelkan kertas pembahgian tugas, masih mampu tersnyum.
Mata menyoroti list2 name..
"Haaa!!! Jumpe pon. Nurul Atikah Asyariah bt Aminan (yer saye!!), ditempatkan di kampung Purbayani (baiklah...) dan kerja yg perlu saye lakukan adalah, Khitanan!(hurmm, mungkin silap tngok, mate diblink2 beberape kali, tapi....)
OMG!!! Saye dlm KHITAN?!!!
Mimpi bagaikan retak seribu, menanti masa utk CRASHH...TAT

Kenapa Miss Asya xnak bertugas di Khitanan?? Sbenarnye, Khitan tu per?? Adakah sejenis kala jengking sehingga Miss Asya rasa fobia menerima kenyataan??
Adoiii, cek adek2, Khitan tu Sunat lar.. S-U-N-A-T=SUNAT
Macam mane Miss Asya xfobia kalo keje tu kene tngok org potong *tutttttt* (yg bermaksud penis dlm istilah sains modern) secara LIVE.
Walaupun ramai lagi teman2 seangkatan dpt merasakan new adventure, tapi, ngahhhhhh!!! Arggh, dah terbayangkan doktor memegang pisau yg tajam dengan mata bersinar ching2, memandang anak2 yg ketakutan...
bayangan ngeri dikepale...=_=''

Ehem2.. rasenye entri pon dah terlalu panjang. Maka dengan humblenyer, saye undurkan diri dulu. Jangan risau, akan diupdate dgn singkat sebab rabu nie last paper...Hoyyehhh!!
Doakan sahabatmu yang sengal2 disini agar sentiasa dibawah rahmatNYA. Last but not least(acehh, mcm wat karangan BI plak), i reeaalllllyyyyy miss u, my GURLSS..

p/s= fuhhh, akhirnye bisa jugak gue gune photoshop.. Lihatlah dunia, hasil karyaku seperti hampagas...okeyy, chawww!!


Monday, 21 May 2012

HEMBUSAN DARI KOTA BANDUNG

Assalamu'alaikum sahabat,
dah lama tidakku kirim kabar buatmu,
bagaimana dikau di sana,
masih seperti dahulu,
atau sudah melangkah ke arah yg lebih baik dari dahulu,
atau makin menjauh dari sirna iman yg teguh?

Sahabat,
kadang2 aku keliru,
keliru dengan diriku,
kadang2 aku menangis,
kerana aku tertewas dgn diriku sendiri,
berikan aku kekuatan darimu,
agar aku dapat gagah melangkah,
menuju cinta hakiki.

Sahabat,
kadang2 aku takut,
semakin lama makin menghampiri,
tak tahu hendakku luahkan pada siapa,
kerana aku tahu tiada siapa yg lebih mengerti diriku,
seperti dirimu.

Sahabat,
aku sangat2 merinduimu,
setiap kali aku menyatakan kerinduanku,
pasti mataku bergenang dengan kolam air mata,
adakah kau masih lagi mengingatiku,
atau sudah melupakanku?

Sahabat,
seandainya kita berjumpa lagi,
pasti aku berlari mendapatkanmu,
memegang tanganmu dengan erat,
tak mahu rasanya melepaskan dirimu lagi,
tak mahu rasanya berjauhan denganmu.

Sahabat,
seandainya telah kau baca luahanku,
sudi kiranya kau balas puisi hatiku,
kerana ia pasti membantuku mengharungi kehidupanku,
memberi kekuatan padaku...

Monday, 5 March 2012

AKHOWATKU SUPER SAIYA???

PERJALANAN KE JAKARTA

Assalamu'alaikum sahabat!!!
Di pagi yg hening ini, saya t'ingin nak wat new post memandangkan saya baru balik dari satu program yang memang hoseem lar.

AKHOWAT GAME....

Ape ada pada akhowat game?
Best sangat ker?
Entah2 biase-biase jer...

Err, bagi saya, siapa dalam kelompok akhowat ini, tiade istilah biasa digunakan sebab kami mengejar cita-cita luar biasa jadi segala gerak, perilaku dan program yang dianjurkan perlulah seiring dengan cita-cita ini. Secara tuntasnya, akhowat game adalah salah satu program yang luar biasa.

Rasanya, nak cerita pengalaman perjalanan ke akhowat game dan ketika di sana. Mak usrah kata, kadang2 tarbiyyah tu bukan ketika di program tapi ketika perjalanan yang panjang.

Hari keberangkatan saya pada hari sabtu, walaupun ketika itu ada lagi satu program yang best di UNPAD, ustaz hasrizal ngan isteri dia datang ke sini kot!! Pagi hingga petang program bersama Dr Muna dan malam itu bersama Ustaz Hasrizal. Walaupun hati ketika itu rasa berat nak meninggalkan program itu, yer lar, ada 2 program yang best dan waktu itu rasa berbelah bahagi sehingga rasa nak membelah badan kepada 2 , sebelah ada kat UNPAD lagi sebelah pergi akhowat game. Tak ape lah, tak ade rezeki kot.

Dari UNPAD Jatinangor, saya berangkat bersama dua akak, Kak Athina (mak usrah) dengan Kak Fatin (ex-mak usrah). Dengan menaiki bas dambri, perjalanan ke Bandung mengambil masa lebih kurang sejam. Tarbiyyah boleh dikutip dari mana sahaja. Dalam bas pon boleh!!

Satu kebiasaan di Indonesia, street singer adalah salah satu sumber pendapatan mereka di sini yang terdiri daripada anak2 muda. Ketika di atas bas, seorang pemuda menyanyikan beberapa buah lagu sambil memetik gitar mengiringi alunan merdu. Saya merasa kagum dengan mereka, bukannya saya mengagungkan muzik yang dimain tetapi bagaimana mereka mampu menyanyi di hadapan orang2 yang tak dikenali dan meminta wang upah dari yang ikhlas memberi. Bukannya setiap kali dia mendapat reward. Kadang2 dia berlalu kosong.

Sekurang-kurangnya pekerjaan yang mereka lakukan adalah halal. Kak Fatin pernah berkata "Kadang2 tu, makcik yang kerja cabut rumpu tu lagi ikhlas melakukan kerjanya dari kita yang berhempas-pulas dengan buku2 tebal. "
Bila saya mendengar kata2 itu, saya terdiam dan mengangguk setuju.

Bila dah sampai di stesen bas De'u, kami bergegas dapatkan teksi. Kelewatan!! Dah lewat 5 minit dari masa yang sepatutnya untuk menaiki shuttle ke Jakarta. Iye!!! Akhowat game kami di Jakarta!! Jarak perjalanan lebih kurang 3 jam. Kami terlepas menaiki shuttle pada jam 3.30 petang. Nak tak nak terpaksa tunggu lagi satu shuttle yang bergerak pukul 4.30.
Dalam setiap yang berlaku, mesti ada hikmah disebaliknya. Segala yang berlaku di dunia telah ditetapkan oleh ALLAH dan perkara itu bukannya sia2. Pasti ada pengajaran.
Mungkin kami terlepas shuttle tu sebab ALLAH nak kami sembahyang asar dengan sempurna, bukannya dalam keadaan kelam-kabut.

Perjalanan ke Jakarta, melalui kawasan berbukit, suasana indah dan damai melihat sekeliling. Padi seluas mata memandang, kehijauan. Langit dan bumi seolah-olah bercantum di hujung titik persilangan. Rumah2 bertaburan di bumi, ada di kawasan rata, ada di atas bukit. Melihat alam saya berasa sangat seronok, alam seolah-olah sedang berbicara dengan saya. Sedangkan gambar yang kaku itu says 1000 words, inikan pula alam yan bergerak seiring dengan kehidupan di atas bumi ini. Tafsir dalam tafsir, kerana itu saya sangat suka kalau ada daurah lagi2 kalau keluar dari daerah Jatinangor, dapatlah saya memerhati kehidupan.

will continue, insyaALLAH.