Saturday, 28 July 2012

CRY NO MORE

Poster cry no more, kredit to IMAN.




Assalamu'alaikum adek2 terchenta!!
Amacam hari ni? Best ker KO?
Kalo KO, moh dongar Miss Asya berceghite.

Hari nie Miss Asya ade pengalaman yang menarik sangat sebab before nie Miss Asya tak pernah terfikir pown nak buat sebegitu.
Hari nie, group IMAN telah menganjurkan satu program yg ohsem, Cry No More.
Cehhhh, name pown dah gempak dah.

So, ape aktiviti dalam program nie, Miss Asya?

Cry No More nie sebenarnye dianjurkan berdasarkan satu hadis iaitu dimana kita digalakkan untuk memberi makanan pada yang memerlukan. Hah, dengar objektif pown dah tahu. Yer tak. Buat aper laghi, bagi makanan ler. Miss Asya dan teman2 yang laen bareng-bareng (sama-sama) mengedarkan makanan di tempat masing2 iaitu di Sukawening. Makanan ini diberikan untuk berbuka puasa.
Ape jer menu die, Miss Asya?
Menu die, sebungkus plastik terdiri daripada sebungkus bubur, 3 biji kurma dan air manis.
Miss Asya dan teman2 bergerak ke gerbang dahulu untuk meng'collect' makanan yang dibawa dari Mulana menaiki angkut. Sampai saje angkut, terus makanan dibawa turun.

Kami membahagikan makanan ke dalam plastik2 supaya lebih ringan dibawa dan semua orang dapat merasa pengalaman memberi makanan pada mereka yang memerlukan.
Turut join kami, 2 mamat yang ganteng! Woow!! Ehem, Miss Asya, jage mate. Sekarang nie bulan pose. Tak memasal potong harga pose tu.

Perjalanan bermula. Pada asalnye, kami ingat nak jalan ramai2 jer. Tapi memikirkan nanti lambat pulak pengagihan tu berlaku, make kami pown berpecah. Asal ketemu simpang, pecah lagi. Di akhirnye, Miss Asya berjalan bersama Miss Ajrina dan Miss Syubai'ah. Dalam perjalanan tu, terserempak dengan pekerja buruh, sibuk membaiki rumah. Miss Asya hampiri lalu memberikan 3 bungkus makanan, dikongsi bersama laen.

Berjalan lagi, bertemu dengan mak cik2. Mereka yang menerima tu sangatlah gembire mendapat bungkusan makanan tu walau sekadar bubur jer. Masih segar lagi di ingatan senyuman mereka dan ucapan terima kasih mereka. Mungkin tak menduga rezeki datang dengan cara yang unik begitu.

Miss Asya ingat lagi satu peristiwa ketika memberi makanan. Mase tu Miss Asya, Miss Ajjrina dan Miss Syuba masuk ke dalam satu simpang kecil menuju ke rumah yang terperosok dari bahu jalan. Sedang Miss Asya mahu menghampiri sebuah rumah yang dihadapannye ade sorang laki dalam lingkungan belasan tahun itu, tiba2 dua ekor anjing keluar menuju ke arah Miss Ajjrina dan Miss Syuba. Ape lagi, berlari mereka berdua sambil menjerit ke rumah yang sedang dituju. Hampir-hampir saja mereka mahu berlari masuk ke rumah. Terserlah di wajah mereka ketakutan dengan ujian yang ditimpa mereka. Mujur adek tadi menghalang anjing tu dari terus mengejar mereka. Anjing itu pown berlalu pergi, cehh, anjing nie, buat2 tak bersalah pulak. Pergi lah minta maaf ker. =_=''

Sepasang suami isteri membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan rumah yang mahu kami beri makanan.
Mak cik: Neng, jangan lari neng. Kalau enggak lari, enggak dikejar.
Kami sekadara senyum2 malu. Rasenye yang paling malu tu Miss Ajjrina dan Miss Syuba lah. Kesian diorang. Tetibe teringat time kecik2 dulu. Waktu tu baru darjah 6, duduk kat Johor Bahru time tu. Kalau kat sane, lagi bnyak anjing, besar2 pulak tu. Dah lah time tu Miss Asya nie kecik macam adek Asmira. Tapi Miss Asya tahu, kalau tak lari, anjing takkan kejar kite. Jadi rilek jer Miss Asya jalan depan anjing, nak pegi kedai ker, pegi sekolah ker. Sampailah satu hari, Miss Asya tengah berjalan pulang ke rumah, time tu baru balek dari rumah kawan. Sedang berjalan, Miss Asya pandang belakang, ade seekor anjing sedang mengejar motor ke arah Miss Asya. Miss Asy buatlah derk. Motor melepasi Miss Asya, sekali anjing tu tukar target pulak. Terus kejar Miss Asya yang tak bersalah nie. Ape lagi, pecut 100m ler Miss Asya. Hampir2 jer digigit, naseb baek ade sebuah kereta menghon dan memblok jalan anjing, terus anjing tu berpatah-balik.

Aper tengok2? Nak kene kejar ker?


Miss Asya separuh mengah, bersyukur sebentar. Terselamat dari gigitan anjing. Fuhh, naseb bek kereta nie ade. Jiran-jiran perumahan yang sedang duduk rehat di beranda rumah, tergelak-gelak melihat keadaan Miss Asya. Chet, bukannyer nak tolong orang. Pergi gelakkan orang pulak tu. Sempat lagi menyumpah dalam hati. Sejak dari tu, Miss Asya agak trauma dengan anjing. Tiap kali nampak anjing dari jauh, cepat2 Miss Asya cari batu untuk dibaling. Rase macam keselamatan Miss Asya tak terjamin. Gerun memikirkan kejadian dikejar anjing tu. Walaupown rumah Miss Asya di Tanjung Malim, Perak, tapi Miss Asya tetap berjage-jage. Tak mahu mengulangi peristiwa tragis itu.

Rasenye, mungkin ade adek2 disana yang mempunyai pengalaman dikejar anjing. Gerun giler,kan?

p/s: Belilah kurma banyak, bile nak pergi bazar tu, kalo nampak mak cik @ pak cik yang dok mintak sedekah tu, bagilah kurma. Sekurang-kurangnye mereka boleh berbuka puasa dengan kurma yang kite bagi. Diorang dapat sunah Rasulullah, kita insyaAllah, dapat pahala. Sikit tapi istiqamah, itu yang Allah suke.

Thursday, 26 July 2012

WAP-WAP NAFAS

Assalamu'alaikum adek2 terchenta!!

Miss Asya, kenapa tajuk antri kali nie wap-wap nafas? Kenapa tak wap-wap kereta api ker, nafas berbau ker, tak bernafas ker. Ehh, suke hati Miss Asya lar nak tulis tajuk aper. (blekk)

Sebenarnye Miss Asya nak kongsi pengalaman menarik Miss Asya di sini, di pagi Ramadhan yang ke7. Kini seperti musim sejuk di Jatinangor, Bandung. Jatinangor nie seperti pekan yang berkembang pesat disebabkan dikelilingi universiti, bukan sekadar UNPAD, ade jugak Institut Teknologi Bandung (ITB) dan beberapa universiti lain. Namun kepesatannya tak mengganggu gugat kabus2 yang hadir di kala musim 'sejuk' hadir.

Pagi-pagi lagi Miss Asya menghidupkan enjin motor. Eh, Miss Asya ade motor ker? Sebenarnye, tu motor seorang teman Miss Asya. Miss Asya mane lah ade ongkos nak beli2 motor nie, mampu pinjam jer. Keadaan sekeliling masih dikaburi dengan kabus, pipi Miss Asya sudah membeku kesejukan, badan seakan mahu menggigil. Miss Asya panaskan enjin motor dulu, kesian motor nie kesejukan, dah lah besi, mesti lagi sejuk.

Enjin sudah panas, gear 1, motor menaiki bukit dengan mudahnye (almaklum ler dihandle oleh Miss Asya yang pakar. Adek Asmira dan adek Izzah, anak mata memandang atas, tangan di bahu sambil berkata,"Oh, plezz.")
Err, Miss Asya takder helmet nie. Macam mane nak hantar motor? Semalam berani ler bawak motor tak pakai helmet. Malamlah katekan. Pak polisi mesti duk solat sunat ker, berzikir ker, bace Quran ker. Pagi2 macam nie kalo tak pakai helmet, kene saman kang tak memasal. Motor bergerak sehingga ke gerbang masuk Sukawening. Dari jauh mate Miss Asya dah melihat pak2 ojek (ojek tu sejenis angkutan awam yang berupa motor). Tersenyum. Menghampiri mereka, Miss Asya men'slow'kan motor sehingga berhenti dihadapan pak2 ojek.

"Pak, mahu pinjam topi keledar bisa enggak?" tanye Miss Asya dengan beraninye. Tebalnye muker dah berapa inchi dah nie.
"Oh, lame enggak neng guna?" tanya pak yang kelihatan 30an.
"Enggak pak. Sebentar aja." jawab Miss Asya yakin padahal tak tahu berapa lame agaknye Miss Asya nak menghilang.
"Sip." Pak ojek itu terus menghulur helmetnye.
Miss Asya menyambut helmet tu dengan perasaan lega. Pakai saja helmet, motor dihidupkan semula. Tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan. Clear. Motor laju masuk ke jalan raya menuju ke Mulana. Jalan menuju Mulana menaiki bukit. Kalau bukit kat sini, kalau takder selekoh, bukanlah Indonesia namenye.=_=''
Dalam hati, dup dap, dup dap. Cuak gak kat atas jalan nie. Al-maklum ler, orang takder lesen nie walaupown dah pakar bawak motor, tapi bile kat jalan raye, mesti akan ade rase cuak. Belok kanan, belok kiri, lagaknya seperti litar sepang cume Miss Asya takder lah sengetkan motor tu macam pelumba motor GP. Senget sikit2 sudah lah. Saat melihat simpang masuk Mulana yang dijaga oleh pak sakpam (pak gate) , fuhhh, lega. Dah sampai dah pown. Motor menuruni bukit curam dengan hati, Miss Asya sekadar gerun dalam hati. Simpang pertama, terus belok ke kanan. Motor menyelusuri kawasan perumahan banglo 2 tingkat dengan perlahan. Miss Asya memberhentikan motor di hadapan sebuah rumah pink.

Warna dah macam rumah ladies, sekali tuannye laki.=_='' Pinky guys ker??
Tok! Tok! Tok! Miss Asya mengetuk pintu tanpa segan2 mahupun kepiluan. (err, tatabahasa Miss Asya memang hancai!)
"Amin! Ooo Amin!" panggil Miss Asya dengan lantang. 'Cepatlah bukak pintu. Sejuk nie kat luar.' Sempat lagi Miss Asya menggerutu.
"Hah." Amin membuka pintu slide sedikit. Dengan pantas Miss Asya menyerahkan kunci pada Amin. Segera Miss Asya pulang,kali ni naek angkot lah jawabnye. Ape yang lagi cool, Miss Asya naek angkot dengan helmet. Dah lah helmet pak ojek nie rock, tak sepadan betul dengan imej Miss Asya yang berjubah hitam, bertudung pink. Rase macam ustazah rock pulak.
Miss Asya berjalan perlahan mendaki bukit keluar dari Mulana. Semasa mendaki bukit tu, Miss Asya sempat lagi membebel,"Sejuknye. Sejuknye. Hah!! Sejuk betul." Miss Asya perasan ader asap keluar dari mulut Miss Asya. Bukannye sedikit, berkepul-kepul keluar. Cakap jer, kepul-kepul asap membentuk di hadapan wajah Miss Asya. Wahh!! Dah macam dekat oversea gitu.
Err, Miss Asya memang kat oversea kan? Ehem, memang ler. Tapi bukannyer dekat UK ker, London ker. Kat situ memang sah-sah lah keluar asap. Nie dekat Bandung pown boleh keluarkan kepul2 dari mulut, rase macam teruje pulak. ^_^

Naek angkot, Miss Asya duduk di sebelah sorang budak laki dengan seragamnye. Saat sampai di Sukawening, "Kirik, pak!". Itulah ape yang kite perlu sebut bile mahu berhenti. Turun dari angkut, dah nampak pak ojek tu sengih-sengih lihat Miss Asya. Ishh, perli ler tu. Ade helmet tapi naek angkot (pengangkutan awam berupe van).

Berjalan gembire, Miss Asya menuju ke rumahnye.

p/s: sekarang nie Miss Asya kene siapkan video untuk IMAN (sebuah organisasi yang menjalankan aktiviti2 islamik) tapi Miss Asya bukanlah ahli IMAN. Dah orang mintak tolong, takkan nak tolak pulak. ^_^tapi sebenarnye Miss Asya sangat suke wat bende2 nie. Nanti Miss Asya upload dlm blog yerk.

Wednesday, 25 July 2012

LOGAM TERSEMBUNYI

Lama sudah kutinggalkanmu wahai periodic table.


Assalamu'alaikum adek2 terchenta.
Puase x hari ni? Kalau xpuase, janganlah sedey2. Banyak lagi amalan yang boleh kite buat walaupown dalam keadaan x suci (ehem, statement di atas hanya untuk sang Hawa. Kalau sang Adalm x puase, tu nak kene ketuk dengan senduk)

Antri sebelum ni, Miss Asya dah janji nak postkan perkara yang ilmiah sikit.
Jadi saje jer lah nak sharing salah satu sharing oleh ibu usrah Miss Asya. Sharing nie Miss Asya dah pernah dengar sebelum datang ke Bandung. Lebih specifik, ketika Miss Asya berada di semester 2 Asasi Puncak Alam (PALAM~~~miss so muchhh).

"Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW berkata: 
  Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa  
  islam, sekiranya mereka faham."

  Hadis sahih Bukhari.


Muke keliru..



Time first time dapat hadis nie, rase macam keliru jugaklah tapi bile ibu usrah cerite barulah faham apa yang sebenarnya hadis logam cube sampaikan. Kalau adek2 tengah keliru sekarang, takper, sebab sekarang nie biar Miss Asya merungkai kekeliruan adek2. Okey sekarang duduk, nah ambek lolipop nie (hanya dimakan selepas berbuke, ayat tak digune pakai saat puase) dan bace.

Hadis nie nak bagitahu kat kite, setiap manusia tu ade logam. Logam tu disimbolikkan sebagai bakat, kelebihan @ keistimewaan kite. Adek2 sendiri pown mesti ade kelebihan tersendiri, contohnye adek Asmira pandai bermadah, adek Izzah pandai berjenaka, Miss Asya pandai memasak.
Tapi Miss Asya, saye memang takder kelebihan pown (sambil bermuke sedey troll).
Persoalan yang sama pernah ditanye oleh salah sorang group az-zahra (name geng usrah, cool x?). Nak tau ape ibu usrah Miss Asya jawab?

Ibu usrah: Eh, mane ade begitu. Setiap orang mesti ade logamnya tersendiri. Cume kiter jer tak tahu. Mungkin boleh tanye dengan kawan-kawan ker. Sebab kadang-kadangkan, kawan kite yang lebih tahu ape kelebihan kiter.

Lepas tu bisinglah ahli2 az-zahra laen mengemukakan kelebihan si penanye tersebut. Tapi die tetap dengan rasanya. Lalu ibu usrah kami berkata.

Ibu usrah: Kite sebagai seorang islam, kite ade 1 logam yang sangat berharga. Dengan logam tu, kite perlu sinarkan kembali sahaja. Logam itu adalah iman.



Kami tiba-tiba tersentak. Bukan kerana marah @ apa, tapi kami baru sedar bahawa kami ada logam iman. Tak pernah terlintas di fikiran akan logam itu.

Miss Asya, kenapa dalam ayat hadis tu kate, "terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa islam"?
Ehem, kalau time jahiliyyah die tu seorang yang pandai gile lukis komik, bile tahu islam, janganlah kelebihan die tu di'delete' disebabkan die rase bahwa komik tu lagha, takder faedah. Seharusnya, logam die yang pandai lukis komik tu, kalu dulu mase zaman jahiliyyah die tu suke lukis kartun yang lagha2, bile tahu islam, gunelah logam die untuk islam. Lukislah komik yang memberi peringatan, macam doodle dakwah. Kan banyak orang mendapat manfaat dari kelebihan die tu.
Konklusinya, logam yang kite ade tu, kite salurkan ke islam.

"sekiranya mereka faham"
Faham di sini ade 2 versi. Kalau tulisan bahasa arab, ade pendapat katenya di akhir ayat sebutannye 'izaafaqihu' dan ade yang kate 'izaafaquhu'.
Jadi Miss Asya, beza sangat ker kalau sekadar tukar bunyi di belakang tu?
Ish, mestilah ada bezanya adek2.
"izaafaqihu" = memahami ilmu fiqh (seperti Imam Syafie)
"izaafaquhu" = memahami islam (seperti Sumayyah)

Memahami islam tu lebih penting berbanding memahami ilmu fiqh. Sebab ape? Sebabnye, tak semsetinya orang yang banyak ilmu agama tu amalkan ilmu tu, diorang faham hukum islam tapi disebabkan diorang tak faham islam, sebab tu mereka rasa berat nak menjalankan hukum islam dan begitu ringan meniggalkannya. Contohnye, semue orang islam tahu rambut tu aurat tapi diorang still tak pakai tudung.
Tetibe teringat satu ayat dalam Al-Quran.

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tapi tak dipergunakan untuk memahami (ayat2 ALLAH), dan mereka memiliki mata tapi tak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat2 ALLAH). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah."
Surah Al-A'raf:179

Masa Miss Asya di PALAM, Miss Asya ade pergi ke satu program. Mase tu, adelah sorang mak cik ni datang melawat kami. Bertudung labuh, auratnya terjaga. Kelihatan seperti orang biase, tapi sebenarnye mak cik nie merupakan seorang doktor. Mase tu terfikir, sibuk2 pown sempat lagi datang melawat generasi usrah teenager. Doktor nie sharing waktu zaman die mude2 dulu.

Doktor: Masa zaman dulu2, zaman 80an, mane ade orang pakai tudung. Yang paling alim pown ustazah yang pakai tudung tiga segi pastu ikat reben dan berskirt betul2 bawah lutut. (Miss Asya tercengang mengetahui fakta nie). Mase tu, alhamdulillah, mak cik diterima sambung belajar di oversea (kat kawasan benua eropah), tapi dekat sana mak cik memahami islam yang sebenarnya. Balik2 Malaysia, mak cik pakai tudung labuh. Time tu, tudung labuh semuanya warna hitam, takder lah berwarna-warni macam kat kedai sekarang nie. Time tu, kalau orang yang pakai tudung labuh dicop sebagai extremis. Tapi mereka yang belajar di mesir, kat unversiti al-azhar lar, balek2 tak pakai pown tudung mengikut syari'at sebenarnye padahal kalau ikutkan mereka lagi faham bab2 hukum agama nie berbanding mak cik sebab mak cik kat oversea belajar pasal perubatan, bukan pasal bab2 agama nie.

Bertudung itu cool..


Kalau ikutkan, sekarang pown lebih kurang gitu. Berapa ramai student2 yang dari SMA yang praktikkan ilmu agama mereka tu. Kadang2 student2 SMK lebih ramai yang bertudung mengikut syariatnya berbanding mereka yang dari SMA.

Terbuktilah, memahami islam itu diutamakan dahulu. Bukannye Miss Asya nak kate yang memahami ilmu bab2 fiqh ni tak penting. Penting jugak tu supaya dengan ilmu tu dapatlah kite perbaiki ibadah2 kite. Just nak kate, setiap yang ilmu kite ade tu kite prakikkan.

Rasenyer Miss Asya sudah membebel panjang. Harap tak bosan dan harap memberi input. Peringatan nie bukan untuk adek2 jer, tapi untuk Miss Asya jugak sebab Miss Asya menulisnye dengan hati, jadi orang yang pertama tahu isi hati Miss Asya mestilah tuannye dahulukan?

p/s: tetibe teringat chemistry.. Ag3, Fe3, Ba2, Cu2,,,err banyak lagi, takkan nak listkan semua kot.

TERMALU SENDIRI

Selepas mengetahui blog nie dibace oleh adek2 selain adek izzah dan adek asmira, Miss Asya rase segan sangat2... Serius!!

Sampai ade post yang terpakse Miss Asya convertkan sebagai draft. Bertuahlah sape yang dah bace antri berkenaan..TAT

Mungkin lepas nie, Miss Asya masukkan lagi banyak bahan berkualitas dan bermutu. Tapi berikan Miss Asya masa, jadi xderlah terkezut sangat bile tulis (penulis pown ade cultural shock jugak ker?)

p/s: teringat pesanan dari sahabat, sharing is caring and penuhi diri anda dengan ciri muslimah sejati.. Thanx for da reminder~~

SHOPPING RAMADHAN


Assalamu'alaikum adek2 terchenta!!! (dengan penuh antusiastik)

Amacam puase hari ni? Wokey ker KO? Err, pandai-pandailah adek2 Miss Asya nilai yerk. Kome kan dah besar-besar.

Untuk antri kali ni, Miss Asya nak kongsi peristiwa yang sangat menarik bagi Miss Asya. Tak tahulah kalau bagi adek2 nanti rase macam, "Bese jer. Ape yang menarik sangat?"
Muke bosan adek2...huduhnyer, jadi wat ler muke heppy yerk!
Walaupown di pagi hari, mood Miss Asya ade terganggu sikit, tapi plan untuk shopping hari ni maner boleh tangguh2 (mate blink2). Biaselah, kalau nak berborong, kami pergi ke Pasar Baru  (disingkatkan sebagai PABA) jer. Padahal, saper2 yang pergi bandung, mesti pergi ke PABA sebagai pelengkap pakej liburan (cuti2) di Bandung disebabkan terkenal dengan syurga pakaian yang murah (kate merekalah, pada Miss Asya, money is money, kalau tak free maksudnye mahallah). 

Keluar bilik, pintu rumah dibuka, kasut dicapai dan dipakai pantas, keluar dan kunci pintu. Melangkah riang, tak sabar nak keluar dari J-town (Jatinangor town), name macam exclusif jer.
Berlari-lari anak menaiki tangga menuju ke rumah teman2 yang berada di atas bukit belakang rumah. Saat melepasi pagar kecil, kelihatan pepohon bunga kertas yang merimbun dikelilingi oleh rumah2 kecil dan kosan2 (kosan tu macam bilik sewa). Celahan bunga-bunga berwarna pink-orange majoritinya, pink minoriti, menjadikan pemandangan di situ sangat damai. Dihuni kucing2 yang comey-comey (tapi tak mampu nak tandingi kecomeyan Miss Asya lar). 
Muke adek Izzah dan adek Asmira sudah meloye. Baru puji sikit. :P

alahai, comeynye Miss Asya. Meowww~
Miss Asya menyertai gerombolan Sukawening (name tempat Miss Asya duduk), iaitu Murni, Kak Athina, Ajjrina, Hajar, Syubai'ah, Amirah dan Fatima (sayang saye, <3). Memandangkan kami memang nak beli banyak barang, jadi menyewa kereta adalah relevan, dipandu oleh pak supir (driver), nak bawak senderi, tolonglah. Karang sesat tak pasal jer. 

Perjalanan pada mulanya agak sunyi, Miss Asya yang berada di samping pak supir, sudah membuka buku tapi biasalah mata mesti akan tertarik dengan keadaan luar. Hanya memandang bisa ambil pengajaran.Di sawah padi, ibu2 dan bapak2 sibuk dengan tanamannya. Di tepi jalan, pekerja kontraktor sibuk mengangkat simen, ada yang mengecat di tengah matahari mencerlung ke arahnya. 

Sedang kite enak dalam kereta, mereka di luar gagah berpuase..cool!!

Reflek diri sebentar. Kadang2 kite rase susah sangat nak puase. Panas lar (padahal kat M'sia lagi panas kot), haus lar, tak larat lar, macam2 alasan kite beri sebab nak lindungi kelemahan diri, kite persalahkan sesuatu supaya kite taklah totally salah. At least, ade faktor2 laen mendokong kesusahan kite. Padahal zaman Rasulullah dulu, perang tabuk time pose kot, lagi berkali ganda panas dari Bandung nie, pecahkan batu padang pasir tu bukan senang. Bukannyer sekali cangkul terus kuis tanah. Rileks jer brother2 kiter tue, takder pown nak mengade-ngade macam kite. Uhuk2, tetibe Miss Asya terbatuk, saper2 terase dialu-alukan join Miss Asya batuk sekali.

Perjalanan nampaknye lancar sahaja. Masuk ke simpang bandar. Semuanya nampak tenang. Tiba-tiba!! Suatu tragedi yang tak terduga berlaku!! Tak pernah bayangkan kot!! Miss Asya masih trauma dengan episod hitam ini. Sewaktu nak masuk ke suatu simpang, kelihatan 2 polisi sedang jalankan tugasnye. Miss Asye rileks jer, tetibe pak polisi tu tahan kereta kami. Alamak!!! Baru Miss Asya perasan, Miss Asya tak pakai tali pinggang. Err, kereta perlahan ke bahu jalan. Pak polisi hampiri, "Mbak enggak pakai tali pinggang ya?".Miss Asya sekadar terdiam, tak mampu nak kate ape, kaku macam di'freeze' oleh senjata freezer pak polisi lagaknye. Pak polisi bersama pak supir turun ke pondok kecil. Miss Asya dalam kereta dah cuak, mulut tak habis memohon kemaafan pada teman. Gara-gara gue, kami ditahan pak polisi. Ampun ya teman-teman.

Sedang Miss Asya menenangkan hati kecemasan, tiba2 pak supir hadir dan menyatakan supaya Miss Asya 'menyuap' pak polisi. Mane lah tahu lepas ker. Miss Asya sudah berkerutan.

"Aduhh, takkan nak bagi 'suap' kot bulan pose nie?" Tangan terketar menyerah Rp50,000. Pak supir hilang dari pandangan mata. Hati Miss Asya kegelisahan. Pak supir datang semula ke kereta. Tapi kali ni di sebelah sisi dudukku.

Pak supir,"Mbak, pak polisi mahu ketemu. Negosiasi, moga dapat lepas. Enggak repot-repot bayarin wang samannya."

Miss Asya,"Mahu negosiasi apa pak? Saya enggak pandai urusan begini pak."

Pak supir cuba menerangkan keadaan tapi time tu Miss Asya macam xboleh nak dengar ape sangat. Kecemasan sudah mengaburi fikiran waras. Cuba bermanis muka saat menatap pak polisi, moga lembut sikit hatinya.

Pak polis,"Mbak, ini buku panduannya. Kalau enggak pakai sabuk pengaman, ini bayar dendanya", sambil menunjukkan sebuah buku peraturan jalan.

'Perghh, Rp250,000!! Botak ar cenggini. Ish, buat muke kesian sikit. Boleh diskon ker, mane lah tahu,' kata Miss Asya dalam hati.

Miss Asya,"Pak, soalnya saya enggak tahu perlunya pakai sabuk di sini. Masakan terusan denda, enggak diberi peringatan dahulu?"

Pak polisi,"Iya, ini diberi peringatan juga. Kalau enggak mahu bayar di sini, sudah, terus bicara di pengaman (mahkamah kot) saja."

Miss Asya,"Aduh pak, kasihan sama saya. Masih mahasiswa. Lagi pula mahu pulang ke Malaysia, buntuhkan banyak uangnya pak."

Pak polisi,"Iya, kasihan. Kalau begitu bayar dendanya Rp100,000 aja."

'Rp100,000? Memanglah dah turun harge, tapi, mahal jugak tu. Rm37 tu. Dahlah nak pergi PABA, beli barang lagi. Herm'
Miss Asya terus bangun, pergi semula ke kereta, ambil Rp50,000. Sampai di kereta, teman2 terus bertanya. Jawapan Miss Asya ringkas, kene denda. Bile mereka bertanya lagi, betul ker kene denda sebab tak pakai tali pinggang? Miss Asya sekadar mengiyakan, tapi entah kenapa emosi kini terusik, tiba-tiba air mata mengalir. Rasa macam berat jer dugaan yang berlaku. Sebelum sampai ke pondok polisi, air mata diseka, tak mahu kelihatan cengeng yang pasti. Saat membayar, tiba-tiba Kak Athina dan Syubai'ah muncul, bertanya apa kesalahan yang dilakukan oleh Miss Asya nie. Pak polisi, melihat mereka datang, mungkin memikirkan bahwa mereka nak backup Miss Asya. Pak polisi menjelaskan dengan nada kurang sabar dan sarkistik kepada mereka akan kesalahan Miss Asya.

"Pak, sabar pak. Saya cuma tanya saja apa salah teman saya."Kata Kak Athina, yang kini sudah merasa bahangnya.
"Iya, nanti dijelasin sama temannya. Jangan datang ke kantor ramai2 begini. Apa kata orang luarnya. Nanti mereka pikir pelajar Malaysia serang ke kantor polisi." kata Pak polisi masih dengan nada tak sabarnya itu.

Selesai satu babak. Sampai saja di kereta, teman2 yang laen memegang bahu Miss Asya. Agaknya nak menyalurkan ketenangan kepada Miss Asya. Kereta pown bergerak semula menuju ke destinasinya. Sedang Miss Asya mengenang nasib yang malang, tiba-tiba lagu mencari alasan by Exist berkumandang dari HP Miss Asya.

Mesej dari housemate. Selepas membaca mesej, Miss Asya tersenyum lebar.
'Saat aku ditimpa kesedihan atas kesalahanku, Engkau titipkan khabar gembira padaku. Ya Allah, sungguh Engkau mengetahui keresahan hambaMu. Alhamdulillah.'
Benar, kesedihan sudah diganti dengan keceriaan sang mentari. Ucapan maaf dengan penjelasan, dari sudut hatiku terasa keikhlasannya, cukup untuk buat Miss Asya menerima kemaafannya.

***********************************************************************************************************

Epilog kedua.

Selepas Miss Asya berpenat-lelah mencari barang, terus ke kereta untuk rehat dan tertidur sambil menunggu Mak cik- mak cik nie beli barang. Buka mate, pandang belakang. MasyaALLAH, banyaknye kome beli barang!!! Berapa duit kome perabiskan? Ade yang nak dekat Rp1,000,000. Ade yang lebih sejuta rupiah. Dasyat betullah kawan Miss Asya nie.

Sudah bersiap, untuk pulang.
Sekali enjin tak boleh hidup daaa. Ya Allah, banyaknye cabaran yang Engkau turunkan. Terpaksa turun dari kereta dan tolak sehingga enjinnya boleh dihidupkan. Mujurlah ade abang2 penjaga parking kereta baik hati untuk tolong. Kami yang lain, sekadar tolong2 gitu jer lar (exclude Miss Asya sebab Miss Asya tolong tengok jer pown).

Sepanjang perjalanan balek, aktif Miss Asya bicara. Yang di belakang sekali sudah tertidur kepenatan. Cuma yang masih menemani Miss Asya ialah Miss Ajjrina dan Miss Murni.

Pengalaman tak terlupa dalam sejarah hidup. ^_^
Mungkin time kite hadapi kesusahan itu, kite rase peritnya. Tapi percayalah, saat masa itu berlalu, kita akan kenangkan yang pahit itu, lantas tersenyum. Seperti Miss Asya sekarang nie lah.

Pengalaman banyak yang telah Miss Asya hadapi, mendewasakan diri kita, membentuk kita sebagai manusia, bukanlah sekadar haiwan liar. Mungkin luaran Miss Asya nampak macam budak2 sedikit tapi pada yang tahu, yang suka luahkan feeling terutamanya femili lar, pasti tahu bahawa diri ini sudah matang. Cuma kadang2 tersalah langkah. Sudah tahu, kita belajar. Tersenyum lebar.

p/s: Terasa bahasa Miss Asya nie macam langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan adek Asmira. Adek Izzah tak nak show off skill ker? 

Tuesday, 24 July 2012

ini tangisan buat dikongsi bersamamu sayang

untuk Miss Asya (erk...Miss Asya ye? like pliss) yang telah meng-post entri yang super-super panjang, terima kasih untuk ingatan tulus ikhlas anda kepada kami (asmira comel dan izzah manis tentunya).




*****



sungai Ramadhan mengalir tanpa sadar ke laluan yang keempat. Alhamdulilah.


jujur, sejak Ramadhan satu, aku tak pernah tidur malam. sepertinya penyakit mencuri sifat burung hantu yang mengawur sampai hilangnya gelap tidak pernah mau pergi dari aku. belakangan ini aku mula berteman buku-buku dan beberapa rentak keliru. entahlah, mungkin pikiran membutuhkan waktu buat menghadam maksud aksara-aksara yang ditulis oleh pengarang, atau aku cuma tertanya-tanya, kitaran kehidupan yang mana akan aku ulang. jalang, terbuang, kesepian atau terus-terusan melawan? masih banyak yang dipikirkan, tapi cuma itu yang terlintas untuk dituliskan. kalau semuanya tertulis, ianya pasti bertambah rumit. puisi-puisi kini jadi teman untuk aku melihat sesuatu dengan perasaan. mungkin kebiasaan bertemankan sepi buat aku selalu meng-kondisi-kan puisi yang bersifat galau.


pernah kalian terfikir akan ada apa pada hari esok?


ya, Dia menjanjikan yang terbaik. aku pasti akan hal itu.


aku cuma sedih melihat Rohingya, melihat Malaysia. melihat cleansing ethnic dan robot-robot. manusia seolah-olah menjadi patung-patung yang tak berguna. ini menjadikan aku semakin kukuh bersanggama dengan malam. mencari jawapan dibalik penderitaan-penderitaan ini. kadang aku terpikir, apa aku cuma tunggul, atau memang tunggul yang sepertinya tak mampu berbuat apa-apa!


entah bila dan dimana pencarian malam ini akan bertemu jawapan yang terang dan membawa kesiangan, bukan secara fisik, tapi nurani. kemiskinan yang hakiki bukan pada kekurangan materi, tetapi nurani, dan aku tak mau jadi seperti itu. aku mau peduli, aku mau beraksi. mungkin aku sudah sampai pada satu titik yang tak lagi membenarkan aku berdiam diri.


aku juga sering terpikir, apa segulung sarjana kita akan membawa kita(mereka) keluar dari kepompong miskin? atau sekadar melepaskan isi perut kita masing-masing? anak muda dan ke-peduli-an ternyata tak lagi berkawan dan itu membuat jiwa aku dalam kerimasan. tanpa sadar, ia melemaskan!


menjelang juli yang sudah menghabisi separuh dari tahun duapuluhduabelas, dan umurku yang sudah meninggalkan belasan, aku kira, ini sebuah kesadaran yang terlambat untuk diraikan.










*ya, ini ditulis dengan emosi sekali

KETAWA KE'EVIL'AN

Assalamu'alaikum adek2 terchenta..

Sejak dapat tau blog nie xprivate, Miss Asya kini menjadi stalker blog. Wahahaha.
Senyuman selebar senyuman bulan di langit cume kalau kat langit skang nie senyuman die macam orang kepale senget jer (ah, memang kene lar tu Miss Asya. Xsedar ker senget)
Err,,kejamnye comment itu.

Pada mereka yang sudah Miss Asya kenal pasti, Gotch'ya!!
Jangan marah yer. Same-same kite share. Hope bermanfaat (walaupown blog Miss Asya sebenaqnye banyak merapu jer). Anyway, guys, korang punyer blog comey (utk gurls), fun, dan bermanfaat (macam fi zikr wa fikr jer yang camtu).

p/s:tambah koleksi muke troll untuk adek2 terchenta.